Wednesday, 15 October 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008
































e



































Raya Aidilfitri 2008 - kami sekeluarga balik beraya di kampung Maras, Kuala Terengganu.  Tahun ini kena giliran beraya di Terengganu kerana last year giliran beraya di Telok Sareh, Perak.  Itulah rutin semenjak dari 16 tahun lalu, lumrah kepada pasangan yang berkawin berlainan negeri. Kerana itu, 27hb September kami balik balik awal ke kampung suamiku dulu untuk berpuasa bersama keluarga di sana.  Itulah kebiasaan kami, jika giliran raya tidak di Perak, kami akan balik awal kerana senang dari Perak terus lalu ikut lebuhraya Timur-Barat dan kesempatan itu juga aku akan singgah rumah ayahanda aku di Jerteh.

28 September (Ahad) kami bertolak balik ke Terengganu.  Dalam perjalanan aku banyak menerima panggilan dan sms...pertanyaan daripada sahabat-sahabat lama dari STEMZA berkenaan Reunion yang akan diadakan nanti.  Mereka kata ada keluar dalam akhbar Mingguan Malaysia.  Terima kasih Nizam kring kring kerana aku minta pertolongan nya untuk siarkan dalam dairy mingguan.  Terima kasih banyak-banyak En Nizam!  Aku minta suamiku berhenti di mana-mana kedai untuk dapatkan akhbar kesayanganku tetapi hampa, kehabisan! 

Plan asal nak singgah rumah ayahanda di Jerteh dulu, tapi perancangan tak menjadi.  Datang masa hari raya nanti la! bisik hatiku.  Sepanjang perjalanan, bila sampai kampung nanti, nak 'stay' kat mana dulu.  Rumah bondaku di kampung Balai Maras, rumah kakakku di kampung Padang Maras, serba salah gak.  Aku dibesarkan bersama kakak sulongku dan dari dulu lagi aku akan menyambut hari raya bersama kakakku.  Anak-anakku beria-ia suruh singgah rumah 'mama' (panggilan anak2ku pada kakakku) kerana mereka lebihkurang sebaya dengan anak-anak kakakku.  Tapi ingatkan 'a-em dan e-am', akhirnya kata putus dan sepakat ' kita stay rumah 'nenek', kata anak-anakku. Lagi pun rumah 'mama' tak cukup bilik! hehehe..itupun kerana kak long dan suaminya kena giliran Terengganu jua.

Menjak kawin dengan orang Perak ni, seleraku dah kurang untuk makan ketupat, lemang seleraku kini.  Buloh lemang  telah disediakan oleh adik ipar aku,  Radzmir.  Suamiku hanya masukkan daun ke dalam buluh sahaja kerana kepandaian untuk memasukkan daun pisang (muda) yang ada pada dia.  Bab aku, anak-anak dan adik-adikku sediakan santan dan masukkan beras pulut ke dalam buluh.  Bab bakar, sekali lagi suamiku, dia memang terror bab jaga api nih!  Lemang memang senang preparationnya tetapi penjagaan api kena hati-hati, kot nanti lemang kemana, buluh kemana, tenguk-tenguk buluh dah jadi arang!!heheh.

Tapi setakat ini, suamiku mendapat pujian la bab dalam penyediaan lemang.  Malah aku sendiri tabik springg dengan lemang suamiku, kalahlah lemang apak kat kampung.  Cuma satu jer, aku kalau boleh tak nak lah suamiku bakar lemang kerana dia tak boleh tahan panas, nanti penyakit magrainnya datang..aduhh kesian tenguk. Ala..sayang la..lupa nak ambil gambar masa penyediaan buat lemang.

Tahun ini alhamdulillah, aku 3 beranak 'bebas period'..heheh, so bolehlah kami sembahyang sunat aidilfitri.  Seronok sangat dapat sembahyang raya bersama-sama dengan orang-orang kampung.  Ye la bukan senang nak jumpa orang-orang kampung yang keseluruhannya semua sedara mara di atas Masjid.  Dua tahun sekali, tu pun kalau aku tak 'period' hehehe..seronok tak terkata walaupun aku dan puteri keduaku sembahyang raya di tangga Masjid, ramai sangat tambahan lagi Masjid kampungku dah lama usianya dan tak boleh lakukan renovation untuk besarkan, melainkan kalau buat Masjid baru.  Tapi orang-orang kampung sayang sangat Masjid ni.

layannn...

No comments: