Thursday, 2 July 2009

DUUGAAN, COOBAAANN, KETENTUAN...!!

Dugaan, cobaan, ujiann dan kecuaian..ia bemain di benak fikiranku..tiada pertanda mimpi yang datang..cuma aku rasa begitu tertekan sejak akhir-akhir ini..tapi antara yang bermain difikiran ku adalah ianya adalah dugaaan dari ALLAH SWT. ALLAH 'menjentik' sedikit padaku..bisikku..dan ini adalah peringatan dariNYA..mungkin aku begitu lalai dan taksub dalam sesuatu hal..hinggakan seketika aku mungkin lupa tentangNYA..dan pagi ini IA telah 'menjentik' aku..

Sepanjang aku mempunyai lesen memandu yang aku perolehi semasa aku menunggu SPM dan hingga kini aku tidak pernah mengalami kemalangan kecuali adalah sikit-sikit "tergeser manja-manja"..tetapi pagi ini aku rasa bagaikan mimpi yang ngeri, tepat jam 9.00 pagi dan kebetulan hujan agak lebat dan jalanraya agak sedikit 'jem'.

Sepanjang perjalanan Federal Highway dan memasuki Highway KL-Seremban..ia agak seikit jem tetapi berjalan lancar. Seperti biasa waktu pagi-pagi begitu, banyak yang aku fikirkan, fikir pasal anak-anak, pasal urusan rumahtangga, pasal diri sendiri, hal ehwal kerja pejabat dan macam-macam la..tetapi diri masih mampu tersenyum bila mendengar celoteh KJ dan 'Abang Jem' (hari ni kak engku tak ada) stesyen radio kegemaranku, SINAR.

Sehinggalah sampai ke traffic light menuju masuk ke Kompleks Seri Utusan..yang aku nampak lampu di depan dari merah bertukar ke hijau, dan aku perasan lori di depan telah 'menjatuhkan' handbreak (coz aku nampak lampu lori dia dari merah ke normal)...dan juga aku nampak traffic light telah bertukar merah ke hijau dan .dan jangkaan aku lori bergerak dan aku yang agak sedikit laju terus dan terus..tiba-tiba..ya ALLAH..aku telah menghentam belakang lori pickup! terkedu, terpaku, terpana dan macam2 ter...hanya yang keluar dari bibirku ALLAH! YA ALLAH!..

Depan keretaku kemek! dan lori di depan bergerak dan menunggu aku di depan selepas traffic light dan aku masih terkial-kial dalam kereta, sehingga traffic light kembali merah. Akhirnya aku terus menuju ke depan lori yang sedang tunggu..

Orang pertama yang aku call ialah my boss iaitu Katherine Lim Suik Yee dan orang kedua ialah suamiku..Aku minta Kat tolong hantar staff lelaki untuk membantu aku, aku rasa takut kerana kebiasaan kes seperti ini, kaum macam aku yang selalu 'terkena'. Pemandu lori tersebut meminta aku 'settle' dengan meminta bayaran RM150.00. Lorinya memang tak nampak langsung bekas 'accident' cuma plet dan lampu kecil pecah. Tetapi kereta kesayangan aku..(bagi aku ia sudah cukup teruk)!

Aku minta pada pemandu tersebut datang ke pejabatku untuk settlekannya. Pemandu tersebut percaya setelah aku bagi handphone no dan nama aku padanya untuk mencariku. Tajil sampai, tapi budak lori tu dah pergi ("nak cepat, nak hantar barang kat kilang", kata budak tu).

Sampai ofis, baru aku perasan diriku dah basah tapi tak le kuyup!..ya ALLAH..kerana terlampau panik hingga lupa hujan lebat tadi..!entahlah..cubaan dariNYA.."nak buat guane" bisikkku lagi..

Jam 11pagi, budak lori tu datang, dan nak pendekkan story, setelah berbincang dan merayu..aku minta kurang dari RM150 kepada RM100. Akhirnya dia terima walaupun ku perasan dia macam nak tak nak..mana aku nak cekau lagi duit..tau2 je le, kan aku baru balik dari Bandung..Hinggakan aku cakap dengan budak tu, "Dik, kita sama2 Islam, sama2 Melayu..dan akak pun malas nak panjang lebar, akak dah pening kepala nih!, minta2 la sangat, adik terimalah RM100 hinggit nih!"..aku perasan dia tenguk dan renung muka aku..macam nak telan aku jer...dan mujur jugak Toha Tajil Aurus Adnan datang 'backup'..so settle la..Thx Tajil! hanya ALLAH sahaja yang dapat balas budi baikmu..

So kat UKSB, hot story pagi ni (kiranya story aku jadi 'front page' la)..ada yang turun tenguk kereta aku dan ada yang datang tanya macamana boleh berlaku. Terima kasih kawan-kawan yang amat mengambil berat tentang aku...bila ku ingatkan tadi, sebak jadinya.. TETAPI yang paling sebak hanya seorang yang datang tanya (bukan tanya pasal accident) coz ku tahu mungkin dia dah tau dari orang lain..dia tanya dengan lembut sekali "Kak Rose ok tak?, rasa terhentak tak?, pergi check dengan doktor tau, baru2 macam kita tak rasa sakit, nanti lepas sehari dua, baru kita sakit, u pergi tau..kesian Kak Rose.." itulah ayatnya yang ulang2 kali..aku jadi sebak tapi aku pura2 tunjukkan muka senyum..ITULAH DIA 'HUZZ'. Thank you Huzz! terima kasih atas simpati Huzz itu.

Tengahari, tiada sesiapa yang menemani aku (sahabat kesayangan aku masuk lambat) jadi aku ambil keputusan untuk pergi Pejabat Pos untuk renew Lesen mandu aku!..aku baru perasan lesen memandu aku dah experied!! 8.5.2009!!! aku TERLUPPPAAAA!! ya ALLAH!! dan benarnya aku dah tau lesen mandu aku dah tamat tempoh masa aku balik dari Candat Sotong di terengganu hari tu..tapi LUPA LAGI nak RENEW!!...

Akhirnya aku renew untuk DUA TAHUN!..tak penah dan inilah pertama kali aku renew 2 tahun terus..biasanya setahun setahun..

Balik dari renew lesen, masa aku park kereta, aku terdengar bunyi 'deseran' yang amat kuat dan aku tenguk bawah bonet yang kemek!..ya ALLAH! asap keluar, air mencurah2 keluar!..panggil Tajil- "kalau tak redetor pecah, atau host bocor" kata Tajil - lagi aku panik dan macam nak pitam! Mr Mac Mohan, Sales director U.Printcorp kebetulan park kereta ditempat sama, terperanjat tenguk kereta aku. "Don't drive kalau macam ini, bahaya, nanti terbakar your car" and lagi teruk rosak" .katanya. Lagi aku takut, terbayang aku, kalau terbakar masa aku tengah drive...!

Aku teringatkan Abang Idris Asaran - dia ada workshop kat area Bangi. Dengan pertolongan Roslee Hanafi, anak abang Idris datang tenguk dan check apa yang bocor. Aku pun dah pening dan mampu ku katanya padanya "Dik, tolong baik aircond ni dulu ye, yang penting akak nak drive sampai boleh sampai ke PJ'. Lebih kurang 15 minit, siap 'Kak ok, tapi akak hati2 sikit, tenguk, kalau temperature naik sampai dekat line merah tu, akak stop dulu dan matikan enjin, pas tu start balik". Aku lega tapi bila dia kata "Kak jangan lupa bawa air, kalau panas sangat, akak siram tempat host tu". Lagi aku pening dan takut. Tapi ingatkan aku mesti bawa kereta ni balik PJ kerana aku yakin anak buahku boleh baikinya dan jimat sikit kos!.

Jam 4.30 petang aku keluar ofis. Sampai traffic light sebelum tol Kajang, tiba-tiba aku nampak temputure naik sampai line merah!!../terus aku matikan enjin (kebetulan lampu merah). Bila lampu hijau aku kelam kabut start enjin..tiba2 jarum meter tu terus ke line merah..(kedengaran hon-hon kat belakang keretaku..) kelam kabut dan panik (mujurlah lelah aku tak datang!!!) kalau tidak terkujur aku kat situ!!.

Aku cal anak Abang Idris, 10 minit dia datang (aku dah berpeluh giler!!!) , check punya check, dia perasaan "Kak, kena bawa balik kereta ni ke workshop" , "kenapa pulak?" tanyaku.."kipas aircond tak jalan" katanya..aku kata " la, tadi tak perasan ke yang kipas tu tak jalan", kataku..

"Tak, tak nampak tadi coz terlindung penutup plastik" katanya..Aku malas nak banyak soal. Tarik nafas, "Ok la dik, tapi adik drive akak duk sebelah".

So menuju la aku ke workshop. Kawan dia follow -dan aku perasan nape aku nampak ada 'signal'
merah kat meter - aku jeling ke handbreak "dik, ko tak turun handbreak ke"..dia senyum..la rupa2nya budak tu bawak kereta aku dari tol kajang sampai workshop tak turun handbreak!! Nak marahpun tak guna gak, sama-sama muka selamba dan kepenatan. Turun! bau hanggit tayar!!..YA ALLAH banyaknya DUGAAN yang KAU berikan padaKU..

Untuk bagi jalankan kipas tu, terpaksalah potong pelindung getah kipas dan akhirnya .."Kak, dah ok dah". "Betul ke", kataku.."ok kak, tenguk" dia start enjin kereta dan tunjukan padaku kedudukan kipas aircond.

Hati bimbang jugak, tapi ingatkan dah jam 6petang nanti jalan makin jem, aku tawakal jer...sepanjang perjalanan aku hanya mengaji surah-surah pendek yang datang kebenak fikiran aku..(sebelum ni asyik menyanyi je dalam kereta..). Lepas mengaji, aku berdoa semuga aku selamat sampai ke rumah.

..aku senyum sendirian...sebak, senyum lagi..sebak..silih berganti Pertama kali dalam hidup aku!! aku..teringat kata2 sahabat kesayanganku juga editor HARMONI "Kak, setiap dugaan yang ALLAH bagikan pada kita, pasti ada HIKMAHNYA dan jika penghijrahan kita makin dekat padaNYA, lagi makin banyak dugaan dan ujian DIA pada kita, dan itu tandanya ALLAH MAKIN SAYANG PADA KITA"....

No comments: