Friday 27 February 2009

KONSERT MUZIK ALAM M.NASIR-ISTANA BUDAYA


Apabila dapat peluang menonton Konsert Alam Muzik M. Nasir di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 Februari 2009 lalu, rasa teruja memang ada. Maklumlah aku ni bukan wartawan jadi bukan selalu dapat peluang menonton konsert sedemikian. Menunggu juga di manakah kemuncak konsert itu. Tapi nampaknya persembahan sifu M. Nasir mendatar sahaja. Sebagai seorang artis yang hebat tak dapat dinafikan memang muziknya kedengaran dahsyat sekali. Malangnya tidak diserikan dengan persembahan keseluruhan yang lebih mengasyikkan.

Apabila mata mula rasa nak terpejam, aku berusaha membukanya takut nanti terlepas momen menarik yang bakal dipersembahkan. Apabila kerling ke tepi, kelihatan penonton di sebelah sudah pun terlena. Tak tahu di mana silapnya. Nak kata lagu-lagunya tidak menarik, banyak lagu popular yang masih menjadi siulan peminat diperdengarkan.

Penonton juga agak pasif dan macam tidak tahu di mana mahu menunjukkan keterujaan mereka terhadap persembahan yang mereka sedang tonton. Hanya segelintir peminat fanatik yang beriya-iya menjerit setiap kali sesebuah lagu selesai dinyanyikan.

Aku juga meminati M. Nasir dan ada lagu-lagunya yang masih diminati, tapi aku tak tahu mengapa malam itu apa yang cuba disampaikan oleh M.Nasir tidak meresap ke jiwa.
Aku rasa penonton lain juga berasa seperti yang aku rasa, sebab itulah mereka juga tidak nampak begitu teruja. Namun suara M. Nasir masih hebat dan beliau juga masih bertenaga mengadakan persembahan.

Satu pujian patut diberikan kerana masih mampu mengekalkan stamina semasa berada dia atas pentas. Tapi kadang-kadang gerak tarinya macam tak sampai kepada penonton membuatkan M. Nasir kelihatan berhibur untuk diri sendiri. Antara lagu yang membuatkan aku rasa terhibur ialah Apokalips, Keroncong Untuk Ana dan beberapa lagi.



 
sebahagian gaya-gaya M Nasir semasa membuat persembahan...itulah M Nasir bab ini memang tiada perubahan dulu & sekarang sama sahaja.  But vokal dia memang hebat.

terserempak dengan Yazir AF4 dan buahatinya Ikin.  Sempat beborak dan menurut Yazir albumnya akan keluar tidak berapa lama lagi..

Opening yang menarik tetapi memerlukan masa untuk memahaminya..hanya M Nasir sahaja yang tau..

bersama Rose Cun & Syarliz..sehati sejiwa..

idea yang amat menarik..ia mendapat sorakan yang gemuruh daripada audiens..

sempat bergambar dengan 3 penari cute di atas.

Lya

gaya kelakar..

Muzik of Director Konsert M Nasir.  Memang hebat tapi sayagn M Nasir tidak dapat menyempurnakan nyanyiannya yang boleh membuatkan ia menjadi satu kenangan buat kita..entah dimana silapnya..aura tidak kesampaian pada ku..


Liz & Lya

Banyak kelemahan komunikasi M Nasir..





aduh..gaya seorang sifu!!











 

No comments: