Wednesday 11 February 2009

PGL THE MUSICAL-ISTANA BUDAYA




"Kuhinakan diriku untuk merengkuh cinta sejati, Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku, meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."


6 Februari 2009 : Seumur hidupku hanya 2 kali aku menonton teater, pertama seingat aku teater MALAM HARAM,dilakunkan oleh Ogy Ahmad Daud.  Aku tidak berapa ingat bila tetapi rasanya seawal mula aku join Utusan, 1997 kot.  Kali kedua bersama familyku menonton teater ALI BABA, Aznil Haji Nawawi bersama pelakun kanak-kanak yang hebat-hebat semua. Dan Puteri Gunung Ledang The Musical adalah kali ketiga.  Ketiga-tiga teater ini aku tidak mengeluarkan kos untuk menontonnya, semua dapat tiket free..hehehe.  
Ajakan sahabat karib kesayanganku, Asmah Zakaria, Editor HARMONI tanpa alasan, aku terus angguk kerana PGL The Musical yang telah ku dengar betapa hebatnya hasil buah tangan dari Datin Tiara.  Musim Pertama dan Musim Kedua aku terlepas walaupun aku berkobar-kobar ingin menontonnya tetapi ada sahaja halangannya.  Pementasan malam pertama ini adalah untuk media atau MALAM MEDIA.  Rasa bertuah sangat dapat duduk barisan 'exclusive Silver Seat'
 yang bernilai RM 250.00 dan Exclusive Gold Seat - RM 350.00.  Thanks dear! hehehe.

Puteri Gunung Ledang The Musical yang telah memasuki musim ketiga, pementasan teater ini mengisahkan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah.  Pertama kali dipentaskan pada 2006 di Istana Budaya dan Esplanade Theater Singapura. PGL The Musical telah memenangi 8 anugerah berprestij di BOH Cameronion Arts Awards termasuk Pengarah, Skrip, Pelakon Pembantu, Rekaan Musik dan Bunyi, Rekaan Set, Kostum dan Tatacahaya Terbaik serta Anugerah Pilihan Penonton.

Sebenarnya, aku amat berbangga dengan hasil kerja anak tempatan yang bersungguh-sungguh untuk mengangkat kisah lagenda Melayu ini. Walaupun kisah ini merupakan kisah yang telah lama berlalu, namun Datin Tiara begitu kreatif dan bersemangat waja dalam mengembangkan industri hiburan tanah air. Dengan barisan pelakon teater ini iaitu Datin Tiara Jacqualina(Pelakon Terbaik Asia Pasifik), Stephen Rahman-Hughes(bintang West End),AC Mizal, dan Adlin Aman Ramli. Pementasan ini diarahkan oleh pengarah teater Dato’ Zahim Albakri.

Aku terkedu dan tergaman bila tenguk betapa 'gahnya' pementasan ini dibuat. Sungguh hebat pementasan PGL The Musical.  Susunan muziknya yang bermula dengan gabungan muzik tradisional Melayu seperti zapin, dondang sayang dan joget menjadi rancak dan moden. Susunan muzik yang dihasilkan oleh Roslan Aziz tidak perlu aku pertikaikan. Hasilnya amat baik sekali dan disinilah letaknya kreativiti pengarah muzik untuk mengindahkan lagi muzik yang ada.  

Ternyata sekali dari segi aspek culture ia memenuhi syarat2 masyarakat Jawa Majapahit. Sultan Mahmud yg dilakonkan AdlinAman Ramli amat bersahaja dan menghiburkan. Dengan lagak yg very da ’I’m a king so I want what I want’ menampakkan bagaimana Sultan Mahmud dlm catatan sastera sangat menghendaki Gusti Putri.

Paling menarik masa bab Gusti Putri menjatuhkan 7 syarat yg dikenakan iaitui 2 jambatan emas dan perak, 7 dulang hati kuman dan yang terakhir sekali, semangkuk darah Putera Ahmad.  Berdiri bulu roma aku bila laungan Gusti Puteri menyatakan semangkuk darah Putera Ahmad. hebat Datin Tiara!

Aku amat teruja bila melihat persediaan props dan adegan Pelayaran Puteri digahkan dengan bahtera yang besar. Set bahtera berlayar lengkap dengan pergerakan dilambung ombak. Dan yang menariknya apabila scene Adlin Aman Ramlie bila mana kali ini sebagai Sultan Mahmud dia menari bersama ensemble. Elemen Broadway disuntik dalam watak Sultan dan itu pastinya disukai oleh penonton kerana semua ketawa.  Aku terfikir yang selama ini Sultan adalah diletakkan di tahap yang tertinggi, tetapi kali ini diberikan mood yang berbeza. Ada ketika Adlin berjenaka. Memandang ini hanyalah sebuah teater muzikal, terpaksa kita terima dengan terbuka. Sememangnya Adlin pukul habis dengan menari kali ini.  Sebenarnya aku tidak berapa minat dengan mamat nih tetapi menjak aku tenguk filem LOSS DAN FAUN, hebat gak mamat nih! hehehe. 

Cuma ada satu sahaja yang kurang aku suka iaitu kostum Hang Tuah yang nampak agak tenggelam dalam kemewahan kostum bermotif songket kumpulan ensemble. Kostum Hang Tuah kurang menyerlah sebagai seorang Laksamana. Kesegakan sebagai Laksamana tiada pada Stephen Rahman dan ia tenggelam kerana size badannya macam 'kanak-kanak sihat'..dia perlu turunkan berat badan, baru nampak kesegakan.  Nampak sangat dia tidak selesa dengan kostum yang sendat. Lain daripada itu, baik arahan, lakonan, muzik, set, koreografi, kostum, tatacahaya, bunyi, ensemble, kesan visual, elemen ilusi dan solekan aku kagum dengan kehebatan mereka.

 



bersama Laksamana Hang Tuah


bersama Gusti Putri

Asmah Zakaria bersama Gusti Putri


bersama Adipati.AC Mizal memang hebat!

bersama Putera Ahmad


Datuk Effendi, suami yang sentiasa memberi sokongan kepada isteri..

semasa sesi PC








PGL The Musical terserlah kerana kehebatan Adi Pati




Setapak langkah meninggalkan mu, 2 tapak bertambah kasih ku padamu




bahtera yang membawa Gusti Putri ke Melaka mencari Laksamana Hang Tuah..


Nenek kebayan di Gunung Ledang

Laksamana Hang Tuah yang begitu taat kepada Sultan Muzafar meminang Gustri Putri.



kekecewaan seorang Laksamana..
















“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” - Hang Tuah
“Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” - Gusti Putri
“Masih kecil berbanding cinta dinda!” - Hang Tuah
“Tapi kanda ke mari juga” - Gusti Putri
“Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” - Hang Tuah

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” - Hang Tuah

“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” - Puteri Gunung Ledang

“Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah

“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” - Hang Tuah

“Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang…

“Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar”
(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

“Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara

“Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka

Aku sepatutnya study tentang Majapahit terlebih dahulu sebelum menonton PGL The Musical..

No comments: