Monday 27 July 2009

..antara Cinta & Suka..

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira
Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Sunday 26 July 2009

JOGGING & SENAMROBIK DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KL

Dah sekian lama, sahabat kesayanganku beria-ia ajak senamrobik dan jogging di Taman Tasik Titiwangsa KL; "jom la akak, best sangat, tau..poco-poco ada, bollywood ada, jom la" berkali-kali dia ajak.  "ok, ok, tenguklah next wik, insyallah', itu je ayat yang ku jawab tiap kali dia ajak.  Sorang lagi yang sahabat kesayangan goda untuk join ialah Ayang. 'Jom la Ayang'..samalah jawapan maacam aku bagi.

Aku masih ingat 2 3 minggu lepas, malam minggu Ayang sms aku, confirm jadi tak nak p TTTKl tu. Aku jawab insyallah. Tapi tiba saaTnya, tak jadi jugak. Pagi Isnin bila sampai ofis, aku meluru tanya Ayang, jawapan yang Ayang berikan, "ala, sori la Ayang tak g, KL hujan lebat pagi tu..tidur sampai tengahari!" jawab Ayang manja dan dia ingat aku p. Tapi bila aku jawab yang aku tak p, cepat-cepat Ayang mencelah " Ha! akak, pasti nanti Kak Asmah bising dan perli pada kita"..hehehe hahaha kami ketawa bersama.

Pagi tadi jam 5.30pagi aku sms pada sahabatku, yang aku akan ke TTTKL.  Tapi tiada jawapan. Selepas solat Subuh, aku dan kedua-dua puteri kesayanganku bersiap untuk ke sana.  Teringat sahabatku kata, minggu ni temanya BIRU.  Aku dah belikan tshirt warna biru, tapi tak muat, so aku paskan pada puteri keduaku.  

Sebenarnya aku tak dapat bayang langsung jalan nak ke TTTKL tapi yang aku ingat sahabatku pernah bagitahu TTTKL berdekatan dengan Istana Budaya.  Dengan keberanian yang ada serta keyakinan yang diberikan oleh kedua-dua puteriku, aku terus sahaja ke sana.

Alhamdulillah, tak banyak masalah coz tempat yang aku refer iaitu dengan suami kesayanganku, kami sampai TTTKL dengan senang..ye la, subuh2 hari mana ada kenderaan selain aku dan beberapa buah kenderaan yang lain di jalan raya.

Hujan agak lebat, sementara tunggu sahabatku itu, aku singgah Cafe TTTKL, sekadar alas perut iaitu 2 keping roti dan air milo.  Seronok nampak anak-anakku..ye la, seingat aku inilah 1st time kami berjogging pada awal pagi.

Sahabatku masih tak nampak batang hidung..kami berjogging manja-manja..rupanya senamrobik start jam 8pagi!.  Aku perasaan 'konduktor' senamrobik memandang dan senyum pada kami..aku rasa tentu dia cam yang kami ini 'student' baru.."handsome gak konduktor nih!"..bisikku..hehehe..

Diiringi muzik-muzik  dan lagu yang rancak, tanpa disedari kami dah basah kuyup tapi aku perasaan semua dah excited untuk teruskan senamrobik. "Ok tak, nak teruskan tak..hujan ni" kedengaran konduktor melaung..tapi masing2 angkat tangan tanda nak diteruskan.  Memang best, betullah kata sahabat kesayanganku tu.  "Akak p la sekali, sekali sahaja pas tu ikut akak la, nak teruskan ke tidak," rupa2nya sahabatku tau pabila p sekali pasti akan nak teruskan lagi.

Lebihkurang 40minit berlangsung, baru ku perasaan sahabatku datang.  Ramai! jadi aku tak perasaan yang dia berada kat barisan depan.  Lagi la seronok!..'bollywood, bollywood" jerit sahabatku. Konductor arahkan assistant dia tukarkan lagu bollywood..apa lagi semua ketawa dan mengikut rentak tarian bollywood.  Rupanya semua tarian baik rancak, disko, inang dan bollywood apabila ditansformasi kepada senamrobik, ia menjadi satu skill gerakan yang amat menarik dan mengeluarkan peluh!.

Jam 9pagi selesai! Puteri2 kesayanganku..."ibu datang lagi tau, jangan lupa next wik, datang tau, Ibu, kita datang ek".  Anak2ku amat gembira dan amat teruja nak teruskan senamrobik ini pada setiap Ahad.  Tema nextwik ialah MERAH.

Saturday 25 July 2009

The Merchants of Bollywood di Istana Budaya

Bila mendengar komen daripada editor Mangga Online, rasa tentu tak best The Merchants of Bollywood di Istana Budaya dan tak le bersungguh2 pergi tenguk.  Benarnya aku kiranya peminat filem2 hindi jugak la katakan..walaupun dah 2, 3 tahun kebelakangan ini aku tidak langsung membeli vcd filem2 hindi kerana baik Astro mahupun TV3 malah TV9 dan RTM pun banyak siarkan filem2 hindi yang terkini dari masa ke semasa.

Tetapi dengan ajakan sahabat kesayangan ku untuk menemaninya..kata orang ' orang mengantuk disorongkan bantal'..apa lagi ia aje la.  Aku makin teruja bila semalam sahabat kesayanganku mengingatkan 'jangan lupa tau, esok petang, IB' katanya.  "Yor la puan seri," gurauku balas balik.

Harapan aku, pasti aku akan dapat tenguk hero2 handsome seperti hero2 yang aku minati seperti Hitrik Roshan, John Abraham, Shahid Kapoor dan..yang handsome2 mesti aku minat..hehehe. Minat filem hindi ni bukan kerana jalan cerita sangat pun, tapi nak tenguk aksi dan lakunan hero yang handsome dan heroin yang mengiurkan ditambah lagi lagu-lagu yang mendayu-dayu dan tarian2 yang mengasyikan.

Sampai sahaja perkarangan IB, terperanjat jugak, tenguk parking full!, terpaksalah aku park kat belakang, jauh gak la jalan kaki.  Ai..ramai orang datang tenguk! bisikku..ingatkan dengan komen Che Li tentu tak ramai orang yang datang.

Selepas diperkenalkan dengan Ketua Pengarah IB, kami terus dibawa masuk.  Kira bangga la jugak aku, ye la Ketua Pengarah IB yang membawa kami menuju ke tempat duduk..hehehe.  Memang baik sangat KP, patutlah sahabat kesayanganku selalu bercerita tentang kebaikan KP IB.

Memang betul kata Che Li, pementasan itu tidak menarik dan suram.  Props atau set belakang statik, malah percahayaan di belakang hanya gelap dan terang sahaja.  Memang tak menarik dan tidak setanding props PGL!.  Memandangkan musical ini bertemakan beberapa era iaitu era lampau, era terkini dan kuil sepatutnya set pementasan di reka dengan penuh tarikan tetapi ianya tidak, hanya satu set sahaja.

TETAPI bagi aku ia cukup menarik kerana kehebatan koreografi tarian dan ia amat hebat dan disitulah menampakkan Bollywood terkenal di mata dunia.  Memang hebat penari-penari lelaki yang sasa dan penari2 wanita yang seksi yang memang penuh tenaga dari awal hingga akhir pementasan sehingga aku lupa tentang kesuraman set pementasan.

Kemuncak tepukan apabila lagu Shava Shava dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham didendangkan (dalam KKKG lagu Shava2 dinyanyikan oleh Amitabh Bachan.  Walaupun kebanyakkan lagu2 yang diperdengarkan adalah lagu2 yang tidak dan jarang kita dengar tetapi oleh kerana ia lagu2 berentak disko, kita boleh terima lagu2 seperti itu.  

Pementasan itu mengisahkan pertembungan dua generasi. Si datuk, seorang bekas koreografer filem Bollywood lama yang kini menghabiskan masa dengan mengajar tarian ke arah keagamaan. Dia keluar daripada glamor Bollywood kerana jiwanya tidak menerima konsep menampilkan tarikan seks dalam filem. Si cucu ( daripada generasi baru mahu ke Bollywood dan mahu mengejar cita-cita menjadi koreografer yang terkenal. Hasratnya ditentang, tapi si cucu (Asha) tetap berkeras kerana mahu membuktikan keupayaan diri.

Paling kemuncak apabila lagu dan tarian masa penutup.  Semua bangun dan turut menari bersama sehinggakan para penonton dan penari2 tidak mahu berhenti dan keluar dari IB. Harga tiket RM70 hingga RM500!.  

Tuesday 21 July 2009

HARI HANTAR MENANTU..BUKIT PAYONG




19 Julai 2009 - Adat perkahwinan semestinya ada majlis hantar menantu.  Ia bermaksud, rombongan dari pengantin perempuan akan dihantar ke rumah pengantin lelaki. Bagi negeri terengganu mungkin ada perbezaan sedikit daripada negeri-negeri lain., iaitu apabila pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki, satu adat iaitu semua sedara mara sebelah pengantin lelaki akan datang untuk kenali pengantin perempuan.  Pengantin perempuan akan duduk bersila di ruang tamu dan didepannya ada satu dulang iaitu dulang tersebut adalah tempat isi duit.  

Sedara mara pengantin lelaki datang dan bersalam dengan pengantin perempuan dan mereka akan meletakkan duit tersebut di dalam dulang.  Jika sedara mara yang berkemampuan (biasanya sedara yang terdekat) akan memberi barang kemas, duit dengan jumlah yang banyak.  Kebiasaanya duit yang mereka letak dalam dulang ada, RM5, ada RM10 dan RM50.

Bila aku ingatkan kembali masa aku kawin dulu, tak merasalah duit mengenal menantu nih..ye le kawin dengan orang Perak!, mereka mana ada majlis macam ni. Majlis kenal menantu tu ada la, tapi mereka tak bagi duit...melepas lah...hehehe

Kak Ngah beruntung, dengar citer banyak gak dapat.  Hai, tambah lagi le barang kemas kat lengan ye!!..ye la kebiasaannya orang Terengganu duit yang orang bagi tu khas untuk penganti perempuan dan kebiasaanya jugak pengantin perempuan akan beli barang kemas walaupun cukup untuk beli seutas gelang! Kan best tu kawin dengan oran Terengganu!! hehehe..

Yang tak akan ku lupakan masa makan rumah Suhaimi ni ialah tentang lauk pauknya..husss! sedap giler!!..terutama kerabu perut lembu, gulai kawah daging, gulai lemak 'pucuk kelapa', ikan keli masak merah, sayur campur, dan dua tiga lauk yang ku dah lupa..memang best, kata Suhaimi, tukang masak ialah mak sedaranya.  Memang hebat masak rupanya orang Bukit Payong nih!!

Tapi yang tak sedikit mendapat rungutan daripada sedara mara ku ialah kanopy yang disediakan tiada kipas!.  Apa lagi tengah matahari atas kepala, panas giler! ku tenguk semua dah gelisah, makan dah sedap tapi suasana tidak nyaman!!. Aku memang awal2 naik atas rumah Suhaimi dan makan di ruang tamunya-semestinya bawah kipas le.  Tapi sayang tak leh ramai, ruang tamu sempit! sori!!,...hehehe.

Yang paling menarik perhatianku, masa aku lalu menuju rumah Suhaimi, aku terpandang satu warung yang mana ada seorang makcik dan anaknya (kot) sedang bakar bauhulu.  Benarnya lama dah aku tidak tenguk bakar bauhulu cara lama iaitu menggunakan sabut kelapa dan cara bakar ialah 'api sabut atas dan bawah'.  Memang menarik.  Apa lagi balik dari majlis tersebut aku singgah le.  Rezeki aku jugak tengahari tu dapatlah beli RM2 kerana itu yang last..dan 2 3 orang sedang menunggu.  Sempat aku ambil gambar untuk kenangan (tenguk kat bawah)..

Kami tinggalkan Kak Ngah dengan lambaian penuh kesedihan! ye le terpaksalah berpisah dengan kami dengan gelaran isteri orang.  "Jadilah isteri yang baik dan solehah ye.".kataku padanya..

HARI PERNIKAHAN KAK NGAH@MASJID KRISTAL

Masa dalam pembinaan Masjid Kristal 2 tahun lepas...katanya dengan penuh senyuman yang manis.."Kak Ngah kalu nak kawin nanti..Kak Ngah nak majlis akad nikah diadakan dalam Masjid Kristal"..dan kata-kata itu selalu di ucap jika topik perkawinan dibincangkan. Nampak semakin teruja impiannya bila saat-saat hampir majlis perkahwinannya..

Akhirnya termakbul jugak impian Kak Ngah... tanggal17 Julai 2009 (Jumaat) akhirnya termeterai juga ikatan 'suami-isteri' antara Nooratul Ashikin Binti Dilah dengan Mohd Shuhaimi Bin di dalam Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu iaitu MASJID KRISTAL yang terdiri dengan megah di Pulau Duyong. Hanya dengan sekali lafaz sahaja oleh Suhaimi (Cikgu Mi, panggilan aku pada dia) dan lepas ini 'Abang Ngah' panggilan anak-anak buah di belah pihakku padanya, maka SAH lah Suhaimi menjadi suami kepada Kak Ngah(panggilan manja keluarga). Dengan hantaran mas kawin RM10,110.10 (kira dalam sejarah kampung Maras la mas kawin ada 'sen' iaitu 10sen.. dan seutas gelang tangan bertahta berlian, tersenyum lebar semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak..

Cantik sekali Kak Ngah dimekap oleh mak andam jiran kampungku, kira masuk dalam pakej iaitu RM1,700 termasuk pelamin sanding, tempat makan beradab, pakaian 3 persalinan dan 3 kali mekap iaitu makep masa akad nikah, masa bersanding dan masa hantar menantu. Kalau kat kampung kira mahal la pakej tu tapi kalau kat KL kira murah yang amat sangat.

Tok Kadi yang nikahkan Kak Ngah adalah Tok Kadi yang sama yang menikahkan ku 17 tahun lepas..panjang umur Tok Kadi ni..bisikku. Kalau dia tak ada nanti, agaknya siapa pelapis nya. Sebab dari berpuloh tahun dulu hanya dia seorang sahaja yang jadi jurunikah kat Kampung Maras.

Ku lihat tersenyum manja Kak Ngah keluar dari Masjid Kristal disamping suami tercinta..



Monday 20 July 2009

MAJLIS HARI PERKAHWINAN KAK NGAH

Semuanya berjalan dengan lancar. walaupun penat tapi gembira amat.  Majlis perkahwinan Kak Ngah, anak buahku (puteri kedua kakakku) berjalan dengan amat meriah.  Tetamu yang datang amat ramai dari pagi hingga ke senja masih ada yang datang.  Itulah bezanya majlis perkahwinan di kampung dengan orang bandar (KL).  Kalau jemputan kawin di KL, aturcara biasanya bermula jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang sahaja.  Lepas jam 4 petang, kalau datang memang tak ada jamuan la..jumpa tuan rumah je..itu kebiasaan orang2 KL.  Tetapi di kampung jemputan dari jam 11.00 pagi dah sampai hingga ke senja (pukul 6 atau 7n petang) malah malam pun masih ada tetamu yang datang dan MALAH juga hingga ke besoknya pun masih ada yang datang..itulah suasana kampung yang amat meriah dengan ikatan sillahturrahim.