Thursday 4 December 2008

KEM SAHABAT ALAM 4@ 30 NOV - 3 DIS 2008

30 November - 3 Disember 2008 : Untuk tahun ke empat berturut-turut, Utusan Karya menganjurkan program KEM SAHABAT ALAM (SIRI 4) dengan kerjasama BANK RAKYAT dan PERBADANAN PUTRAJAYA. Seperti tahun-tahun lalu aku daftar anak-anakku untuk turut serta. Cuma kali ini anak lelakiku, Ariff turut sekali manakala, Kak Yong dilantik menjadi CARETAKER. Lokasi program ialah Taman Wetland Putrajaya. Aku bertugas di meja pendaftaran dan turut membantu Roslee Hanafi dan Muz (Ketua KSA). Penyertaan kami hadkan seramai 150 orang sahaja, tapi tak sangka ia begitu mendapat sambutan hangat dan kami sendiri tidak dapat menolak bila para ibubapa call untuk pendaftaran dan juga walk in pada hari pendaftaran..kesemua 210 peserta!!. Mujurlah peralatan perkemahan yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya mencukupi. Semalam, 3 Disember hari penutupan program. Kami amat berpuas hati dengan program yang berjalan dengan lancar dari hari mula pendaftaran hinggalah hari penutup.

Lagi yang paling seronok ialah sleeping beauty ku, Kak Yong kerana mendapat token RM350 sebagai caretaker selama 4 hari, 3 malam bagi program tersebut. Wah! kena belanja ibu dan abah nih! Gaji pertamaku terima tak sampai sebanyak itu! lebihkurang 20 tahun lalu..hehe..



Para peserta KEM SAHABAT ALAM SIRI 4, Taman Wetland Putrajaya





Caretaker kepenatan!

Ariff, puteraku bersama groupnyer membuat persembahan Dikir Barat pada malam BBQ


Ropie Cecupak, host untuk program2 KAWAN & KELAB NURI BRAKYAT termasuk KEM SAHABAT ALAM ini

salah seorang 'Anak' caretaker KAK YONG..sianyer ..penat! peserta paling muda 6 tahun


Kak Yong & peserta





Persembahan pada malam BBQ





ALLAH, siannyer anakku..

Kak Yong memang minat fotografi, ni adalah hasil yang diambil olehnya

sama dengan yang ini..cantikkan






Malam BBQ, aku pergi.tenguk anak2 buat persembahan



Tugasan

Aktiviti tarik tali dalam air..

Macam PATI





aDIK dan groupnyer

Ni group Kak Yong

Khemah penginapan para peserta


















No comments: