Saturday, 6 June 2009

PERKAHWINAN NINI - PENANG





30 MEI 2009 (SABTU)
Bukan  main seronok puteri-puteri dan puteraku..ya la..nak p Penang katakan..majlis perkahwinan anak buah suamiku (anak sulong kepada kakak ipar) pada 30 Mei 2009.  Jadi kesempatan cuti sekolah, aku dan suami ambil le cuti sehari (Isnin), hajat lepas kenduri nak bawak anak-anak 'pusing-pusing' pulau.

Bertolak pagi Sabtu, sampai je Penang, terus ke Masjid Bayan Lepas, coz majlis akad nikah diadakan di sana.  Berlangsung jam 10.30 pagi, mujur kami sempat saksikan majlis pernikahan tu. Kebetulan ada 4 pasangan pengantin yang akad nikah di dalam Masjid Bayan Lepas.  Anak buah suamiku kena giliran ke dua.  Tak le ramai sangat keluarga pengantin-pengantin..ni 1st time aku saksikan 4 pasangan pengantin yang akan akad nikah.

Akhirnya dengan izin ALLAH SWT..selamatlah anak buah suamiku  ROHASLINIE BINTI HASHIM dengan pasangannya OTHMAN BIN ABDUL RASHID, dengan dua kali akad nikah maka SAHLAH mereka menjadi suami isteri.  Semuga jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat..juga semuga perhubungan mereka sentiasa mekar...Sabda Rasullah SAW ;

"Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya,
dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan
penuh kasih dan cinta,
maka ALLAH memandang mereka dengan pandangan kasih mesra,
dan jika si suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."


'bunting' pasangan penganting - digantung pintu masuk dewan

Gambar2 yang kami rakam di bawah ini adalah menggunakan handphone nokiaku..Kamera kesayanganku rosak! frust sangat kerana tak dapatlah nak abadikan gambar2 majlis perkahwinan. Tau je la bila ambil guna handphone. Setakat 2.0 megapixel!
Ikutkan hati nak story panjang2 tapi penat le..n tak ada masa..Story p mencandat kat Terengganu hari tu pun belum siap2 lagi..

laluan pintu belakang Masjid Bayan Lepas



dalam Masjid Bayan Lepas - ada 4 pasangan pengantin menunggu giliran

unik! kipas dalam Masjid.

puteraku kepenatan..masih ngantuk! ye la pagi2 dah bangun..

beruntung pengantin , adik sendiri yang menjadi mak andam..pasti menjadi kenangan yang manis dan pokoknya jimat kos! heheh..


selesai akad nikah, bergambar kenangan..gitulah kalau ambil gambar guna handphone, kala menjadi, kala tidak!


puteri Alia

pelamin..simple n tetap menarik

meja makan beradab..belum sempat setting lagi lauk pengantin

1st time tenguk kek pengantin dibentuk dan disusun dari cup cake! tapi tak leh le nak jadikan kenangan potong kek!

lauk pengantin-ikan bawal masak merah

lauk pengantin - buah-buahan

lauk pengantin, tak perasan nama lauk ape..ayam masak merah kot

ayam masak percik..macamana nak makan nih!

ni lauk untuk tetamu - tempahan daripada  catering mamak penang, pure punya mamak!
memang sedap!

daging masak kurma

dalca

aku suka ni..pecal yang simple tapi sedap sangat, hanya timun & bawang jer..

sunkist

daging (tak tau nama)

Nasi beriani, nasi putih pun ada.

nampak simple je kan..but sedap sangat, ikan masin masak ape ntah!

buahtangan untuk tetamu - 1 st time aku tenguk tetamu yang hadir majlis perkawinan diberi sabun mandi. Tapi yang bawah ni diberi jugak.

ni pun buah tangan untuk tetamu, bunga telor

buahtangan untuk tetamu lagi..meriah!

kami sekeluarga yang mula dulu untuk makan..coz pagi tadi tak sempat breakfast..semua tidur nyenyak dalam kereta.  Ya la bangun kul 5.00 pagi ! dah lah tidur lambat nak siapkan barang!

puteri sulongku bersama pak usu - adik iparku (bongsu) bujang but dah ada special..


heroku tak hirau kiri kanan..lapar sangat.kesiannyer..

puteri bongsuku

pintu gerbang pengantin - anakku tak lepas peluang posing.



 

kami sekeluarga makan dulu..maaf yer.. 


kak yong

'abah' & Adik

kak yong

ni namanye peluk tubuh!

pencuci mulut - bubur gandum

kak yong bersama anak buah (anak kepada adik ipar perempuanku)

wah! over gitu..bersam pengantin. Selamat pengantin baru dear..



 'ibu ni tak ada gambar lain ke nak ambil"! bising anak2ku..
aku tak pernah tenguk alat ni - nak tau!
kunci tempat parking - setiap parking lot ada alat ini - elakkan orang ambil parking kita. Bila kita keluar, just angkat je n lock! bagus gak ek idea buat alat ni!



bukan senang nak ambil gambar yang belakang tu! puas mujuk!..itulah Abang Li (abang iparku)

bas yang bawa rombongan sedaramara suamiku dari Teluk Sarip (Kg Gajah) Perak.

gaya posing zaman sekarang, kata anak2ku..'apa-apa la labi'!! kata P Ramlee


aku pun tak faham kenapa budak2 sekarang kalau bergambar, mulut mesti mucung..ingat cantik le tu!!  entah le labu..kata P Ramlee!

sempat p Kompleks Bukit Jambul (lalu jer)..
aku n anak2 ketawa sakan..tenguk le apek tu gantung 'BOBO CHA CHA'..kahkah
maksudnya dia jual bubur chacha!

Di bawah ini gambar2 yang sempat ku rakam - atas jambatan Pulau Pinang











highway menuju ke Penang




Benarnya percutian kami tak kesampaian.  Kami terus balik KL malam tu jugak kerana masa majlis perkawinan berlangsung, kami dapat berita suami kepada sepupu suamiku meninggal dunia di Hospital Ipoh kerana ngidap kanser. Masih muda lagi baru berumur 37 tahun. Tinggalkan anak2 yang masih kecil - 6 orang! kesian sangat.  Kami patah balik ke Ipoh, terus menuju ke Hospitak Ipoh, tetapi jenazah telah dibawa balik ke Chemor.  Kami terus ke Chemor. jam 9 malam baru sampai. Mujur lah ada orang datang ambil kami menuju ke rumah arwah.  Kalau tak memang tak jumpa, jauh yang amat sangat- masuk ke dalam ladang kelapa sawit.

Selepas selesai semuanya kami terus balik ke Kuala Lumpur.  Sampai PJ jam 2.00 pagi!
sian anak2ku tak dapat bercuti!!

2 comments:

Leez said...

Oooo...pergi Penang rupanya. Seronoknya berjalan. Nak puji akit...cantiknya akak pakai baju kurung pink tu...macam anak dara...ahaks!!!

pinkypantherose said...

yo la!oleh kerna baju tu cantik, so byk tempat aku p, aku pakai baju tuh!..hehe