Semalam kebetulan ku mengemas almari rumahku. Ku susun balik buku-buku dan album-album..lama tak belek-belek album niih..bisikku..lalu ambil kesempatan belek-belek manja. Tersenyum sendiri bila tenguk album anak-anakku masa kecik terutama album kak yong dan alia. Akhirnya ternampaklah gambar-gambar perkahwinan ku..tersenyum dan ketawa sendirian.Lalu datang idea untuk bawa gambar ni ke pejabat untuk scan.

ku tak ingat masa ni umur aku berapa..cuma ku ingat tika ini pertama kali aku mengenali ayahku..
bersama adikku berlainan ibu KAMARUZAMAN BIN IDRIS, masa ni 1st time jumpanyer (1978)

inilah hidangan makan beradab masa perkahwinan aku..
Lawatan ke ARKIB NEGARA semasa kursus REKOD DAN FAIL di MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PJ ..baru lepas pantang lahir anak pertama (1993)

Tika ini, majalah paling top di Terengganu ialah WANITA, URTV dan VARIAPOP (1984)

Kenangan bersama jiran keluarga angkat yang bekerja sebaga HA di Tanjung Rambutan Perak

Kenangan bersama ZA dan ROSNIAH sekitar tahun 1985..kini ZA menetap di Felda Jengka dan Kak Ani di Felda Chalok Barat Terenganu. Banyak sangat kenangan manis tika bekerja di FELDA KERTEH DUA bersama mereka (1985)

Saat aku baru mengenali Ayahku dan bonda tiriku..seiingat aku masa ni cuti sekolah masa aku Darjah 5/6 (1978)

Bersama kawan-kawan sekampung..sekitar tahun 1979

Masa ni aku sudah mempunyai seorang puteri (1993)

Lawatan di Masjid Shah Alam semasa datang berkursus di Maktab Kerjasama Malaysia PJ.

Bukit Cerakah Shah Alam - lawatan peserta kursus Maktab Kerjasama Malaysia..masa inilah Encik Amir Salim - hujung kiri disebelahku (kini dah jadi suamiku) menurutnya tika ini dia dah berkenan kat aku,..cewahh!!..hehehe

Memang sejak dari remaja aku memang minat dengan color merah & PINK. ZA, ROSNIAH dan..lupa la nama

Saat penuh debaran..SAH!

selepas diijabkabul...

wah! potong kek 2 tingkat..kira hebat a masa tu...

Encik Amir Salim teliti membaca sebelum menandatangani..

Tika ni makan beradab duduk atas lantai..now kerusi meja..

Ummi (ibu angkatku), bidan terjun jadi pengapitku

aku menyarung cincin perkahwinan, aku dapat 3 bentuk cincin, 1 cincin risik, cincin tunang dan cincin kawin.

kusyuk dengar tok kadi ..
2 comments:
wahhhh...encem betul abg amir masa muda....kenangan di bukit cerakah yg mahal tu kan kak rose...muahahaha!!!
hey leez, aik tak tidur lagi ke. aik abang amir je yang hensem, AKAK tak cute ker...hehehe kenangan terindah di Bukit Cerakah
Post a Comment