Tuesday 24 February 2009

MeCD MEDIA APPRECIATION NIGHT (BANK RAKYAT)














23 Februari 2009 - Dapat invatation daripada Bank Rakyat for my boss dan editors UKSB. Editor HARMONI pelawa ku join..apa lagi kata pepatah 'orang mengantuk disorong bantal'..hehehe tambahan pulak my boss pass invatation card padaku (dia tak dapat attend). Memandangkan media night ada pertandingan Karaoke, apa lagi ku ajak Mai sekali. Mulanya Mai tak nak, malu la, segan la, takut la,..macam2 alasan, but ku yakin Mai boleh nyanyi. Ku siap isi borang untuknya dan tanya lagu apa nak nyanyi, terus ku fax 'JANJI MANISMU' Aishah pilihan Mai. 7petang 'berkonvoi' la kami ke sana. Sampai awal,tunggu kat lobby LE MERIDIEN HOTEL KL, sementara tu menunggu sorang lagi Senah Cun! Function berlangsung kat Sultan's Ballroom Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Media Night la katanya, so semua berkumpul baik UTUSAN MELAYU, UTUSAN KARYA, KARANGKRAF, RTM, TV3, NTV7, BERITA HARIAN, NST dan banyak lagi.
Door gift?..hemm menarik amat. VVIP : Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Koperasi. Function yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam tetapi kelewatan ketibaan Datuk Noh maka bermula la jam 9 lebih. Pengacara : NASH. Artis : AZAHARINA. Bermula lewat, habis pun lewat!! mula tu nak tinggalkan majlis but fikirkan lucky draw, tunggu je la. manalah tau kot-kot ada rezeki. Aku sememangnya susah n payah nak 'luck' but mek senah selalunya berbaloi! but malam tadi kesemuanya 'hampeh'!! heheh..Bagaimanapun mujurlah MAI membawa nama UTUSAN KARYA dengan membawa pulang tempat ke-4 pertandingan Karaoke. Juara: Azrul RTM, NJuara-Harun-Utusan, Ke-3 Sinar Karangkraf dan ke-5 Datuk Hismuddin Aun! orang kuat Karangkraf. Datuk Seri Azman Ujang kecundang dengan membawa lagu Jamal Abdillah! Whatever malam tadi kira OK la, tak de happening sangat. Stage rendah & big screen rendah, sound system out! Sultan Ballroom memang tak sesuai untuk function malam tu, sempit sangat.
Walau bagaimanapun ada peristiwa yang tak dapat ku lupakan malam tadi IAITU...
keluar daripada Le Meridien pukul 12mlm nak balik, AKU SESAT yang teramat SESAT!..sampai rumah kul 1.30 pagi!! nak tahu ku 'MAKAN ANGIN' mana..?!yang ku nampak signboard Hentian Pudu Raya, sampai ke PGRM, keluar ke Jalan Cheras, sampai ke Bukit Jalil, lalu ikut Jalan Kelang Lama...sepanjang 'kesesatan' ku menyanyi je ler sorang2 dalam kereta!..

No comments: