Sunday, 7 December 2008

JABATAN NARKOTIK BUKIT AMAN & MUZIK-MUZIK

5 Disember 2008 (Jumaat) - Last minute! terbaca hari ini lagu-lagu 'aku' tersenarai dalam Muzik Muzik 2008 Kategori Balada. 'Adik'adik' aku dapat masuk ke separuh akhir dengan Aizat, Lagu Kita, Anuar Zain dan Faizal Tahir Cuba dan Ke Syurga. Aduh! semua lagu-lagu kegemaran aku ada! tiba-tiba jer, "nak pergi la". Teringat Irma, Marlia TV3, mereka ni boleh tolongku untuk dapatkan tempat yang selesa. Benarnya aku tak pernah tenguk Muzik Muzik secara live, dan aku pun tak pernah tenguk konsert-konsert walaupun ada beberapa penyanyi tanahair yang amat ku minat seperti Anuar Zain. Aku tidak suka tempat yang berasak-asak lebih-lebih lagi keadaan yang berbau rokok dan panas kerana penyakit yang ku idapi iaitu asma. Dan juga aku tak nak anak-anak aku sepertiku, dats y la aku jaga sangat mereka KECUALI tenguk wayang! Biasanya orang yang ada asma tidak boleh sejuk tetapi aku berlainan, aku kalu sejuk atau duduk dalam peti ais tak pe tetapi kalau panas ditambah lagi kalau dalam keadaan 'panik' lagi la cepat asma datang!
Pasal Muzik Muzik - aku call Marlia TV3 dan call anak2ku minta mereka siap awal, so senanglah sampai rumah terus pergi. Dalam masa yang sama hari ini, pejabatku (Kelab Sukan & Rekreasi UKSB) amenerima lawatan daripada Jabatan Narkotik Bukti Aman dan dalam masa sama akan mengadakan perlawanan bola sepak. Last week UKSB lawan ditempat mereka, UKSB menang 3 -1 dan ni kira balas kunjungan la.
Aku turut bantu Abang Joe, Pengarang SAJI oppss dah naik pangkat lupa KETUA UNIT HIBURAN majalah HAI, MANGGA, URTV dan REMIX di bawah seliaa abang joe. Wah! makin hebat Joha! aku dan keluarga sayang kat Joha nih, dia baik sangat kat kami sekeluarga. Susah nak cari orang sebaik dia.
Ramai jugak rombongan Bukit Aman lebih 45 orang. Lawan punya lawan, kali ini SERI 2-2! Petang tu dihidangkan dengan jamuan Mee kari, nasi goreng, donat, roti bakar,kuih muih dan bubur pulut hitam.
La! ya ALLAH! aku terlupa tentang Muzik Muzik, jam sudah pukul 8.20malam, aku masih kat ofis bersama gang untuk kemaskan sisa-sisa makanan tadi. Baru perasaan ada miscal beberapa kali dari puteri2ku dan juga Irma TV3. Aku bagitahu mereka tak jadi la p tenguk. Anak2ku dan bising dan merajuk. Irma pulak kata cuba datang, lambat sikit tak pe, sampai cal jer dia.
Akhirnya keputusan terakhir, jadi p!. Sampai rumah ambik anak2 dan terus p. Husband tak nak ikut, dalam hati, aku tak pernah drive p Shah Alam, ingat tak jalan nih!, tapi mujurlah anakku yakinkan aku yang mereka ingat jalan ke Plaza Shah Alam tempat berlangsungnya Muzik Muzik.
Selepas 'makan angin' akhirnya ku sampai juga tepat pukul 10.30 malam!!!! kalau ikutkan nak balik jer tapi Irma dan anak-anak, 'ala tenguk jer la alang2 dah sampai'. Sempatlah tenguk 1 lagu iaitu Dina. ok la..! KERANA ANNUAR ZAIN, KERANA AIZAT & KERANA FAIZAL TAHIR sanggup ku datang tetapi hampehh! lagi la frust lagu adikku Anuar Zain tak dapat ke final dan sepertiku jangka aizat dan faizal tahir ke final! Tahniah!. Aku cal dan ucapkan tahniah pada mereka berdua! mereka memang layak. Masa nak balik terserempak dengan JD, terperanjat! slim!

2 comments:

Anonymous said...

akak..tak puas ati la..faizal tahir masuk final --sampai 2 lagu..
kesian kat abe anuar..

Rosmawati Idris said...

ok what, dik nor, dua-dua lagu faizal tu memang best n layak ke final, cuma memang aku terkilan sangat nuar anak pak zin tak dapat ke final.