Tuesday 30 December 2008

PERSEKOLAHAN 2009!

Dalam masa percutian ini, aku ambil kesempatan shopping barang keperluan untuk anak-anakku untuk persekolahan 2009 nanti. Tahun 2009 nanti anak-anakku iaitu Nurul Izzatul Ameerah (Kak Yong) akan berada di Form 4, Nur Izzatul Alia Aishah, form 2, Ahmad Ariff Izz Taufiq Darjah 2 manakala yang bongsuku puteri Nur Aina Sofeyya akan memasuki Darjah 1.

Preparation untuk mereka ni bukan senang tau, pening dan penat! dari JJ Sunyway Pyramid, ke Mid Valley, kedai di Taman Medan, Old Town PJ dan last Seksyen 14 PJ. Ye la cari saiz kasut untuk mereka. BATA tak stok size untuk Ariff. Piya aku pilih Pallas. Pakaian pilihan ku dari jenama CANGGIH. Memang ia berkualiti cuma seluar untuk Ariff aku terpaksa beli kat Professor di Mid Valley. Mahal tetapi berbaloi coz seluar Ariff mudah koyak jika beli yang biasa. Kak Yong dan Alia cuma aku beli baju sahaja coz kain mereka masih elok lagi, so jimatla sikit. Kasut untuk mereka berdua cuma sepasang sorang. Ok la, kena bajet coz banyak lagi perkara yang menanti..yuran, alatulis, buku-buku tulis, tu pun mujur dan syukurlah buku teks dapat free. Terima kasih pada kerajaan!!
Bila ku renung kembali zaman silam aku..jauh sekali! dulu aku untuk mendapatkan peralatan sekolah amat susah.  Aku masih ingat alam persekolahan pertama aku tahun 1973.  Bag sekolah ku hanya bag plastik 'aji no moto', pencil box tak ada.  Pensil dan pemadam taruk dalam beg plastik bercampur dengan buku-buku.  Tiapkali nak menulis terkial2 mencari pensil, pemadam dan pembaris.  Kasut yang tokwan ku beli ialah kasut plastik.  Bila musim hujan, berbunyi-bunyi kasutku..Tapi sekarang..jauh bezanya..aku berjanji tidak mahu anak2ku susah macam aku dulu..



Pink for Piya, blue for Ariff

Monday 29 December 2008

MAAL HIJRAH ATAU AWAL MUHARRAM

29 Disember 2008 (Isnin) Jatuh Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Marilah kita sama-sama " Memartabatkan Islam".

Saturday 27 December 2008

ROMBONGAN JKK KAMPUNG MARAS KUALA TERENGGANU

25 & 26 DISEMBER 2008 (THURS & FRI) - Rombongan seramai 40 orang ini diketuai oleh abang ipar aku, Encik Dilah Haji Muhamad. Dia minta tolong aku uruskan penginapan dan lunch pada 26 Disember. KL International Hotel KL adalah tempatnya coz kebiasaan rombongan dari Pantai Timur KLIH adalah tumpuannya. Sesuai coz Chow Kit adalah tempat sebutan orang2 kampung.

Malam aku bawa rombongan ke ALAMANDA dan DATARAN PUTRAJAYA. Kak Long (Shima) dengan seikhlasnya sponsor makan malam 'manja-manja' iaitu mee goreng dan bihun goreng..jerr..!aku tukang goreng jer. Dan kemestian aku sponsor juga ROTI JOHN TERSEDAP DI DUNIA - dapatkanlah di Taman warisan Putrajaya. Aku memang suka roti john di TWP nih. Walaupun aku dok di Petaling Jaya, demi roti john TWP aku sanggup p! budak-budak roti john dah cam muka aku nih! dan diakui oleh rombongan 'cik kiah' Kampung Maras-licin! mee dan bihun aku pun licin!Alhamdulillah!tak membazir. Seronok tenguk mereka. Kebanyakkan orang kampung aku ni tak pernah datang Putrajaya. Yang lucunya ada yang terkena masa kat Alamanda - "abih pitih aku, kopi RM7 secawan, dah la pahit!!." kahkahkah riuh rendah..aku rasa "li" dah minum, kalau tak Coffee Bean atau Star Buck! Belum lagi kisah-kisah kat dalam bilik hotel!!

26 Disember - aku masak makan tengahari untuk mereka. Mereka bertolak ke Genting Highland dulu. Aku dari PJ bersama masakan. Kul 4 petang baru dapat makan kat ruang di Hotel First World. Menu aku : Masak lemak cili api pucuk paku bersama udang, ayam goreng halia, sayur goreng campur, ikan masin dan desert 'caramel'. Masing-masing kelaparan, 'habis licin' lagi! Pelancong yang lalu lalang semua tenguk gelagat rombongan yang sangat happening! walaupun hujan turun agak lebat jugak la..tapi bab makan tak hirau itu semua. Ye la, orang datang ke Genting Highland, datang bawak badan dan duit jer..tapi kami dengan periuk belanga!! kekehkeh! Yang penting orang kampungku dapat kenal Genting Highland!. Last sekali kami semua naik 'cable car' RM5/pax. Riuh rendah dalam Cable Car terutama mak sedara (mak su yoh) aku yang tak habis2 membaca ALFATIHAH begitu juga dengan anak2 aku sentiasa ingatkan ALLAH SWT sepanjang dalam cable car. Memang gayat, bayangkan 4km panjangnya perjalanan cable car. Kenangan bersama rombongan tak akan ku lupakan. Hanya itulah cara aku dan suamiku meraikan kedatangan mereka. Walaupun semua mengucapkan terima kasih pada ku, namun yang penting jua rombongan tersebut happy. Aku buat itu semua bukan hanya untuk diberi ucapan terima kasih tetapi dengan penuh keikhlasan dan moga diberkati oleh ALLAH SWT. Kami berpisah pukul 6.00 petang di Genting Highland. Semoga dapat berjumpa lagi jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Selamat tahun baru 2009!


Cable Car: Jarak 4km

Thursday 25 December 2008

HARI INI-24 DISEMBER 2008

Aku mc  hari ini-kepala sakit sangat tambahan lagi flu dan asma. Kebetulan pulak malam tadi anakku Ariff, matanya bengkak terkena kayu.  Dia memang nakal, katanya main dengan kawan-kawan dia kat padang, entah macamana terkena kat mata.  Mata putihnya bengkak, takut jugak aku tenguk, lantas aku bawanya ke PUSRAWI Seksyen 14 PJ. Dr Syam yang selalu bertugas kat PUSRAWI kata, its ok. tak teruk sangat, bukan mata yang luka, cuma terkena kat bawah mata.  Bila Ariff gosok matanya dengan tangan, so bengkak jadinya.  Lega bila Dr Syam kata macam tu.  Puteraku sorang ni memang ada masalah dengan matanya, dia selalu mudah dapat selsema dan amat alergi dengan permakanan.  Sebab itulah mata dan hidungnya selalu gatal-gatal.  Dah bermacam ubat dan doktor ku jumpa, ubat yang sama, nasihat yang sama! so bergantung pada ubat dan antibiotik je la.  Kesihan ku tenguk puteraku ini terutama bila malam nak tidur dan tengah-tengah malam.  Tapi dia memang kategori hyper aktif dan banyak bercakap! hehehe kalu bab cakap, serah padanya! ada masa kami pun tak faham apa dia cakap! heheh..dia lah satu-satunya anak lelakiku dan selalu ku kata bila orang bertanya kan ku jawab ' dia la bakal usung keranda aku nanti'!

Kesempatan jumpa Dr Syam terus aku pun minta ubat untuk selsema dan asma aku dan mc sekali. Hari ini aku bangun lambat, selepas solat subuh, aku makan ubat dan tidur kembali.  Nak tahu pukul berapa aku bangun! 12.30pm! bangun jer terus masak untuk lunch. Terpaksalah masak walaupun badan tak sihat.  Hubby ada seminar kat Putrajaya, so tentulah dia balik lewat petang.  Sambung tidur lagi!

6.30 petang Kak Long datang ajak puteri-puteriku pergi shopping di Mid Valley.  Petang bila hubby balik aku ajak dia ikut sekali ke Mid Valley untuk shopping pakaian sekolah anak-anak.  Selepas maghrib aku ke Mid Valley.  Jumpa Kak Long dan anak-anak kat sana.  Tempat yang pertama aku tuju ialah GARDEN CAFE. Lama tak pekena laksa penang, memang best laksa penang kat situ.  RM5.90 semangkuk tapi berbaloi la.  Pas pekena laksa baru kami shopping.  Terima kasih kepada Kak Long dan Syahman kerana bagi bantuan 'duit ehsan' RM100 bagi menampung shopping pakaian dan keperluan sekolah anak-anakku.  Budi baik kalian hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalasnya.  Semuga ALLAH SWT murahkan rezeki kalian.  

Lepas tu kami berpakat untuk pergi ke 'Uptown' Veledrom, Cheras.  Ia macam Uptown Kota Damansara.  Memang meriah dan happening.  Seronok sangat walaupun ku tak shopping giler2 cuma beli tshirt untuk Alia je.  Pertama kali dan Insyallah lain kali aku nak p ke sana lagi. Badan tak sihat tapi bila bab shopping dan jalan-jalan, akan hilang segala sakit!!

Wednesday 24 December 2008

HAPPY BIRTHDAY BONDA!@68yrs

22 Disember 2008 ialah hari lahir ibu yang ke 68.  Seingatkan tarikh lahir ibu aku ialah 22 Disember 1942.  Memang ia tidak membela aku sejak dari lahir tapi ia yang melahir aku dan mengenali dunia fana ini.  Panggilan 'we' kepada ibu aku dan 'ayah we' kepada bapa tiri aku - itulah panggilan dari semua anak dan cucu-cucunya.  Rasanya tak perlulah aku story panjang lebar tentang keluarga aku cuma aku mempunyai 2 orang kakak dan 3 orang adik daripada ayah baru.  Dan aku 3 beradik dibesarkan oleh tokwan dan tokki yang amat aku sayangi dan rinduii..walaupun kedua-duanya telah kembali ke rahmatulllah.  Tiada galang ganti kasih sayang yang dicurahkan oleh tokwan dan tokki kepada kami 3 beradik.  (Aku akan cari dan dapatkan gambar2 arwah mereka, ku rasa masih ada dalam simpanan keluargaku)

Selamat Hari Lahir 'We' semoga ALLAH SWT panjangkan umur, jauh dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberkatiNYA sentiasa.

Tuesday 23 December 2008

'JEJAK KASIH' JOANNA or JOYAH!

Aku terima panggilan daripada Puan Badariah atau panggilan Bad. Pengenalan kami adalah kerana Kem Sahabat Alam anjuran UKSB. Bad dan suaminya Encik Roslan memang pasangan setia yang tidak pernah mis menghantar anak-anak mereka setiap program anjuran UKSB terutamanya KSA.

Keluarga Bad mempunyai seorang anak angkat 'mek salleh'. Tahun 80an - masa itu Malaysia banyak mengadakan program pertukaran anak angkat dengan negara luar seperti Jepun, UK dan USA. Setelah lebih 20 tahun berpisah, melalui pencarian melalui internet, keluarga Bad dapat menemui kembali Joanna atau dengan panggilan masa kat Malaysia dulu JAMALIAH atau dengan panggilan manja JOYAH. Joyah merupakan seorang lead singer kat USA, heavy metal la. Mempunyai beberapa album walaupun ia tak sepopular  linkin park tapi selalu membuat road show seluruh USA.

Aku telah arrangekan assignment untuk majalah URTV dan HARMONI dan pada 29 November 2008 aku, editor HARMONI dan wartawan URTV berkunjung ke rumah Bad di Bandar Baru Bangi.  

Yang aku tertarik dengan minah salleh ni iaitu walaupun sudah lebih 20 tahun tinggalkan Malaysia namun cakap loghat Perlis memang pekat dan memahami apa yang kita cakap.  Masih tidak kekok makan dengan tangan.  Roti canai, masak kari dan kuay teaw adalah kesukaaan dia.  HARMONI dan URTV akan keluar story tentangnya..tunggu dan baca ye.


ayu dengan pakaian baju kurung..