Sunday 9 August 2009

Konsert Jamal Abdillah..Istana Budaya

Ajakan sahabat baikku..raptai konsert Jamal Abdillah..khas untuk media.  Rezeki jangan tolak, musuh jangan cari!..tambahan pulak JA adalah zamanku..masih ku ingat zaman tu aku selalu tak mis tenguk 'slot nyanyian' JA kat RTM (lupa nama program tu), disiarkan dekat2 Maghrib.  Tok Wan dan Tok Ki ku selalu marah2..ye la.kat2 maghrib dok 'melanguk' depan TV tenguk JA..

Tetapi paling ku tak dapat lupakan ialah filem Azura.  kat Terengganu AZURA meletup giler..kata orang 'keluar panggung masuk panggung'.  Aku sempat gak tenguk 2 kali.  Lepas SPM aku keje kat bandar Kuala terengganu and ramai gak yang dok usik2 aku dengan 'scene' "saya Z"!! semua yang nak berkenalan mesti mula dengan "Saya Z' dan aku pun 'Saya Azura'...hehehe...itu la penangan filem AZURA.

Kat IB ni, kalau tak pekena nasi lemak, memang tak sah.  Nasi Lemak tersedap didunia! hari tu aku sampai awal, masuk cafe IB tapi nasi lemak dah abis.!..memang betulla Huzz dok promote!, memang sah sedap nasi lemak.

Walaupun petang tu tak dapat merasa nasi lemak kat Cafe, Abang Joe (Ketua Pengarang IB) yang penah aku ceritakan sebelum ini, memagn amat baik orangnya.  Aku kenalpun kerana sahabat kesayanganku tu.  Malam tu selepas konsert JA, aku dijemput untuk makan sekali dengan press dan VIP. (coz ada PC) so duduk la semeja dengan pemenang  Bintang RTM (Juara dan tempat ke-3) yang turut serta dalam Konsert JA.  Bersama sekali boss aku Encik Badrul dan Abang Ad.

Segan duk semeja dengan VIP nih!.sahabatku habis gak 2 bungkus, tapi aku segan la..makan terpaksa penuh ketertiban..macam puteri..heheheingatka malam tu nak bantai 2 3 bungkus nasi lemak..tapi hampeeh..tu la rugi kalau duduk semeja dengan VIP.

Berbalik kita pasal konsert JA.  Memang tak dinafikan JA memang hebat dari segi vokal.  Sepatutnya JA tak perlu buat dalam bentuk Muzikal.  Buat Konsert terus..coz JA memang kaku bab berlakun dan tidak kesampaian hendak disampaikan kepada penonton TAPI kalau menyanyi..memang hebat dan terhebat di Malaysia.

Lagu2 yang disampaikan malam tu..membuatkan aku sebak dan amat kesian dengan dia..dan hatiku berdetik..'sayang sekali dia terjebat dalam kancah yang tidak sihat'..kehidupan dia tidak terarah.. Jamal jamal..

No comments: