Aku dapat sms daripada Ezzah Aziz, producer program GADIS MELAYU bertanya nak tak tiket ke GADIS MELAYU PERINGKAT AKHIR @ TV9 pada 15 Januari 2009. Aku tak menolak,bersama kedua-dua puteriku dan gang kesayanganku, LEEZ, NOR & LYA, kami berenam ke Auditoriam MBSA Shah Alam. Bukan aku tak pernah tenguk program2 seperti itu secara live, seingat aku program pertama yang ku tenguk ialah AF6 Akhir(2008) di Stadium Putra Bukit Jalil, kedua Gangstarz Akhir 2007 di Stadium Putra Bukit Jalil juga dan AJL Peringkat Separuh Akhir Kategori Balada awal Disember lalu. Bermakna GADIS MELAYU adalah yang ke empat ku tenguk. Aku bukan tak teringin nak pergi tenguk, teringin sangat tetapi aku amat 'alah' dengan asap dan orangramai yang berasak-asak, SESAK NAFAS! atau ASMA! Begitu juga aku tidak mahu dan cuba elakkan anak-anakku terdedahkan pada suasana asap, habuk dan kesesakan orang ramai di tempat sebegitu yang sememangnya amat senang dapat sesak nafas!




































Dr Fazley juri untuk mengajukan soalan kepada peserta ini ..'bila lihat wajah anda, saya teringat pada seseorang!'..hehehe sapa lagi DATUK SITI la..bagi aku raut wajah peserta ini adalah gabungan antara DATUK SITI dan INA NAIM.



Program Gadis Melayu memaparkan 5 finalis gadis-gadis melayu berentap untuk merebut takhta juara Gadis Melayu musim pertama. Finalis yang berjaya ke pusingan akhir adalah Khairul Noormaidah, Nur Aishah, Siti Nurashikin, Nurul Khusna dan Noor Afzan. Host ialah Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie. Tak sangka menjadi betul gandingan mereka berdua, memang kelakar walaupun terdengar komen ngatakan mereka sesuain jadi host untuk majlis yang moden-moden dan tidak sesuai untuk majlis kemelayuan. Bagi aku yang penting boleh buat orang ketawa. Cuma aku nak komen tentang pakaian host, sepatutnya dari awal program mereka memakai pakaian kemelayuan seperti baju sesi yang last tu. Bukan baju kot!
Tahniah Ikon GADIS MELAYU telah dimenangi oleh Khairul Noormaidah (AIDA). Sememangnya dia layak dianugerahkan JUARA GADIS MELAYU. Pakej! cantik, pintar, berwawasan, penuh keyakinan, kelembutan seorang gadis melayu terserlah. Tahniah kepada EZZAH AZIZ FAWZY kerana berjaya memprogramkan GADIS MELAYU dan diharap program ini diteruskan untuk tahun2 akan datang.
Tahniah Ikon GADIS MELAYU telah dimenangi oleh Khairul Noormaidah (AIDA). Sememangnya dia layak dianugerahkan JUARA GADIS MELAYU. Pakej! cantik, pintar, berwawasan, penuh keyakinan, kelembutan seorang gadis melayu terserlah. Tahniah kepada EZZAH AZIZ FAWZY kerana berjaya memprogramkan GADIS MELAYU dan diharap program ini diteruskan untuk tahun2 akan datang.
Menawarkan hadiah pemenang Gadis Melayu membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM67,000, manakala empat peserta akhir menerima hadiah sagu hati bernilai RM44,000.Turut dipertandingkan iaitu kategori Gadis Anggun dan Gadis Ayu yang kedua-duanya menjadi milik Efi Norfiani Aris Setiawan, Gadis Bijaksana (Zehra Zambri), Gadis Idaman (Nur Aishah Zainal) dan Gadis Dekat Di Hati (Nurul Khusna Uma).
Barisan juri yang menilai peserta pada malam berkenaan ialah Toh Puan Noor Aini Datuk Abdullah, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob serta juri jemputan, pelakon teater, Stephen Rahman Hughes.


Dr Fazley juri untuk mengajukan soalan kepada peserta ini ..'bila lihat wajah anda, saya teringat pada seseorang!'..hehehe sapa lagi DATUK SITI la..bagi aku raut wajah peserta ini adalah gabungan antara DATUK SITI dan INA NAIM.



Inilah AIDA, IKON GADIS MELAYU yang dimenanginya. Penampilan dan kepetahannya menjawab soalan Prof. Dato' Nik Sapiah dengan dimulai dengan pantun memang memukau. Sebelum keputusan memang aku agak dia akan menang. Penampilan diri dan persembahan Aida, 23, yang penuh berkeyakinan menarik perhatian juri, sekali gus meletakkan gadis itu sebagai Ikon dalam membentuk jati diri serta mewarisi dan mengekalkan budaya serta tradisi Melayu. Aida menerima wang tunai RM10,000, trofi serta barang iringan disampaikan Sultanah Kedah, Tuanku Hamimah Hamidun.
No comments:
Post a Comment