Monday, 5 January 2009

ALAM PERSEKOLAHAN ANAK2KU..

5 JANUARI 2009 (ISNIN) - Hari ini adalah hari pertama persekolahan anak-anakku. Aku ambil cuti 3 hari kerana urusan persekolahan anak-anakku terutama untuk puteri bongsuku, Nur Aina Sofeyya yang akan memasuki Tahun 1. Keputusan Ujian pengesanan masa orientasi 31 Disember 2008 hari itu melayakkan puteriku masuk 1 MAWAR. Guru kelasnya ialah CIKGU ZULKIFLI. Sekolah Rendah Sri Petaling Petaling Jaya menjadi pilihanku walaupun puteri-puteriku dulu bersekolah di SRK Assunta 1. Ini kerana Piya telah menduduki PRA SEKOLAH di Sekolah Sri Petaling, jadi tentu dia dah biasa dengan persekitaran dan kawan-kawannya. Ku harap Piya dan Ariff akan berjaya di SRK Sri Petaling.

No comments: