Tuesday, 20 January 2009

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL23) TV3



18 Januari 2009 -Illuminasi Muzik - ANUGERAH JUARA LAGU (AJL23). 1st time dapat tenguk AJL secara live. Dapat pass daripada Cik Irmawati TV3, aku, puteri2ku Kak Yong dan Alia serta gang kesayangan LEEZ, NOR & ALYA ke Stadium Bukit Jalil. Aku bertolak daripada Putrajaya coz aku sekeluarga ke rumah adikku di Presint 9 sejak tengahari. Minta hubby drop aku dan anak2 kat Stadium Bukit Jalil dan balik nanti aku akan minta Leez hantar. Senang!. tak payah berebut cari parking!

Kami bertemu dipintu masuk Stadium lebihkurang jam 8.00 malam. Tak sangka terserempak dengan JD MANGGA dan NURUL HISHAM, HAI (dulu la) now mereka dah berhijrah kat Berita Harian. Bersama mereka AINUL (Anak Mami) dan NITA, One in Million, apa lagi bergambar la.

Aku dah tak sabar2 nak tenguk persembahan Aizat dan Faizal Tahir. Aku datang ni pun kerana mereka. Walaupun macam2 orang dok perkatakan tentang Faizal terutama insiden bukak baju namun aku tetap sokong dia. Bagi aku itu perkara kecil, ramai lagi artis2 yang berkelakuan tidak senonoh yang sepatutnya pihak berwajib bergambil tindakan. Takat buka2 baju no hal la, lain la kalu perempuan yang buka baju..hehehe.

Walau bagaimanapun FAIZAL TAHIR adalah yang terbaik dan sewajarnya ia layak m erangkul ketiga-tiga anugerah iaitu VOKAL TERBAIK, PERSEMBAHAN TERBAIK & LAGU TERBAIK KATOGERI BALADA.  Dan aku adalah orang yang paling frust kerana SAMPAI SYURGA tersasar untuk merangkul JUARA LAGU TERBAIK 2008!  Sebenarnya bila diumumkan oleh ketiga2 pengacara 'seperti yang kita jangkakan.." aku terus bangun dan menjerit FAIZAL, FAIZAL..aku ingatkan SAMPAI SYURGA  JUARA LAGU TERBAIK, rupa2nya bila aku tenguk kat screen belakang pentas..MEET UNCLE HUSSAIN..aduhhh frust giler, tapi nak buat macamana keputusan juri professional adalah terbaik dan mengikut rentak jenerasi kini yang menyukai lagu2 underground seperti MUH.  Syabas FAIZAL, for me you are the best!

Tentang Aizat, budak hasil dari realiti TV ni, lain dari yang lain. Walaupun si Mawi berjuta peminat dia, namun satu lagu dia pun tidak menusuk ke sanubariku. Tapi Aizat lain dari yang lain, dia tidak berbekalkan rupa paras, dia semata-mata berbekalkan ilmu dan anugerah suara yang Allah SWT kurniakan. HANYA KAU YANG MAMPU, hanya 1 lagu itu sudah membuat aku amat yakin, budak ni boleh pergi jauh. Walaupun aku sedikit frust lagu kesukaan ku itu tidak tersenarai dalam AJL 23 ini. Namun LAGU KITA sudah cukup membanggakan aku.

Gambar2 persembahan aku terpaksa download daripada 'pak engku' punya website.  sorry ye pak engku. memang cantik gambar yang diambil oleh pak engku nih.  Tapi gambar aizat dan elyana tak ada.













pas masuk - sebagai kenangan











puteri2 ku..

alya si kecik molek..

gang yang ku sayangi ..nor & leez







sempat bergambar dengan nurulhisham dan jd.  Ainul dan Nita












No comments: