Tuesday 21 July 2009

HARI PERNIKAHAN KAK NGAH@MASJID KRISTAL

Masa dalam pembinaan Masjid Kristal 2 tahun lepas...katanya dengan penuh senyuman yang manis.."Kak Ngah kalu nak kawin nanti..Kak Ngah nak majlis akad nikah diadakan dalam Masjid Kristal"..dan kata-kata itu selalu di ucap jika topik perkawinan dibincangkan. Nampak semakin teruja impiannya bila saat-saat hampir majlis perkahwinannya..

Akhirnya termakbul jugak impian Kak Ngah... tanggal17 Julai 2009 (Jumaat) akhirnya termeterai juga ikatan 'suami-isteri' antara Nooratul Ashikin Binti Dilah dengan Mohd Shuhaimi Bin di dalam Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu iaitu MASJID KRISTAL yang terdiri dengan megah di Pulau Duyong. Hanya dengan sekali lafaz sahaja oleh Suhaimi (Cikgu Mi, panggilan aku pada dia) dan lepas ini 'Abang Ngah' panggilan anak-anak buah di belah pihakku padanya, maka SAH lah Suhaimi menjadi suami kepada Kak Ngah(panggilan manja keluarga). Dengan hantaran mas kawin RM10,110.10 (kira dalam sejarah kampung Maras la mas kawin ada 'sen' iaitu 10sen.. dan seutas gelang tangan bertahta berlian, tersenyum lebar semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak..

Cantik sekali Kak Ngah dimekap oleh mak andam jiran kampungku, kira masuk dalam pakej iaitu RM1,700 termasuk pelamin sanding, tempat makan beradab, pakaian 3 persalinan dan 3 kali mekap iaitu makep masa akad nikah, masa bersanding dan masa hantar menantu. Kalau kat kampung kira mahal la pakej tu tapi kalau kat KL kira murah yang amat sangat.

Tok Kadi yang nikahkan Kak Ngah adalah Tok Kadi yang sama yang menikahkan ku 17 tahun lepas..panjang umur Tok Kadi ni..bisikku. Kalau dia tak ada nanti, agaknya siapa pelapis nya. Sebab dari berpuloh tahun dulu hanya dia seorang sahaja yang jadi jurunikah kat Kampung Maras.

Ku lihat tersenyum manja Kak Ngah keluar dari Masjid Kristal disamping suami tercinta..



No comments: