Tuesday, 28 October 2008

Horrey d HATYAI & SONGKLA 2008














Kami bertolak ke Hatyai lebihkurang kul 10.30 malam dengan dua buah bas yang diberi nama Group Bas 1 dan Group Bas 2. Aku naik GB2, GB1 dipanggil 'bas ilmiah'..hehehe..yer la hanya orang-orang yang 'berilmiah' aje yang tersenarai naik bas tu. Tapi macamana pun bas aku adalah 'dipenghuni' oleh gang yang best giler. Nuek ucop, Abang Joe dan pa dia Khairul, Che Li, Boy, Ady, Tajil, Zaidi Senapi, Zack (sabun), Hafiz (REMIX) dan isteri Apple, Mek Sue, Mok Nik, Kak Ropol, Sherry, Salwa FA, Emma (Muk), Noreen(cecep), Sofi FA, E-na, Huda HARMONI dan 'mak ayamnyer Asmah, 'artis' yang mendapat anugerah kategori Persembahan Terbaik Aisyah WANITA, Wahida HAI, Tora KAWAN, Rohaya WANITA, Mastura URTV. Juga jejaka singapore En. Bohari Rahmat taukeh Julie's Biscuit, dia join sekali. GB2 dibawa oleh jejaka idaman malaya Kedah Darul Aman, Halim.
ab dalam bas pulak, seperti biasa, Halim dapat bau 'taste' penumpangnyer, cerita Thai action & hantu! Aku sekepala dengan asmah, ngantuk macamana pun kalau dah depan mata cerita2 action, mesti layannn punya tambahan pulak si boy yang 'monitor'. Kalau nak citer memang tak abis 40 hari 40 malam. Tapi aku 'shortcut' jer ek..dan boleh tenguk je la gambar2 kat bawah tu..layyaann..

Ringkasan Staff Trip ke Hatyai.
24 Oktober 2008 (Jumaat) - Kami bertolak daripada Kompleks Sri Utusan pukul 10.30 malam dengan dua buah bas. Syarikat Purnama Gemilang. Taukeh PG ni bernama Halim dan aku kenal dia menjak tahun 2003. Murah! dan berpatutan jika dibandingkan dengan syarikat bas lain. Yang penting Halim ni seorang yang mesra dan tak seperti macam driver bas semasa Staff Day 2005 kami ke Pulau Pangkor yang banyak songgeh. Sebab tu la kita pilih PG. Masa trip ke Hatyai 2005 dulu pun kami guna PG gak. 2005 dulu kami lalu ikut Bukit Kayu Hitam, Kedah tapi kali ini kami ikut Perlis.

25 Oktober 2008 (Sabtu) - Sampai Changlung, Kedah 7.30 pagi. Tempat yang kami terpa dulu ialah money changer. Gaji masuk pukul 12 malam tadi, so tak sempatlah nak tukar RM ke Bath. Tukar kat money changer kat sini RM10 dapat 95bath! Untung tukar kat KL, Zana HARMONI kata dia tukar 2 / 3 hari lepas dapat gak 100 bath lebih. Terpaksa la..tu lah Miss Tan, masuk gaji kami lambat sangat. Abang Man jugak yang best, gaji selalu awal, abang man kan!
Breakfast? tang ni memang susah sikit. Yang halal hanya sorang je buat bisnes. Akak yang jual roti bakar dan maggi sup. Kebetulan ramai pulak tourist dari China. Apa lagi macam semut hurung gula! Q berterabur. Hidung aku ni dah kembang kempis dok tahan apek-apek tua yang entah berapa hari tak mandi..terpaksa tahan jugak la..As, intan, nuek, muz dan ucop pekena maggi sup, sedap giler maggi sup tu, kata mereka. Tapi aku jenis tak leh terima kalau sup2 dipagi hari. Mandang semua berkerumun kat roti bakar, aku yang q kat depan terus order lebih sikit untuk gang kat belakang. Lepas la Safa, Mai dan E-na. Kaya giler agaknya akak jual roti tuh, entah berapa bungkus roti dan berapa ratus telor agaknya satu hari. Modal dia telor, roti dan planta - RM2 satu set (2 keping roti). Tapi penat macamana pun, akak tu sentiasa senyum manis..tak la hanggin sangat bila tenguk gelagat gelagak Q panjang! Aku 'taupau' makan dalam bas, tak de selera tenguk tempat makan semacam jer..ye le dikelilingi tourist China yang macam2 bau!.

Tiba Imigresen Malaysia pukul 10 pagi - yang ada passport sendiri, just 'autoscan' jer tapi yang guna 'grouping passport' kena la beratur ikut senarai nama tertera kat passport untuk kenalpasti. Yang bestnyer, Halim ni bila tiba kat imigresen Thailand kita tak payah turun bas, Halim kutip semua passport dan hantar kaunter untuk cop. Halim ada 'cable' kat sana. Tapi nak jadi ke citer, tiba-tiba pegawai imigresen Thailand datang ke GB1, semua di arah turun, rupa-rupanya Grouping Passport mereka tak dicop semasa kat imigresen Malaysia tadi. Peliknya macamana boleh terlepas cop!. Siasat punya siasat dan buat post mortem, rupa-rupanya Lee Hanafi tak berhenti masa lalu kat kaunter imigresen Malaysia tadi. Dia berlalu manja depan pegawai imigresen dan yang pelik bin ajaib macamana pegawai-pegawai imigresen boleh 'terlepas pandang' Lee Hanafi..garu kepala aku..lee, lee! ilmu apa yang ko pakai. Agaknya dah awal-awal menuntut ilmu dengan Rashid Maidin dan Chen Peng!!

So yang guna grouping passport terpaksa berbaris mengikut nama yang tertera di passport..kiri kanan, kiri kanan, menuju ke terminal imigresen untuk buat kawat cam!! kah!kah!kah..kesian. Yang lagi lucunya..Halim dan Lee terpaksa sewa motor kapcai patah balik ke imigresen Malaysia untuk dapatkan cop. macama citer pak pandir!!heheheh
aku lupa nak tanya, Halim ke Lee yang bawak motor kapcai tu, tapi ku rasa Halim kot coz kalau Lee, mesti tang kelain!

Oleh kerana kelewatan kes di atas, maka dengan itu..plan asal untuk ke Songkla dulu dibatalkan kerana masing-masing dah penat dan kelaparan. Bas aku tour guide ialah SAUDI ARABIA. Kami panggil 'Dwan' coz mukanya seiiras Dwan HAI. Sebelum check in hotel 'Dwan' bawa kami ke NORA PLAZA. Tapi tak best la tempat tu, mahal!so semua tak shopping, window shopping jer!

Check-in SAKURA HOTEL, Hatyai pukul 3.30 petang. Dibagi masa 2 jam untuk berehat dan mandi. Pukul 5.30 petang semua mesti berada di Lobby SAKURA HOTEL untuk 'tugasan' selanjutnya dan mesti berkumpul kembali pukul 8.30 malam di lobi hotel untuk 'tugasan' makan! Untuk menyenangkan 'tugasan' dibahagikan beberapa kumpulan yang mana ketuanya ialah Abang Joe, Muzafar, Khairul, Che Li. So lepas itu berseleraklah memilih ketua masing-masing..tempat pertama dituju ialah Jalan Lea Garden, berdekatan dengan hotel penginapan kami dan disitu banyak stall pakaian, accesories dan makanan. Lastnya group aku tak ada ketua dan lain-lain group dah berterabur..ye la masing-masing terlalu excited tenguk barangan yang dijual. Tempat pertama yang Aku, Asmah dan Rizal Buj, tuju ialah kedai Thai Silk. Mak ayam Harmoni borong bukan main lagi, aku beli la gak sepasang, ambik 'syarat' datang Hatyai. Rizal dah awal-awal teka, pink pilihan aku! oh semestinya Rizal!!

Malam tu acara bebas - aku & gang (Mok, Cecep, As,Intan & suami,Shana, Lin dan diketuai Halim PG ajak makan di Restoran KAI TOD DECHA & SEAFOOD, Jalan Cheeaufid (Rimkongtyuany).aku nak sebut pun tak reti...taukeh dia nama Meena Laehtee. Yang lain-lain ada p pasar malam, ada p foot/body massage, Tiger Show!? tak baik tauu!. Halim dalam bab pilih restoran makanan memang tepat!..nasi goreng seafood, nasi goreng Thai, Pulut + Ayam dan Lemon Juice, boleh dikatakan 'yang tersedap didunia'..aku makan nasi goreng seafood dan carrot juice baru 40bath, kira murah la! (RM4).

27 Oktober 2008 (Ahad) - Breakfast - dok 'melilau manja' mencari pot untuk breakfast, jumpa la satu kedai muslim (berdekatan dengan Sakura Hotel). Majoriti bersetuju mengatakan disinilah roti canai dan teh tarik 'yang tersedap didunia'..hehehe. betul ni! memang sedap giler, roti je yang sedap tapi kari/kuahnya out! tak pe lah kami cicah manje dengan gula.

Lepas tu lokasi seterusnya, kami serbu pasar naik 'tut-tut' (pergi 20bath/sorang tapi balik kami dapat murah sikit 10bath/orang) tut-tut ni mesti kena isi 10 orang! size-size badan kami memang 'sepadan' dengan 'tut-tut' kira muat-muat le..heheh..jadi bila 'corner baring'..bayanglah sendiri yer!..tenguk la sendiri gambar kami naik tut-tut tu!

Shopping time! - aku rasa juara shopping jatuh pada Norma & kakaknya. Aku beli la gak purse dan t.shirt untuk suami dan anak-anak kesayanganku..ye la, ambik hati..bukan senang tinggalkan mereka 3/4 hari!. Juara 'borong' kacang/gajus milik Ixora, Wahida dan Alin!. Nak citer, kat sinilah (kedai kacang) terjadilah 'TRAGEDI OKTOBER'..nanti baca kat bawah yer..hehhehe
Malam - sekali lagi Halim PG bawa aku & gang p makan kat restoran SAMI KITCHEN, bukan sami buddha punya la dan jugak bukan sami vellu punya! ko orang gittuuu lah.. nama jer SAMI tapi kepunyaan muslim dan setentunya HALAL. Dim Sum! 'yang tersedap didunia' kalahlah dim sum kat MidValley tu. Memang sedap cuma aku tak berkenan bila Halim order itik goreng basah! lupa aku nak tanya nama masakan tu. Tapi aku tak leh gi untuk telan! mujur tak muntah! tapi aku tak le tunjuk muka yang aku tak suka masakan tu, ye la kena la jaga hati gang-gang lain! rupanya Mok dan As sama denganku. tak suka!! Yang bestnya aku bertuah jika aku dapat makan bersama dengan Mok coz dia memang tak makan udang dan aku hantu udang, apa lagi aku tukang perabihh la!!

Kul 10.30 malam - dah makan kat SAMI KITCHEN tu, Halim PG nak ajak kami p makan yang istimewa katanya, yang ni memang 'tersedap didunia'..wah! Halim dah pandai guna ayat aku!! tapi kami nak gi Pasar Malam dulu. "Janji kul 12.30 pagi tunggu kat lobi" pinta Halim. Aku pulak kalau bab makan-makan ni, tak kan ku tolak, kata orang 'musuh jangan cari, rezeki jangan tolak'..hehehe..
Pasar Malam bagi aku tak la menarik sangat, coz banyak baju/tshirt, kasut yang sama jer, tak ade yang menarik. Tapi ku beli la gak tshirt converse untuk puteri-puteri kesayanganku, 100 bath sehelai (rm10).

Seperti yang dijanjikan dengan Halim PG, kami (Mok, Cecep, As, Senah dan aku) turut sekali, Awie (asst. Halim) sebelah kiri keluar dari Hotel Sakura. Jalan kaki jer, tapi aku dah tak larat nak jalan, penat giler, mereka 'paksa' gak jalan kaki - jimat kos dan excise! kata mak ayam Harmoni. Ok la.ikut jer la..Betul cakap Halim - limau juice dan roti bakar, sedap giler! 2 biji limau untuk dapatkan 1 gelas juice campur sedikit garam makan bersama roti bakar! wosshh! memang best. Pesanku, lain kali kalau sape-sape p Hatyai pergi la cari warung tu (berdekatan dengan Prince Hotel). Aku dan Senah tambah lagi tapi yang ni aku tak nak campur garam! wosshh! lagi best giler!! akan ku ingat 2 perkara - 1 - makan dim sum kat SAMI KITCHEN dan yang ini, Limau Juice & Roti bakar. Ala..limau kampung tu..bukan sunkist, bukan limau kasturi, aku pun tak tau nama ape limau ni - Uncle tu perah guna alat dan tekan jer (ada gambar kat bawah). Kira macam tradisional la) - Halim belanja lagi! tadi kat SAMI KITCHEN dia dah belanja aku dan As. Terima kasih Lim. Terima kasih daun keladi..

Aku dan As minta Halim carikan tukang massage hantar ke bilik hotel. Pukul 2.00 pagi kami dimassage oleh 'Sarah dan Pem'..perempuan la..300bath (rm30) untuk 2 jam. Memang best giler, tapi tu la satu, mereka ni memang tak reti langsung BI dan BM. Aku tanya yang simple ' how old are u' atau your age?!!..haramm! 'are u marriage? harramm..hingga aku tunjukkan 2 jari telunjuk rapat2..barulah mereka senyum dan angguk2..dah kawin rupanya! aduhh!!seksa betul!..aku nak bagitahu la bila dia urut kat kaki dan kat mana-mana badan aku ni rasa sedap/best! tapi harraaamm tak faham!! tu la tekanan tuh!! ye la bila bagitau sedap, haraplah dia lama sikit urut..akhirnya aku dan as ketawa terbahak-bahak sampai bergoyang2 katil..si tukang urut tu senyum je la!!..tak pe lah 'mek' yang penting memang kamu berdua hebat mengurut!!

28 Oktober 2008 (Isnin) - 'Happy Deepavali' -Check out awal! kul 8 mesti ada kat lobi. Ini kerana majoriti telah bersetuju untuk ke SONGKLA. Aku & gang dah janji - breakfast mesti roti canai dan teh tarik tersedap didunia!. Kali ni aku dan Mok oder 2 biji sorang. Riuh sekampung jadinya..ku dengar suara pakchik belakang dok mengata kami 'macam ayam belanda terlepas.." elehh pakchik tu! jeles la tuh! ni mesti pakcik tu bergaduh dengan bini malam tadi! ke tak 'dapat' malam tadi pak chik..!
Dari Hatyai ke Songkla lebihkurang 45 minit tapi nak balik ke Malaysia, mesti patah balik masuk Hatyai. Majoriti pekerjaan penduduk Songkla adalah petani dan nelayan. Penduduk 800,000 orang. Songkla ada dua buah pulau yang nampak jelas daripada pantai ialah Pulau Kucing dan Pulau Tikus. Yang menariknya kat Songkla ada 'tugu atau replika' Ikan Duyung - Mermaid. Menurut Saudi, lagenda menceritakan ada seorang pemuda yang frust bercinta dan selalu termenung di persisiran pantai Songkla. Setiap petang dia termenung di situ, satu hari tiba-tiba muncullah ikan duyung..dari dada ke kepala menyerupai manusia tetapi separuh badan lagi menyerupai ikan. Sangat cantik..sehinggalah pemuda tadi jatuh cinta dengan ikan duyung dan bermadu kasih la mereka..Dan pemuda tadi hilang mengikuti ikan duyung tadi..itulah ceritanya. Oleh kerana cerita ikan duyung tadi sudah menjadi satu lagenda pada Songkla maka Kerajaan Thailand mengarahkan membina satu replika ikan duyung di Pantai Songkla. Menurut Saudi jika kita niat sesuatu contohlah: niat nak mempunyai hidung mancung, gosoklah hidung replika ikan duyung tu, jika nak bibir yang cantik, belailah bibir ikan duyung tu. Tapi aku dok perhatikan ramai yang p gosok 'payudara' ikan duyung..kah kah kah rupanya ramai yang nak benda alah tu besor ye..ye la yang ada nasi lemak 50sen, agaknya teringin la nak nasi lemak 2 hinggit!! hehehe...tak adalah..gurau jer..karut semua tu. Hanya pada ALLAH SWT tempat kita berdoa!


hanya kat Hadyai ada macam ni.


Tempat pertama kami singgah sebelum check-in NORA PLAZA


After : Senyum manis selepas selesai

Before : Sian cik senah kita, besi braces terkeluar! ramai yang tolong.  Mujur ada Dr Halim-yang bestnya ada yang sibuk rakam..

Tepi pantai SONGKLA

SONGKLA

with Mok



Lee, tumpang sekaki.


Lobi SAKURA HOTEL HADYAI


Kenangan di SONGKLA



B my love..hehe



Pantai SONGKLA
















sakura Hotel, tempat penginapan kami



aku suka sangat deco towel..cutekan









'
Hatyai



























































Tapi aku frust la tak sempat bergambar di replika Kucing dan Tikus. cantik sangat!! tak perasaan..sampai hati Mok dan Cecep tak ajak aku..sampai hati! Ku perasan bila tenguk gambar kat ofis..



amboi ixora, kalau bab bergambar, dalam keadaan waima macamana pun, tetap mentain! yer la masih dalam honeymoon - orang baru kawin katakan..duduk dalam tut-tut pun macam dok atas pelamin!




Lobby SAKURA HOTEL, Hatyai - tuuu..baby sihat! duta susu keluaran nestle!..hehhe jangan maree..




Lobby SAKURA HOTEL, Hatyai



'Senah' dan Intan posing maut!!



ni..group bas 1 - bergambar kenangan dengan 'abang idola' mereka..wah! pas ni mesti glamer abang yang jual telor dan mangga (sempadan - Imigresen Malaysia)




Tu ha--pasangan 'sprinter - sehati sejiwa berdansa! Intan dan Halim. Shikin dan Rizak Buj asyik masyuk nak pilih yang mana satu nih!! - Murah je, mangga yang siap dihiris RM1 jer satu.



Group 1 - mereka ni benarnya alami 'kes pelik 1 dalam seribu' ye la..group pasport mereka ditahan kat imigresen Padang Basa, Thailand kerana kat pasport mereka tidak 'dicop' semasa kat pintu masuk Padang Besar, Perlis..bayangkanlah macamana boleh terlepas cop! Bila 'soal siasat' dan buat 'postmortem' rupa-rupanya ketua group bas 1 'berlalu manje dan berlenggang' dipintu masuk dan pulak tanpa disedari oleh pegawai imigresen. Ilmu ape la yang Lee pakai hinggakan pegawai imigresen tak nampak. Lepas tu apa lagi la..semua group bas 1 (yang guna grouping passport) dah jadi PATI, buat barisan mengikut nama kat pasport terus menuju ke pejabat imigresen untuk buat kawat cam!! kahkah. Dapat citer lagi!! nak tau..bukan senang nak lepas kes nih! Lee dan Halim Purnama Gemilang terpaksa naik motor buruk p patah balik ke Padang Besar Perlis untuk dapatkan cop!! kah!kah!kah!..tapi wa tabik la dengan lee dan halim ni dapat selesaikan kes ni dalam masa sejam!! Aku ingatkan nak bawa kes ni ke FBI!



Ni dia jejaka-jejaka yang tersenarai dalam bursa saham Bas 1..pilih!pilih!pilih!..hehehe jangan maree..

1 comment:

Kes said...

You have major problems with your first page.
Needs to be reduced in size.