Saturday, 6 June 2009

WET WORLD WATER PARK SHAH ALAM

1 Jun 2009 - pagi tu boring sangat..anak-anakku tunjuk muka 'bad mood'..ya la masih frust kerana hajat nak bercuti 'pusing-pusing' Penang tak kesampaian.  Aku terfikir macamana nak 'tune' mood mereka tu kembali ceria!..mmm..lalu aku teringat Wet World Water Park Shah Alam (WWWPSA) ..a'a ye jugak detik hatiku..sana murah sikit, ye la ekonomi aku tengah down sekarang..macam jugak ekonomi negara yang tengah krisis!..kalau ke sana, jimat sikit belanja, tiket masuk seingat aku antara RM5-RM10/pax. WWWPSA ni bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan seingat aku dia dibukan pada tahun 1996 dan juga seingatkan aku dah 3/4 kali aku ke sana.

So dengan penuh semangat, lagi untuk jimatkan kos, aku terus masuk dapur dan masak.  Mesti bawak bekal untuk makan (walau pun ku tahu memang makanan luar tak dibenarkan masuk ke dalam).  Menu utama aku : Nasi putih & ikan keli goreng bersambal..senang & simple!!.  B4 ni aku memang tak suka ikan keli but my hubby suka sangat ikan keli.  Tetapi semenjak 'adik kesayanganku' menjadi penternak/pembekal ikan keli, aku boleh makan la jugak ikan keli tu..tapi tak le 'gila' sangat!

Dengan 'hujah' adik kesayanganku, dia kata ikan keli kat pasar, hanyir dan diberi makan perut-perut binatang (entah binatang ape aku tak tau).  Tetapi yang 'adik kesayangan'ku bela ni..diberi makan makanan khas (halal). Memang betul katanya - beza sangat2..terutama dari segi 'lemak' - kat pasar ikan keli lemak semacam dan baunya kuat. tapi yang 'adik kesayangan'ku punya tak rasa apa-apa dan langsung tidak ada lemak, tak hanyir dan tak 'belendir'. (Try la-tempahan! heheh-boleh aku tolong uruskan!!- dik, bagi komisyen ye!..heheh)

Aku suruh puteri sulongku ajak 'anak angkat'ku Amirah Nawwarah. So kami bertolak ke WWWPSA dan tempat yang kami tuju adalah Taman Tasik Shah Alam - apa lagi makan tengahari le dulu..mana boleh bawa makanan masuk sana.  Dengan rice cooker ku angkut! heheh..best giler! try le..tak payah masuk restoran!..dah la mahal, makanan entah apa-apa!.

Lepas makan kami terus masuk WWWPSA - suamiku tak masuk tunggu luar jer..hanya aku yang teman kan mereka. Aku tak mandi-malas la!bagi peluang anak-anakku bersuka ria..aku hanya pantau jer..kalau aku join mandi sekali..anak-anak kemana, aku kemana..hehehe!!..



aik tengah makan pun boleh bergossip!!



'abang'..ada le tu yang tak kena!

kak yong & amira


































No comments: