Wednesday 1 April 2009

"Penghijrahan" seorang sahabat....

Terkedu tiba-tiba melihat perubahan pada dirinya. Tiba-tiba jantung ku berdetak dan datang satu perasaan sebak pabila melihat perubahannya itu. Pagi itu terpanculnya dia di depanku, dengan senyuman yang manis..sememangnya ia sentiasa memberi senyuman manis, tetapi pagi itu kelainan yang amat ketara kemanisan senyuman yang dia berikan kepadaku. Walaupun ku nampak dirinya tidak berapa sihat disusuli batuk-batuk tetapi terpaanku memeluknya terasa dia seolah-olah menyembunyikan ketidaksihatannya itu. Kami berpeluk-peluk erat. rasanya tak nak rungkai pelukan..Ya ALLAH Ya ALLAH itulah yang terpancul dibibirku bila ku lihat ‘penghijrahannya’ itu. Ya ALLAH manisnya, ayunya, cantiknya..hanya itu yang berulang-ulang kali keluar dari mulutku. Ketawa dia yang manja-manja membuat aku lagi sayu dan amat teruja dengan perubahannya itu. Ya ALLAH betapa besarnya diriMU, ya ALLAH betapa hebatnya diriMU, ya ALLAH betapa agungNYA dirimu..ya ALLAH betapa KAU memberi ruang dengan hikmah yang berlipat ganda ini terhadap keterbukaan pintu hati naluri jiwa kasih pada dia..itulah detik hatiku. Terasa merah padam muka ku..merah padam bukannya malu tetapi terasa ia sebak dan tersentuh bila menatap wajah keayuan perubahan penghijrahan itu.

Agaknya itulah petanda mimpiku..mimpiku yang menjadi tanda tanyaku. Dia berdiri di depanku dengan wajah yang amat-amat berseri . Pipi mungilnya yang kemerah-merahan dan bercahaya... ayu telus dan mulus wajahnya lantas aku sentuh pipinya dengan bisikku..’As cantiknya wajahmu”..ku usap pipinya manja..tiba-tiba aku terjaga. Itu lah mimpiku . Rupa-rupanya itulah petanda yang ALLAH ingin sampaikan padaku...ALLAH telah memberi gambaran akan 'penghijrahan' dia padaku dan ini mungkin kerana keakraban ku dengan dia..dia telah ‘berhijrah’ penampilan. Aku tak ingin sentuh tentang penghijrahan jiwa raganya kerana padaku dia sentiasa berhijrah, sentiasa mendekatkan dirinya denganMU Ya ALLAH. Aku akui walaupun aku telah lama 'berhijrah' penampilan tetapi dari segi penghijrahan keimanan aku rasa jauh bezanya dengan dia.. Malah dia selama ini banyak menyedarkan aku..memberi aku kata semangat, kata rangsangan dan hala tuju agar sentiasa diberkati oleh MU..

Aku terpegun dengan ‘kehebatan dan keajaiban’ yang dia ceritakan padaku. Katanya..Umrah selama 12 hari di tanah suci itu banyak memberi kesabaran dan keinsafan padanya. Dari KLIA ke Airport Jeddah memakan masa 8 - 9 jam, Dari Jeddah ke Madinah jarak 244KM..Katanya lagi sepanjang di sana di Tanah Suci amat banyak memberi kesedaran dan kekuatan mental dan fizikal serta keimanan yang kuat untuk mengerjakan suruhMU di sana.. Aku begitu asyik mendengarnya seolah-olah aku cuba ingin merealisasikan keadaan di sana di depanku..kisah di Kota Mada'in Saleh, keindahan dan 'kemegahan' Masjid Nabawi, kewangian Makam Rasullullah dan sahabatnya, keterujaan dia dapat mengucupi Hajarul Aswad..sehingga tanpa disedari aku sebak dan mengalir air mata. Yang paling tersentuh bila ku dengar " KAK, SAYA TELAH MENDOAKAN DI DEPAN KAABAH UNTUK AKAK, ABANG AMIR DAN ANAK2 AKAK, SEMUGA ALLAH MURAHKAN REZEKI DAN KEHIDUPAN YANG DIBERKATI..terharu sangat dan menitis airmatku bila mendengarnya...
Aku banyak membaca tentang pengalaman orang mengerjakan Umrah dan Haji, aku juga banyak mendengar cerita-cerita orang mahukan rakan-rakan lain tentang keindahan dan keterujaan sepanjang mengerjakan Umrah dan Haji..tetapi kisah dia di sana lain dari yang lain..sehingga setiapkali dia bercerita, pasti aku sebak dan amat-amat teruga ingin KESANA. Ya ALLAH, murahkan rezekiku, jadikan aku ini sebahagian dariMU yang terpilih untuk menjejak kaki ke tanah suciMU itu..itulah bisiku hatiku dan doakan selepas solat.
Semalam @ 31 Mac 2009 aku menemaninya untuk membeli tudung-tudung bagi 'penghijrahan/ ini. Satu, satu dan semua tudung dicubanya..dan tidak satu pun yang tidak cantik, semuanya cantik-cantik belaka bila dia mengenakan. Akhirnya beratusan juga la dia habis untuk tudung-tudung di butik 'Pah' Syed Hashim 'BUTIK AL HABESYEE' di Bangi. Dari selepas maghrib di sana hinggalah jam 11.malam baru 'Pah' dapat tutup kedainya. DAN aku juga terkena AURA penghijrahannya..aku tesenyum..ye, dengan fesyen tudung baru, aku telah bertukar imej. Pagi tadi bila aku sampai ke pejabat, semua terperanjat dan ketawa manja..'CANTIKNYA KAK ROSE!", TERUS KAN PAKAI MAC AM NI' CANTIK, CANTIK' itulah keluar dari mulut rakan-rakan sepejabat. Terima kasih kawan-kawan..aku tersenyum penuh makna!.nampaknya bajet bulanan lari lagi la..detik hatiku..
Aku dapat rasakan bahawa sahabatku NOR ASMAH ZAKARIA dapat mengerjakan UMRAH 'mabrur'. YA ALLAH berkatilah hidupnya sekeluarga.. dan aku masih terngiang-ngiang dengan kata-katanya yang penuh bermakna? " INSYALLAH KAK, SATU HARI AKAK TENTU DAPAT KE SANA BERSAMA ABANG AMIR' . Itulah NOR ASMAH ZAKARIA yang ku kenali.
Sabda Rasulallah s.a.w
"Dari umrah ke umrah itu adalah penghapus dosa di antara dua umrah itu,
dan haji yang mabrur itu tidak lain ganjarannya melainkan syurga".
(Abu Hurairah r.a - Muttafaq 'alaih)

No comments: