Friday, 13 February 2009

CATATAN MANJA..@13 FEBRUARI.

Sudah seminggu aku bercuti.  Cuti terpaksa. Thaipusam hinggalah hari ini 13 Februari.  Ini kerana suamiku berkursus di PD.  Jadi siapa yang nak uruskan anak-anak ke sekolah? terpaksalah aku ambil cuti panjang.  Aduh! memang penat! sebenarnya selama ini hubbyku yang 100% menguruskan anak-anak ke sekolah.  Tapi bila aku kena uruskan, ya ALLAH memang penat tapi bila tenguk gelagat anak-anak kesayanganku..hilang rasa penat.  Agaknya anak-anakku ketawa tenguk ibunya kelam kabut dan tidak seperti abahnya yang lancar dan sempurna.  Tapi yang kelakarnya, suami kesayanganku akan menghantar sms bagi mengingatkan aku masa-masanya.  

Antara sms yang dihantar oleh suamiku..:-

"hari ini ariff n piya gi sek.keb. sebelum pukul 2.10 ptg. seeloknya pegi 1.30 takut jem.  Hari ini balik jam 6petang.  Alia macam biasa 6.45"

"Lepas ambil piya terus ambil alia.  Lalu depan crown princess terus."
(siap bagi direction jalan..hehehe)

"Arif n piya keluar sek. jam 6.20 petang. Pegi nanti seeloknya pukul 5.50 ptg takut jem.  Bawa kak yong sekali mudah sikit"

Macam dia tak percaya je aku menguruskan perkara seperti ini..

Bila tugasan ini aku pikul untuk seminggu, baru ku rasanya betapa penatnya suamiku..dan kesian dia..hehehe.

Rutin harian suamiku..:-

  1. 7pagi - hantar Kak Yong dulu
  2. lepas tu hantar Piya dan Ariff (sekolah agama)
  3. hantar aku ke ofis (bangi)
  4. 10.30 pagi - ambil piya dan ariff
  5. 12.00 - hantar piya dan ariff ke sekolah kebangsaan
  6. 12.45tgh -hantar Alia ke sekolah menengah
  7. 1.20ptg - ambil kak yong dari sekolah menengah
  8. 6.20ptg - ambil piya dan ariff
  9. 6.45 ptg - ambil kak yong
  10. last sekali ambil aku (Bangi)
aku kira-kira 1 hari lebihkurang 100km!!  mujur la ada motor buruk...hehehe


Hari ini @13 Februari, puteri sulongku dengan penuh gembira memberitahuku yang dia mendapat tempat kedua Pertandingan Khat.  Aku tahu puteriku ini amat meminat tulisan Khat.  Dan aku teringin nak hantarnya mengikuti kursus tulisan Khat tetapi aku tidak mendapat sumber atau info tentang kursus Khat.  Kalau ada dan tidak melibatkan kos yang tinggi pasti aku hantar anakku mengikuti kursus Khat ini.

2 comments:

Anonymous said...

akak..segala pengorbanan suami & akak akan berbayar bila anak2 akak berjaya suatu hari nanti.. Insyallah..semoga kuarga akak bahagia selamanya ..yeayyy

Anonymous said...

mudah-mudahan , amin..