Saturday, 18 October 2008

'Biodata' My Princess &My Prince!

PUTERI NURUL IZZATUL AMEERAH - Hari ini last exam PMR! subjek geografi.."ok ibu, tak susah dan tak senang" insyallah A, katanyer la..harap-harap la..berkat doa ibu dan abah.." bukan main seronok lagi..siap bagitahu yang dia dah janji dengan gangnyer nak p Sunway Lagoon. Amboii..belum bagitahu ibu dah pandai janji dengan kawan-kawan.
Ye la kesian jugak 'sleeping beauty' aku tu, tak dibagikan..muncung sakan nanti..tapi dengan syarat ku kata " dah abis exam ni, start now, mesti kemas rumah, cuci pinggan mangkuk dan yang pasti cuci bilik air..cuci kemas-kemas dan akan diberi penilaian! Menjerit 'sleeping beauty' aku nih!!..nak tahu sebab apa aku panggil puteri sulong aku ni 'sleeping beauty' selain panggilan 'KAK YONG' coz biasa la sleep! kaki tidur! pantang! kalau senyap je dalam bilik dia, sah! tidur la..b4 ni aku marah jugak la..tapi bila fikir-fikir balik, kata orang 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'..aku dulu pun sama kaki tidur. Tu masa remaja dulu la..now kureng sikit la..kecuali weekend! mujur la aku tak kaki tidur kat ofis.
Dalam hati kecik aku ni, teruja sangat nak tau resultnyer nanti..rasanya bulan November kot. lamanyer...berapa A la dapat..tapi aku yakin dengan puteriku ini..yakin? rahsia la..tunggu...cita-cita dia, dari dia pandai terfikir pasal cita-cita sehinggalah sekarang, mesti jawab dia DOKTOR GIGI!. Dan satu lagi yang dia suka ialah bergambar dan ambil gambar. Aku ingat bila dia tunggu result SPM nanti, aku nak hantar kursus berkenaan fotografi.

PUTERI NUR IZZATUL ALIA AISHAH-Ni nak citer pasa puteri kedua aku, 'adik' walaupun dah besar tapi tetap bahasakan diri dia 'adik'. Manja sikit orangnya. Yang bagusnya anak aku ni, rajin kemas rumah dan tolongku kat dapur. tapi aku marah gak kat dia jika dia masuk dapur coz mesti 'ada yang tak kena' kalau tak cawan piring pecah, air tumpah atau ada je bende-bende yang pecah! Tapi abahnya suka kat alia nih, time bila abahnyer buka sesuatu story..pasti akan keluar ayat " ah! abah, adik pun sama..." pas tu ayat abahnyer keluar " macam kak midah!" hanya orang yang tertentu jer tau 'siapa kak midah' nih!..Citac-cita anakku yang ni lain sikit, dari dulu hingga sekarang BUSINESS WOMAN!.apa-apa la dik, asalkan ada hala tuju.

PUTERA AHMAD ARIFF IZZ TAUFIQ- nilah satu-satunya hero zuriatku..selalu ku cakap kat orang ' "bakal usung keranda ibu dan abah dia"..Kalau bercakap laju macam abahnya. entah apa-apa, aku pun tak faham tapi kami sekeluarga ketawa bila dia bercerita. Bab sekolah, bila tanya hal pelajaran 'OK abah, Ok ibu"! OooKK jer manjang..lantak le 'abang' kami bahasakan panggilan 'abang'. Yang penting abang rajin ke sekolah pagi petang. Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Yang amat-amatku sayang tang 'abang' nih, dia lah satu-satunyer anakku yang suka dan mesti bawa bekal air dan makanan ke sekolah. Pagi-pagi hari ku dah siapkan makanan untuk dia dan anak-anakku yang lain. Penah aku tak sempat nak masak, dia bawak juga biskut ke, cococrunch ke, conflakes ke, apa-apa makanan yang ada kat dapur, taruk dalam tupperware untuk bekalan ke sekolah. Yang ni, cita-cita dia kejap POLIS, kejap CIKGU..selalu berubah-ubah..tak pe la 'abang', abangkan terror!

PUTERI NUR AINA SOFEYYA-pra sekolah, kesian jugak tenguk puteri bongsuku ini...boleh kata hari-hari menangis tak nak p sekolah, bila tanya kenapa? dia jawab "tak nak p sekolah, cikgu suruh makan sayur". Betul la..anak aku sorang ni memang tak suka makan sayur, walaupun sayur ku dah asingkan dalam pinggan dia, tetap dia tak nak. Dia tak nak tenguk langsung sayur ada di depan mata dia. Tambah pulak, piya, puteriku ini dah masuk alam sekolah menjak umur 4 tahun lagi. Agaknya dah boring kot..entahlah...
Tu lah 'biodata' anak-anakku. Kami tak pernah berpisah lama antara satu sama lain. Dimana-mana sahaja sentiasa bersama kecuali ke sekolah.
Nilah gambar anak-anak kesayanganku...

Putera Ahmad Ariff Izz Taufiq, handsome kan..
Anakku yang kedua, Puteri Nur Izzatul Alia Aishah
Anak sulongku, Puteri Nur Izzatul Ameerah, yang ku panggil 'sleeping beauty' atau panggilan lainnyer Kak Yong.


masa umur 2 & 3 tahun..
Piya, masa ni umur dia 2 tahun..

No comments: