Sunday 23 November 2008

SCHOOL HOLIDAY! ZOO NEGARA



22 November 2008 (Sabtu) - ku pernah cerita sebelum ini yang 1st time aku pergi zoo negara masa aku kecil malah aku tak berapa ingat bila, aku rasalah 30 tahun lalu kot.  Sama juga seperti suamiku, dia menetap di Petaling Jaya dah lebih 20 tahun, tak pernah sekali pun dia masuk zoo negara!.yang ku tahu Zoo Negara 'diwujudkan' pada tahun 1963 bermakna dah 45 tahun!

Hari ini, kami sekeluarga buat keputusan untuk ke zoo negara.  Idea ini datang pun kerana anak-anak kakak sulong ku (Ami dan Qilah) dari Terengganu beria-ia nak pergi zoo negara.  Kakakku bersama anak-anaknya termasuk bondaku datang bercuti.  Mereka bermalam di rumah Kak Long di Cheras dan kami berjanji berjumpa di pintu masuk Zoo Negara jam 10.00 pagi. Tapi biasala, kata orang 'janji melayu',  kul 10.00 janji, kul 11.00 baru sampai.  Tapi ku tahu kak long ada baby adiff, tentulah ambil masa sikit untuk siap.

Menurut adik bongsuku, Che Na, zoo negara ada memberi tiket percuma kepada 2000 pengunjung pertama, wah! best gak, jimatlah duit aku.  Tapi  sampai pintu masuk, hampehh! rupanya pemberian tiket masuk percuma ialah pada 15hb lalu..melepas le! tapi tak ape la! dah excited, dah berada depan pintu pun, bayar jer lah..
RM15/orang untuk dewasa (umur 13 tahun ke atas), RM6/orang untuk umur 3 - 13 tahun dan juga warga emas - 60 tahun).  Kena bagi ic untuk pengesahan bonda aku,..petugas macam tak percaya je tenguk bonda aku.. 67 tahun dah umur bonda aku. 5 dewasa, 1 warga emas, 6 kanak-kanak (kak yong dan alia ku bagitahu 'kanak-kanak' - RM117 kesemuanya!

Aku, hubby, kak yong, alia, ariff, piya, 'mama', qilah, ami, kak long, syahman, adiff dan bonda ('we')  teruja sangat nak tenguk Zoo Negara.  Banyak gambar yang kami abadikan sebagai kenangan kami sekeluarga.  Kakakku siap bawa bekal dan yang ku 'touching' sangat, dia tak pernah lupa masak makanan kegemaran kak yong anakku iaitu PULUT KUNING dan kegemaran suamiku NASI DAGANG. Mana ada orang bawa bekal nasi dagang dan pulut kuning masuk Zoo!!hehehe..tulah kelainannya kami sekeluarga. Tu lah auk sayang sangat dengan kakakku yang sulong ni. Tenguklah gambar kat bawah nih!..layannn...
Di bawah ini adalah 'biodata' tentang ZOO NEGARA. Cedok dari laman webnya.  Tak sempat nak translate.

Zoo Negara Malaysia is managed by the Malaysian Zoological Society, a non-governmental organization established to create the first local zoo for Malaysians. Zoo Negara is now 45 years old and has matured into a well-known zoo all around the world. We have a total of over 5137 animals from 459 species of mammals, birds, reptiles, amphibians and fish.

Zoo Negara covers 110 acres of land which is situated only 5km from the city of Kuala Lumpur. Over the years, the zoo has transformed itself to an open concept zoo with over 90% of its animals kept in spacious exhibits with landscape befitting its nature. We are working in making sure that the old zoo concept is changed entirely.




Seladang


Harimau Sumatra..cuba renung matanyer...


Inilah tram yang bawa pusing-pusing zoo negara

Ingat itik kat kampung...

cantik,nyaman..

entah berapa umur pokok nih..mesti dekat ratusan tahun

seram gak dok lama-lama bawah pokok nih





Zirafah

Harimau Sumatera..bukan rimau jadian yer..

aduh..asyiknya ku tenguk gelagat rusa..





kura-kura Malaysia..comel

Kura-kura yang kedua terbesar di dunia.  Spesis ini datangnya dari Afrika Tengah



aku memang takut n geli tenguk snake..anakku yang ambik gambar nih..terpaksalah masukkan jugak dalam blog..ULAR SENDUK

Ular sawa yang kekenyangan..

kali terakhir ku tenguk gajah 'JUMBO', masa kat Hadyai hari tu..





badak sumbu..hippo





Sun Bear - beruang..tenguk kukunya..ee

buaya..lebihkurang sama la dengan buaya darat! kaki ngap!

seladang sedang berehat

bab spesis ni aku tak tau sangat..tapi aku suka tenguk, comel n unik

Spesis burung - Milky Stork..lebihkurang burung flamingo kat Taman wetland Putrajaya







adik beradik bangau..Flamingo

gelagat sun bear..





comel but tenguk kukunya eee...






with nephew, ami



qilah, kak yong & adiff

kak yong & kak long



kak yong 'sleeping beauty & alia..bab posing serahlah pada mereka...





Kak Long

tak dapat bergambar dengan yg hidup, replika ok la tuh..

ami, puteraku ariff & puteriku piya

handsome & cute!

hehehe..ami tak sempat nak tutup mulut!



puteri-puteri kesayanganku..i luv u all..besar dah!..

nilah kakak sulong kesayanganku & anak sulongnya kak long



..hidupku hanya untuk mu..kau lah nyawaku..dunia akhirat, you are everything to me..







Adik asyik dengan baby adiff jer..tau! nak 'front page'  le tu..ye la abah adiff kan bawak video cam.heheh

puteriku bersama 'mama' kesayangannya

wah..romantik gitu..



adiff penyeri hidup kami..senyumannya amat bermakna bagi kami..

puteriku alia & adiff..besornya spek!

posing manja,..puteriku alia 'adik'



bonda kesayangan..'we' 

















pasangan bahagia..romantik giler!!..terover pose!





penat berjalan, tapi sempat pose manja bersama bonda kesayangan





aku suka gambar ni..handsome puteraku..hehehe



bukan senang nak bermanja dengan bondaku nih..hehe









pimpinlah dia kejalan yang benar..


lama tak berjalan berpimpin tangan macam nih dengan kakakku..


kesian adiff, dah penat..tenguk tuh, menguap..time tidur!

siap berkemas, dah habis makan

ala..buchuk!..heheh

hubbyku seorang yang pemalu!...hinggakan nak bergambar pun senyum2 malu..



"ibu over bergambar", kata puteri2ku..sampai ati tau..bagi le 'changg' kat ibu nak bergambar dalam zoo nih, bukan senang tau..entah bila la lagi nak datang..



seladang sedang berehat! aku tertanya2 gak, ada ke orang makan daging dia nih!

patutlah orang panggil 'kuih badak berendam' ..sebijik

'Adik', qilah & adiff..tenguk adiff, sentiasa serius! kalau dia tersenyum, riuh sekampung! seolah dunia ni kami yang punya!!..





dalam tram sempat pose lagi!





kak long bersama suami tercinta..

beratur untuk naik tram zoo negara



'mama' with menantu kesayangan..ye la..menantu sulong katakan....

adiff memang serasi dengan alia..

2 comments:

nosa said...

kelakar lah akak nih..

mesti senonokkk... hehe.. seronok pegi zoo...

Anonymous said...

nor bestla p zoo.kiranya mcm 1st time la aku masuk zoo..tu pun tak abis dilawati.akuarium n penguin tak sempat nak tenguk..p la bawak anak.k