Thursday 28 May 2009

KUNJUNGAN FINALIS 'MANGGA STAR SEARCH' KE UKSB

Editor Kanan, Unit Majalah Hiburan (Abang Joe) memaklumkan padaku tentang kunjungan finalis Mangga Star Search dua minggu lalu.  Kunjungan suai kenal dengan warga kerja dan editor-editor UKSB.  Apabila Cik Zeha, Editor MANGGA beria-ia minta aku uruskan kedatangan finalis MSS ini, aku menolak coz biasanya sebarang kunjungan atau lawatan baik artis maupun persatuan dan murid-murid sekolah ke UKSB aku hanya uruskan makan minum dan sambutan di pintu masuk UKSB sahaja.   Lepas briefing mereka akan di bawa ke satu meja ke satu meja unit majalah bagi tujuan mereka mengenal editor dan wartawan setiap majalah, ia akan diuruskan oleh Roslee Hanafi atau Muzafar (Bahagian Operasi).  

Tetapi kali ini Cik Zeha cun minta aku mengenalkan pada wartawan dan editor.."ala, tak nak la Zeha, segan lah akak" ..itulah kata-kataku pada Zeha.."ala, kak rose la, tak pe, kakrose kan ok..dah biasa benda-benda macam ni"..dia tarik tanganku.  Aku ngalah la jugak, demi pujukan manja dan lentuk liuk cik Zeha yang ku sayangi tu..

Bawah ni aku add la jugak gambar-gambar (tak semua, banyak sangat),
 

yang tengah pegang majalah tu, Hafiz, dia jer yang ku kenal coz Hafiz pernah menjalani pratikal (Grafik) di UKSB.

cuma aku perasan, budak tshirt putih tu memang peramah,,..terlebih peramah!
bersalam dengan Encik Badrul Azhar, Ketua Pengarang Majalah (KPM)

petang tu aku order Yong taufu & mee/bihun goreng..order dari kantin Utusan. thx Siah, ramai yang puji yong taufu..memang sedap..

memang tak Sah dan tak Sempurna lawatan kalau tak bergambar dengan Huzz.  Ramai peminat mek Huzz kita ni...tenguk!? macamana la orang tak terpikat dengan Huzz..senyuman manja akan dibawa kemana-mana..

semua 'terpaku dan kusyuk' mendengar cerita Encik Abd.Latiff Yusoff, Pen.Pengarang PEMIKIR

bersama team MANGGA (baju merah, Aisamurni, wartawan, Nuek-baju kemeja coklat-kanan sekali dan duduk atas kerusi tu - cik Zeha yang manis, Editor MANGGA.

wah! cik NurulHuda, wartawan HARMONI..ada peminat jugak rupanya...

Abang Sahidan, kalau bab melayan tetamu, serah padanya..memang  gamat!

aik, cik Zul, salam tapi mata kelain..(cik Zuuul..kalau bersalam mestilah bertentang mata..giiituulah..)

pose yang diarahkan oleh Jurugambar..tengah: Puan Zurzaliza Bajuri, GM dan Encik Badrul Azhar KPM. Aku ujung tu..tumpang sekaki..hehehe



dua tempat, (1 di atas gambar ni)..2 tempat ni WAJIB ambil gambar..hehe ye la,hanya 2 tempat ni aje yang nampak cantik.  Atas tu kerana ada logo UKSB yang cantik.  

Wednesday 27 May 2009

PESONA DE'WAJAH HARMONI 2008/2009


menu untuk petang itu..

memang best!...

artis tari dari Istana Budaya..

gaya Juara..

pengacara Rosyam & Along utusan banyak mencetuskan kemeriahan majlis tersebut..

team HARMONIdepan : Hamidah & Azie / belakang : Norma & Rahaiza

with Noorita, Juara..orang negeriku..ganu kite..

zia, ME Umes bersama Iron Lady, Datuk Maznah Hamid

bersama orang kesayanganku..Editor HARMONI


Inilah orang kuat yang mejayakan majlis Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009, Puan Nor Asmah Zakaria, Editor HARMONI..aku suka dengan penampilan dia..memang cantik hinggakan Mas Anizam dok tanya aku 2 3 kali siapa dia..coz tak perasaan perubahan! Tudung ditaja oleh Pah (Syed Hashim)..cantikkan..aku pun nak tempah satu la..heheh

boss bagi kelulusan pada semua krew yang terlibat untuk jamu selera kat Cafe Legend Hotel..penat lelah dihargai..thxs a lot!
Iskandar Sani Melan, Ucop & kemeja biru hujung tu, boss aku Encik Badrol Azhar

Mazyati, Zia & Yanti, UMES

Kak Lela sentiasa vogue! ex Ketua Visualizer UKSB

ala..tak sempat aku nak nyelit..VVIP Datin Seri Utama Masnah Rais

Kak Zuraini & Yanti (Marketing Executive UMES) bersama Rosyam & Tun Dr Hasmah..

bersama Kak Baini, Ketua Jurugambar Utusan & Kak Normala Hamzah, Pengarang WANITA..sama saiz ke..hehehe

..penat ke Farid..amboi tidur pun maintain macho!..

'runner' Kucai & Farid..on call!..heheh

Ayang & kawan Mas Anizan (lupa nama..sori) aku pun tak perasan macamana boleh ada kuih kat depan tu..apa teknik ntah Abang Ad ambil gambar...tapi kira kreatif le tu..

Hamidah, Enini & Intan



Abang Ad bersama 'anak ayam' nyer..heheh (Intan & Nini)

di meja pendaftaran.. cenderahati dari DE'WAJAH untuk VVIP
(Ucop, Rose Cun, Huda, Intan & Nor Bird)

Mas Anizan & Rozita Che Wan sebagai Juri

En Mat Noor, Mas Anizan, kawan mas & Rose cun(wartawan Harmoni)



Ayang, En Mat Nor, kawan Mas & Mas Anizan

Monday 25 May 2009

MENCANDAT SOTONG! & 'ROUND-ROUND' TERENGGANU DARUL IMAN.





































bergambar kenangan bersama pak cik Haji Abdullah, tukang membuat kapal/boat.







“ Rose, akak bercadang nak pergi candat sotong di Terengganu dan sambil tu boleh ‘jalang-jalang’ makang anging di sana..” itulah permulaan perbualan yang disapa oleh Puan Noorzila Jamaluddin, Editor yang baru menerajui majalah SAJI.

‘Jom! Seronok gak!, kebetulan Badan Keluarga Utusan (BKUM) buat trip candat sotong gak pada 2 Mei nih!” kataku. “Tak nak! Ikut trip macam tu, kita p sendiri. Cari la gang!, akak dah ada gang, kebetulan kawan akak dan suaminya teruja sangat nak pergi mencandat” kata Kak Zila.

Aku terus memasang strategi bagi mencari gang untuk expedisi MENCANDAT SOTONG!.

Akhirnya beberapa perbincangan manja-manja dengan kak zila, mek sue (wartawan KAWAN) dan Azimah, Penolong Pengarang, Unit Majalah Umum, akhirnya kami memilih tarikh iaitu pada 16 Mei 2009. Aku menggunakan abang ipar ku yang memang mengenali beberapa orang pemilik bot. Memandangkan sekarang musim mencandat sotong maka, tarikh pilihan kami iaitu 16 atau 17 Mei semua bot persekitaran di Kuala Terengganu penuh. Dan bot yang kebiasaan abang iparku uruskan pun telah ditempah oleh TV3!. Oleh kerana semangat keterujaan yang membuak-buak untuk mencandat maka 18 Mei (Isnin) tarikh pilihan kami. Terpaksalah korbankan ambil cuti selama 2 hari iaitu 18 & 19 Mei.

Tiba masanya, perancangan asal aku untuk telah berubah, ia! asalnya kami merancang dua buah kereta, aku sekeluarga dan kak zila dan gang satu kereta. Kebetulan exam persekolahan anak2 telah habis, so boleh la balik kampung sekeluarga. Tetapi rupa-rupanya kedua-dua anakku Ariff dan Piya akan menduduki exam sekolah agama pada minggu tersebut. So, cancel! Hanya aku sahaja la yang balik.


SABTU, 16 MEI 2009
Suami ku hantar ku di UIA Gombak jam 6.00 pagi. Kami berjumpa di sana kerana kak zila pickup kawannya dan Azimah. Aku diperkenalkan oleh kak zila pada kawannya iauitu HANIM dan suaminya SUZUKA TAKASHI. Mereka baru berkawin awal tahun ini. Suzuka dari Nagoya Japan..alaa..aku lupa nak tanya nama islamnya apa. Kami panggilnya Suzuka. Kami bertolak lebihkurang jam 7.30 pagi.

Perjalanan yang masih awal pagi..hingga kabus menutupi jalan sepanjang highway Kuantan. Kami breakfast di R&R Gambang jam 10.00 pagi. Aku ambil syarat jer..sebagai alas perut, ¼ nasi lemak + sambal dan ikan tenggiri goring – RM4.50! Mahal!, Azimah ½ nasi putih + seketul ikan patin RM7.50!..

Mak sedaraku yang dapat tahu aku pulang, awal-awal lagi cakap MESTI singgah rumahnya untuk makan tengahari…katanya mesti!. Katanya kalau tak nak masuk ke FELDA KERTEH DUAl singgah makan di rumah Liza (anaknya) di Paka. Aku pun teruja gak nak tenguk rumah sepupuku itu yang baru beli kat Paka..cantik amat! adik2ku bagitahuku sebelum ini..

12 tengahari kami sampai, Liza siap menunggu di stesyen minyak Petronas Paka terus membawa kami ke rumahnya. Wah! Memang cantik rumahnya, ye la ratusan ribu, memang la cantik. Tambah cantik lagi bila tenguk hidangan dah terhidang atas meja!..heheh. Aku lihat Suzuka sedikit terpinga-pinga melihat hidangan itu..ye la..mana ada kat Jepun!..

Lauk yang maksu hidang tengahari tu ialah  sotong masak merah + kacang panjang, ikan kerisi goring, soup sayur petola..simple ajer..but sedap. Suzuka amat menikmati ikan kerisi goring..isi ikan kerisi lembut dats y dia suka kot..Dia suka sotong goreng walaupun sedikit pedas..Bila aku tanya tentang masakan, dia angguk, kata Hanim maknanya sedap le tu.

Suzuka pun suka tenguk wajah anak Liza..lebih kurang muka orang Jepun. Tetapi sebenatrnya anak Liza mengidap sakit berkenaan buah pinggang. Jadi nampak muka dia montel.

Pukul 2.00 petang kami bertolak ke Kuala terengganu. Setelah beberapa perbincangan dan cadangan dari semua, kami terus memasuki bandar Kuala Terengganu untuk check in Hotel Teratai Tenang. Kak Zila dah book awal. Aku dah pelawa mereka sebelum ini untuk menginap rumahku, tetapi mungkin mereka segan atau tak nak menyusahkan keluarga aku kot. Atau juga kerana Hanim &^ Suzuka. Ye la, tengah honeymoon! Mestilah nak cari tempat yang sesuai.

AHAD, 17 MEI 2009

ISNIN, 18 MEI 2009

SELASA, 19 MEI 2009

RABU

boat