17 Disember 2008 (Rabu) -Before ni aku memang dengar gak gossip yang my boss aku akan dipanggil balik bertugas di hq. Tapi aku tak berani nak ask him, diam jer la. Hinggalah my hubby tenguk KOSMO dan UTUSAN Online pada malam minggu lalu 'dapat boss baru ke' katanya. Memang terperanjat dan rasa sedikit sebak la coz my boss memang baik sangat orangnya. Aku sms dan ia mengiakan.., sedih gak. Dia akan bertugas sebagai Pengarang Mingguan Malaysia effective 16 Disember 2008. Ketua Pengarang Majalah UKSB adalah pengurusan kanan pinjaman daripada UMMB. Encik Zin Mahmud adalah orang yang ketiga yang menerajui UKSB sebagai Ketua Pengarang Majalah kecuali Puan Maimunah Yusoff, dia bersara pada 2005. Tempatnya diambil alih oleh Encik Ahmad Abdul Hamid (ABAH) yang dipinjamkan oleh UMMB tetapi dipanggil balik pada 2007 dan diganti pula oleh Encik Zin Mahmud dan juga dipanggil balik dan akhirnya tempatnya diganti oleh Pengarang KOSMO, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman. Ini bermakna sudah 4 boss menerajui UKSB! Tak apalah yang penting UKSB sentiasa berdaya maju dan berdaya saing dan menuju ke arah CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG! Sepatutnya majlis farewell diadakan pada Isnin, 15 Disember, tapi dalam perjalanan balik dari Terengganu ke PJ, my second boss, Puan Zue sms minta pospone mesyuarat dan farewell kepada 17 Disember (hari ini). So kelam kabut gak la, aku terpaksa cancelkan tempahan jamuan dan invatation. Kira 'kopak' gak la credit hp aku..tapi tak ape la demi negara yang tercinta..hehehe.
So hari ini pukul 3.00 petang tadi, majlis farewell dan suai kenal Editor-in-Chief baru berjalan dengan lancar. Encik Badrol Azhar Abdul Rahman boss baru aku yang akan menerajui Utusan Karya mengantikan Encik Zin Mahmud. Seperti lazimnya, setiapkali ada perpisahan atau pertukaran staff terutamanya pertukaran boss, akulah yang akan membeli cenderahati sebagai tanda kenangan mereka semua dan semestinya frame gambar dan masthead produk UKSB yang diilhamkan oleh grafik artis HARMONI iaitu INTAN menjadi pilihanku. Intan kalau bab macam ni memang terror.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Ini lah frame hasil sentuhan grafik artis majalah HARMONI, INTAN. Dua rangkap pantun adalah hasil ciptaan aku yang sedikit 'dicedok' daripada pantun Nur Bird.
Jam CITIZEN , aku rasa jenama itu sesuai untuk bossku. Pen jenama PIERE CARDIN. Warna tengah OREN tu aku pilih kerana ia melambangkan corporate color UKSB
Bergambar kenangan bersama Encik Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Encik Zin Mahmud, Encik Badrul Azhar Abdul Rahman, KPM baru UKSB dan para editor.
No comments:
Post a Comment