Hanya dia yang memahamiku..mc dua hari. Sesak nafas ku makin teruk, doktor terpaksa memberi suntikan. Doktor minta aku berehat..hanya tidur dan melayani perasaan..dugaan yang Allah berikan harus ditempuhi dengan cekal..ada hikmah disebaliknya..banyak bersabar dan mohon pada NYA agar diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini...rezeki, ajal maut bukan manusia yang tentukan, ALLAH yang tentukan! semua datang dariNYA..itulah kata-kata semangat yang diberi oleh sahabat kesayanganku..
Ku perasan dipagi hari ada miss call 3, 4 kali..lalu aku cal. ..dia datang untuk ambilku berjalan-jalan manja..sepanjang dalam kereta berbicara manja dan terdiam seketika..sesekali hati menjadi sebak dan air mata mengalir.. Tapi dia banyak memberi kata semangat..
Kebetulan aku 'uzur' so, sedikit terkilan kerana tidak dapat menunaikan solat dan memohon padamu..hanya dalam hati sahaja..Allah Maha mendengar dan Maha Mengetahui..!
Tempat yang kami tuju Ikea Damansara, sesekali kami ketawa dan berpeluk manja..macam orang berkasih pulak..hehehe,.,.tetapi dialah sahabat dunia akhirat..dia amat memahami tentang perasanku.."sama-sama tolong menolong, masa saya alami macam ni dulupun, akak juga yang banyak memberi kata semangat..pendengar setia!" katanya..
Petang itu aku menikmati karipap yang menjadi sebutannya ' memang sedap sangat karipap di Ikea ni" jom!..katanya. Karipap kesukaan itu sentiasa menjadi sebutan di bibirnya...
Semangatku makin pulih dan badan yang tidak sihat tadi sudah kembali sedikit sihat..Akhirnya dia menghantarku pulang..Hanya satu yang ku ingat .."setiap dugaan dan cobaan yang Allah turunkan, ada hikmah disebaliknya dan ALLAH AMAT MENYAYANGI DIRIKU..."
Dugaan menimpa lagi, suami kak Khaty jiranku telah nazak di Hospital Sungai Buloh. Tengahari aku dan semua serta beberapa orang staff MKM melawatnya..sampai sahaja di ICU..aku lihat ketabahan dan kesedihan Kak Khaty pada wajahnya. Dia hanya diam sahaja..aku tidak mahu menegur dulu, biarlah..tetapi Kak Khaty bangun terus memelukku dan menangis..aku hanya mampu beri kata semangat padanya..kami sama-sama menitis air mata.."sabarlah, Allah sayangkan abang Razak, kita hanya mampu berdoa, setiap dugaan yang Allah berikan , ada hikmahnya"..aku bisikan ke telinganya sambil mengesat pipi Kak Khaty.
Seingat aku Abang Razak tidak sampai setahun menjalani pembedahan jantung. Aku diberitahu Abang Razak tidak sihat semasa di pejabatnya dan kemungkinan Abang Razak mengalami 'strok' semasa bersendirian di dalam bilik tempat dia bertugas. dia terjatuh di pejabatnya dan kepalanya terhentak. Abang Razak koma. Doktor telah membuat pembedahan pada kepalanya. Malam sebelum itu, Kak Khaty menalipon suamiku meminta tolong bawa anak-anaknya ke Hospital Sungai Buloh. Doktor meminta keluarga Kak Khaty bersedia..bermakna 'tiada harapan'..
Aku juga bisik pada telinga Abang Razak, "Abang Razak kuatkan semangat, jangan risau tentang keluarga, kami ada..ingat Allah, Abang Razak lawan ye.. mengucap ye"..itu aje yang ku mampu bisiknya. Suamiku dan beberapa orang staff MKM membaca Yassin..
Aku nampak staff nurse sedang menolak jenazah untuk keluar daripada wad ICU itu..dan juga kelihatan beberapa orang lagi pesakit yang sedang kritikal..aku menjadi sebak..hanya Allah sahaja yang mengetahu perasaan aku tika itu..ketika itu juga aku teringat semua ahli keluarga terutama anak-anakku...dan setentunya aku teringatkan padaMU YA ALLAH!..
Semasa aku ingin keluar untuk mengambil sedikit minuman untuk Kak Khaty, tiba-tiba aku terlihat seorang pesakit..melambai2 lemah seolah-olah memanggilku..lalu aku menuju padanya.."Nape pak cik"..suaranya amat lemah dan pelahan.. tapi aku faham, dia meminta aku menanggalkan wayar-wayar yang serabut di lengannya..dan ayat yang pertama yang keluar dari mulut pak cik itu.."Nak balik"..aduh!! ya ALLAH..aku menangis sambil berkata "sabar pak chik, Allah sayang pak cik, sebab tu pak cik ada kat sini, kat sini ada nurse, ada doktor, mereka akan jaga pak cik dengan baik, pak cik kuatkan semangat ye, ingat Allah selalu"..itulah yang mampu aku bisikkan pada pak cik itu. Selepas itu aku tertanya-tanya, kenapa dia memanggilku!?..hanya Allah sahaja yang mengetahui..
Selepas itu, aku nampak dua orang perempuan (aku agak antara ibu dan anak) yang berbangsa cina sedang menangis terisak-isak..sambil aku menuju ke pintu keluar, aku sempat mengosok bahu kedua-dua beranak tersebut dan ayat yang sama ku ucapkan pada pak cik tadi kepada dua beranak tersebut. Mereka terisak dan cuba senyum..
Entah kenapa aku begitu baik dan mudah simpati pada tika itu...
Selepas itu, kami bertolak balik dan tidak sampai 30 minit, kami dapat panggilan dari Hospital mengatakan Abang Razak telah tiada..ya ALLAH..padaMu kami datang dan padaMu kami kembali...Al Fatihah!
Suamiku turut menguruskan jenazah dan telah selamat disemadikan di Tanah perkuburan Pantai Dalam petang Jumaat semalam.
Abang Razak seorang yang baik dan agak pendiam..pergi menemui Illahi dalam usia 49 tahun! meninggalkan Kak Khaty dan 3 orang anak yang masih bersekolah...meninggal selepas solat Jumaat!..ya Allah ampunkan lah segala dosa-dosa abang Razak dan semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh..amin.

No comments:
Post a Comment