Thursday, 14 May 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

Pagi itu aku dikejutkan manja oleh putera dan puteriku..tiba-tiba aku terdengar 'serentak' "Ibu! selamat hari ibu".. ku lihat putera dan puteriku merangkak atas katil dan menghulurkan dua keping kertas lukisan..aduhh!! mengenang airmataku..lantas aku terpa manja dan mendakap mereka berdua.  (Kedua-dua puteriku yang  lain tiada, mereka bermalam di rumah Cik Na di Putrajaya) "Sayangg ibu,! ucap mereka dan mengucup kedua belah pipiku.  Lantas aku capai telefon bimbitku untuk abadikan gambar lukisan seperti di bawah. 

Aku teringatkan bagaimana seorang manusia yang sanggup membuang dan membunuh anak-anak yang tidak berdosa dan yang masih merah.  Manusia yang bersikap dan berhati perut binatang. Tetapi, malah binatang pun sayang pada anak-anaknya. Kenapa ada manusia sanggup bersikap sedemikian!..?

Allah swt telah anugerahkan aku 3 orang puteri dan seorang putera..yang cantik, yang sihat, yang manja, yang nakal, yang baik, yang cerdik, yang petah, yang segak, yang bijak, yang soleh dan solehah..yang segala-galanya..Ya ALLAH aku bersyukur kepadaMu kerana menganureahkan aku anak-anak yang sedemikian..Aku janji akan menjaga anugerahMu itu dengan sebaik-baiknya, memberi pendidikan dunia dan akhirat..Aku memohon padaMu yang ALLAH, kuatkan lah semangatku, kuatkan imanku, berkatilah kehidupan aku, jauhkan aku dari segala perkara yang tidak elok, jauhkan aku dari segala mala petaka..murahkanlah rezeki kepadaku sekeluarga..terangkanlah hati dan jiwa putera dan puteri-putriku untuk menerima ilmu-ilmu dunia dan akhirat...berikanlah aku limpahi lah cahaya rahmatMu pada keluarga ku ini..hanya itu yang aku pinta dariMU..



Hasil lukisan daripada putera kesayanganku..Putera Ahmad Ariff Izz Taufiq. Terharu sekali bila melihat hasil dan gerakhatinya..puteraku melukis lakaran ibu kesayangannya berambut tocang.  Agak nya belum pandai nak lukis wajah ibu yang bertudung..'Abang' ibu sayanggg kat Abang..Abang adalah sorang-sorang harapan ibu..abang adalah amanah untuk menguzung keranda ibu dan abah ke 'sana'..



Yang ni pula, hasil kreatif Puteri kesayanganku..Puteri Nur Aina Sofeyya. Benarnya dia nak bagitahu yang dia amat suka sekali bila ibunya ini masak ayam goreng.  Aku amat terharu bila mengenangkan setiapkali aku masak dan dia menikmatinya..pasti akan keluar dari bibir mungilnya 'sedap la ibu masak', "best la ibu masak"..sayanng ibu..itulah membuat aku touching... Piya..ibu sayangg Piya. Dan Ibu sayang semuanya..Kak Yong, Kak Alya, Abang dan Abah...kamu semua adalah segalanya bagi ibu...

Aku teringat ada seseorang yang hantar emel padaku..renungkanlah di bawah ini...amat menarik..dan sama-samalah kita hayati dan renung2kanlah....

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

No comments: