Sunday, 7 December 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2008



Allhamdulillah lagi sekali kita akan menyambut hari besar umat Islam seluruh dunia yakni hari raya qurban. Syukur, alhamdulilah, Aidiladha muncul kembali pada tahun ini dan kita masih lagi sempat untuk menyambutnya.


Bila tiba tarikh ini, kita teringat kisah silam yakni kisah Nabi Ibrahim bersama anak kesayangannya, Nabi Ismail. Allah telah memberi pelbagai musibah serta dugaan yang menimpa kelaurga Nabi Ibrahim. InsyaAllah, hari raya qurban pada tahun ini akan lebih bermakna lagi bagi kita semua sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Kesempatan ini (jika ada terbaca blog ini) saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan sahabat handai yang mengenali ku, Maaf Zahir Batin.


Bila Raya Aidiadha, aku raya kat PJ sahaja, jarang balik kampung. Beraya kat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah PJ dan dapatkan daging korban. Bila ku hayati gambar-gambar indah di bawah ini yang ku download daripada internet, aku rasa syahdu sangat. Seolah-olah ia memanggil ku menyentuh tanah sucimu ya ALLAH.  Aku selalu menyimpan hasratku untuk ke SANA tetapi bekalan 'zahir dan batin' untuk ke SANA belum mencukupi.  YA ALLAH, MURAHKAH REZEKI KE ATAS KAMI SEKELUARGA, SEMUGA SATU HARI SEBELUM AKU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR AKU DAPAT MENYENTUH TANAH SUCI MEKAH DENGAN PENUH RAHMAT!
















Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan
Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit
Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

No comments: