Kebiasaan kita mendengar 'reunion' selalu diadakan oleh bekas-bekas pelajar universiti/institusi tinggi dan jarang sekali 'reunion' dibuat untuk berkas-bekas pelajar sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah!. tetapi berkat usaha aku dan sahabat karibku Kartini Yusoff untuk mempertemukan kawan-kawanku bekas pelajar SPM-1983 Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu (STEMZA) yang dulu dikenali Sekolah Menengah Maras, akhirnya dapat direalisasikan pada hari raya ketiga baru-baru ini. 25 tahun adalah satu jangka masa yang lama bagi mengingati kenangan terindah di zaman persekolahan dan detik bersua kembali wajah kawan-kawan lama ku akhir termakbul jua. Bertempat di Pusat Komuniti Gong Sekolah Mengabang Telipot Kuala Terengganu, perjumpaan bekas-bekas pelajar dapat diadakan penuh meriah dan sukar diungkap dengan kata-kata. Inilah perjumpaan yang paling manis dalam hidupku ketrana tidak sangka sama sekali ia mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Walaupun tidak kesemua bekas pelajar STEMZA tahun 1983 berkumpul, namun ia cukup teruja. Ada sesetengah nama bekas pelajar sudah tidak ku ingat cuma bolegh dibayangi raut wajah dan peristiwa. Juga ada yang ku ingat nama tetapi tidak dapat mengingati rupa paras. Yang menariknya, ada yang terus mengingati nama dan dari kelas atau aliran (sains atau sastera). Banyak peristiwa di zaman persekolah (1979-1983) masih segar dalam ingatan. Bila kawan-kawan sudi meluangkan masa datang ke majlis ini, rasa bagai mimpi dan tanpa disedari ada yang menitis air mata kegembiraan. Perjumpaan ini menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kerana masing-masing cuba mengembalilkan kenangan zaman persekolahan 25 tahun lalu. Rasanya masa perjumpaan di petang itu terlalu singkat dan rata-rata mahukan reunion ini diadakan setiap tahun. Mendapat khabar beberapa orang kawan seperti Mokhtar Omar, Azman Ngah, Yahya, Rohana Md Isa dan Nazri Mokhtar sudah kembali ke rahmatullah. Teramat sedih kerana mereka adalah kawan-kawan yang hebat dalam bidang sukan dan akademik. Sempat membuat kutipan sumbangan pada petang itu untuk sahabat Nor Saudah Abu Bakar yang mempunyai anak istimewa dan kehidupann yang susah. Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan beliau. Yang ku tidak sangka, kawanku tinggi lampai Noranisah Ngah (bekas pemain bola jaring terhandal STEMZA) telah mempunyai cucu!. Syukur alhamdulillah rata-rata bekas pelajar STEMZA mempunyai kehidupan dan keluarga yang bahagia. Walaupun ada yang tidak dapat ke menara gading namun ada yang menjadi usahawan berjaya. Che Wan Fatimah rupanya buka kedai makan yang terkenal di simpang Tepoh, Fauziah Tawang pengusaha Cafe di Institusi Perindustrian Gong Badak, Hasnah mempunyai butik terkenal di bandar Kuala Terengganu, Aziz Ariffin, Nazri Ali, Nasir Mohd Noor, Asri kontraktor berjaya di bandar Kemaman dan Kuala Terengganu, malah ada yang sudah bergelar jutawan!. Yang menariknya ramai kawan-kawanku bergelar guru seperti Karimah Abu Bakar Sidek, Nor Aniziah Ngah, Wan Halimah Wan Halim dan Hajah Noratul Asikin Manan. Juga tak sangka Nawang Sarjan Detektif Bukit Aman, Ariffin Abdullah bertugas di Balai Polis Dang Wangi begitu. Insyallah reunion ini akan diadakan pada setiap dua tahun sekali kerana kebanyakkan bekas-bekas pelajar bertugas dan telah menetap di serata negeri. Hilang penat bertungkus lumus memasak sendiri, kata Tini sahabat ku yang giler2 tu!! Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabatku Amiruddin Rashid. Hebat kau yer..Ketua Pemuda UMNO Kuala Nerus. Terimakasih kerana uruskan tempat perjumpaan dan sponsor backdrop! Aziz (Gemuk) yang 25 tahun lalu tak berubah, 24hrs dengan coletehnya sponsor air mineral!. Kalau ada yang terbaca blog ku ni, hubungilah aku yer..
Gambar-gambar majlis reunion - 3 Oktober 2008 hari raya Aidilfitri (hari raya ke-3) bertempat di Pusat Komuniti Gong Sekolah, Jalan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment