Saturday 25 July 2009

The Merchants of Bollywood di Istana Budaya

Bila mendengar komen daripada editor Mangga Online, rasa tentu tak best The Merchants of Bollywood di Istana Budaya dan tak le bersungguh2 pergi tenguk.  Benarnya aku kiranya peminat filem2 hindi jugak la katakan..walaupun dah 2, 3 tahun kebelakangan ini aku tidak langsung membeli vcd filem2 hindi kerana baik Astro mahupun TV3 malah TV9 dan RTM pun banyak siarkan filem2 hindi yang terkini dari masa ke semasa.

Tetapi dengan ajakan sahabat kesayangan ku untuk menemaninya..kata orang ' orang mengantuk disorongkan bantal'..apa lagi ia aje la.  Aku makin teruja bila semalam sahabat kesayanganku mengingatkan 'jangan lupa tau, esok petang, IB' katanya.  "Yor la puan seri," gurauku balas balik.

Harapan aku, pasti aku akan dapat tenguk hero2 handsome seperti hero2 yang aku minati seperti Hitrik Roshan, John Abraham, Shahid Kapoor dan..yang handsome2 mesti aku minat..hehehe. Minat filem hindi ni bukan kerana jalan cerita sangat pun, tapi nak tenguk aksi dan lakunan hero yang handsome dan heroin yang mengiurkan ditambah lagi lagu-lagu yang mendayu-dayu dan tarian2 yang mengasyikan.

Sampai sahaja perkarangan IB, terperanjat jugak, tenguk parking full!, terpaksalah aku park kat belakang, jauh gak la jalan kaki.  Ai..ramai orang datang tenguk! bisikku..ingatkan dengan komen Che Li tentu tak ramai orang yang datang.

Selepas diperkenalkan dengan Ketua Pengarah IB, kami terus dibawa masuk.  Kira bangga la jugak aku, ye la Ketua Pengarah IB yang membawa kami menuju ke tempat duduk..hehehe.  Memang baik sangat KP, patutlah sahabat kesayanganku selalu bercerita tentang kebaikan KP IB.

Memang betul kata Che Li, pementasan itu tidak menarik dan suram.  Props atau set belakang statik, malah percahayaan di belakang hanya gelap dan terang sahaja.  Memang tak menarik dan tidak setanding props PGL!.  Memandangkan musical ini bertemakan beberapa era iaitu era lampau, era terkini dan kuil sepatutnya set pementasan di reka dengan penuh tarikan tetapi ianya tidak, hanya satu set sahaja.

TETAPI bagi aku ia cukup menarik kerana kehebatan koreografi tarian dan ia amat hebat dan disitulah menampakkan Bollywood terkenal di mata dunia.  Memang hebat penari-penari lelaki yang sasa dan penari2 wanita yang seksi yang memang penuh tenaga dari awal hingga akhir pementasan sehingga aku lupa tentang kesuraman set pementasan.

Kemuncak tepukan apabila lagu Shava Shava dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham didendangkan (dalam KKKG lagu Shava2 dinyanyikan oleh Amitabh Bachan.  Walaupun kebanyakkan lagu2 yang diperdengarkan adalah lagu2 yang tidak dan jarang kita dengar tetapi oleh kerana ia lagu2 berentak disko, kita boleh terima lagu2 seperti itu.  

Pementasan itu mengisahkan pertembungan dua generasi. Si datuk, seorang bekas koreografer filem Bollywood lama yang kini menghabiskan masa dengan mengajar tarian ke arah keagamaan. Dia keluar daripada glamor Bollywood kerana jiwanya tidak menerima konsep menampilkan tarikan seks dalam filem. Si cucu ( daripada generasi baru mahu ke Bollywood dan mahu mengejar cita-cita menjadi koreografer yang terkenal. Hasratnya ditentang, tapi si cucu (Asha) tetap berkeras kerana mahu membuktikan keupayaan diri.

Paling kemuncak apabila lagu dan tarian masa penutup.  Semua bangun dan turut menari bersama sehinggakan para penonton dan penari2 tidak mahu berhenti dan keluar dari IB. Harga tiket RM70 hingga RM500!.  

No comments: