"Hidup ini tak selalunya indah...Tetapi yang indah itu selalu dalam kenangan...."
Aku ingin imbas kembali bersama gambar-gambar yang ada dalam simpananku. Idea ini datang selepas majlis reunion yang diadakan pada raya puasa (hari raya ke-3)@ 3 Oktober 2008 lalu, bertempat di Pusat Komuniti, Gong Sekolah, Jalan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
1979 - 1983 adalah kenangan yang terindah dalam hidupku.. SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (dulu SMK Maras). Pastinya tentu kawan-kawanku yang terbaca blog ini akan senyum penuh makna bila menatap gambar-gambar di bawah ini. Ia sudah menjangkau 25 tahun dan selayaknya digelar Jubli Perak!
Aku masih ingat, aku menangis di dalam kelas (tingkatan 1 - 1979) kerana aku tidak terpilih untuk memasuki kelas Sains Rumahtangga (SRT) dan aku dipilih untuk memasuki kelas Sains Pertanian. Masa rehat aku tidak keluar dari kelas walaupun masa tu semua kawan-kawan aku pergi ke kantin. Aku menangis terisak-isak hingga di dengar oleh semua pelajar yang lalu lalang di luar kelas aku. Aku dengar suara-suara yang tertanya-tanya kenapa aku menangis. Bila aku ingat peristiwa itu, aku senyum sendirian..nyesal atau malu aku tidak pasti. Akhirnya cikgu kelasku akur dengan kehendak aku dan akhirnya aku ditempatkan di kelas SRT. Gembira sakan...
Tetapi gembira aku tidak berpanjangan kerana rupanya SRT bukanlah pilihan yang tepat dengan kemampuan ku kerana 'Cikgu Lim' selalu bagi tugasan seperti memasak dan menjahit. Tentu sekali memerlukan wang untuk membeli peralatan. Aku masih ingat, kawan-kawanku yang lain sudah siap tugasan untuk membuat baju tidur tapi aku masih tidak mempunyai kain..aku amat sedih kerana ketidakmampuan keluarga aku untuk membeli kain dan beberapa peralatan lain.
Lepas SRP, form 4 aku dapat aliran Sastera hinggalah SPM (1983). Aku memang aktif di sekolah tetapi akademik kureng sikit la..heheh. Persatuan Bulan Sabit Merah, aku Section Leader. Wakili sekolah dalam sukan Volleyball dan Netball. Lontar Cakra dan Peluru aku wakil rumah Merah.
Nak senang jalan cerita,bawah ni aku senaraikan nama-nama kawan kita yang aku ingat la (termasuk nama yang diberi oleh Kartini (Tini) dan info yang aku perolehi semasa nak 'setup' reunion tersebut.
- Kartini Yusoff -Mengabang Telipot (sekarang: kerja kat Kelang, Selangor)
- Raja Norshida Raja Abu Bakar - Mengabang Telipot (now: menetap di Pekan Pahang, suami dia abang pada Noratul Asikin Manan)
- Noratul Asikin Manan - Batu Rakit (kini menetap di Pekan Pahang - berdekatan la dengan rumah kakak ipar dia tu)
- Karimah Abu Bakar Sidek (depan LPP Maras) - now dia mengajar dan menetap di Kampung Raja, Besut Terengganu - mempunyai 3 orang anak)
- Aziz Ariffin (Gemuk) - Padang Kemunting (now : Businessman dan menetap di Kemaman)
- Nazri Ali -Batu Rakit (now: Businessman dan menetap di Kemaman jua)
- Ariffin Abdullah - Kampung Raja (now: Polis Dang Wangi - last year(2007) aku p beraya ke rumah Raja Norshida dengan dia)
- Mohd Yazid - Mengabang Telipot (now: dok di Taman Tun Husseion On, Cheras: bertugas di Bukit Aman - anak dah 3 orang. last sekali Yazid cal aku bagitahu yang dia tak dapat join reunion hari tu kerana wife dia "tunggu masa"..nak bersalin. Nak bersalin kat KL.
- Nor Anisah Ngah - (Bukit Guntung: kini duduk di Mengabang Lekor. Surirumah sepenuh masa. dah ada cucu!)
- No Aniziah Ngah - Wakaf Tengah (rumah dia bertentangan dengan MRSM cuma ke dalam sikit. Cikgu.
- Wan Hanizah Wan Halim - Wakaf Cagak, Batu Rakit. Terperanjat ku tenguk dia masa datang reunion hari tu. Coz yang ku ingat wan hanizah masa sekolah dulu, gemuk & montel. Tapi sekarang wah! bukan main lagi, slim!. Ibu tunggal kematian suami. Moga Wan Hanizah tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal yang cekal membesar anak-anak.
- Faridah Said - Bukit Cempaka (ala rumah dia yang dekat dengan jalan besar tu)
- Hasnah Awang - Bukit Guntung - dia ni tak berubah sangat penampilan dia. wajah dan saiz badan dia pun sama macam 25 tahun lalu. (kini mempunyai butik di bandar Kuala Terengganu)
- Nanti aku update jika ada info baru (dari masa kesemasa).







Dari kiri : Cikgu Hamidah (dengar cerita dah jadi Pengetua di STEMZA, Rohaya Zainal (menetap di Felda Kerteh 5, Paka, Dungun, Nor Baizura (last kali aku jumpa dia lebihkurang 4/5 tahun lalul. Dia bertugas di Klinik Ehsan, Wakaf Tengah - now tak tau kat maner), tengah tu aku la..sepit rambut tak le pisah dari aku..hehehe, Wan Hanizah Wan Halim (guru), hah! tu la Cikgu kesayangan kami, Cikgu Zulkifli..aku lupa bin ape tapi aku dapat tahu dia berkawin dengan anak muridnya (junior kami) dan lama gak mengajar di STEMZA. Masa aku dan Tini mencari kawan-kawan untuk reunion hari tu, kami dapat tahu Cikgu Zul sakit dan kembali menetap di kampungnya di Negeri Sembilan. Kalau cikgu terbaca blog ni jangan lupa hubungi saya ye..
Duduk dari kiri : Zaida Hashim, Suraya (mereka junior kami) Zaida menetap di Gombak Setia Kuala Lumpur, Faridah Said (masih menetap di Bukit Cempaka dan Raja Norshida menetap di Pekan Pahang.

Dari Kiri : Zainuddin Tahir (gelaran 'Pok') kerja di Bank Muamalat, Kuala Terengganu, Nasir Mohd Noor (kontraktor 'hebat' di Terengganu - millionair!!, tak leh tumpang sekaki ke!!hehehe, Cikgu Zulkifli, sebelah dua orang tu aku tak ingat nama, Mat Rudin
Duduk dari kiri : Nazri Ali (Ketua Pengawas) juga kontraktor berjaya di Kemaman, pakai spet tu pun aku lupa nama dan 'Rishi Kapoor' STEMZA juga businessman yang hebat di Kemaman dan dialah satu-satunya kawan yang selalu bertanya kabar..touching!..






maaf cikgu yer, lupa la nama tapi masih ingat, kerana masa LARIAN MERENTAS DESA, aku bonceng motor cikgu (baju kuning) kerana kepenatan yang amat sangat...



ketiga dari kiri: Rohaya Zainal, berdiri Rohani Ibrahim, now mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Maras dan duduk Mariam Jusoh (Padang Kemunting)






Zaharah Muda, Rohani, Che Wan Fatimah..yang lain lupa a nama..sori la..


Yang ku tahu dalam gambar ni ada Siti Rokiah Ismail, Kartini Yusof, Fauziah Tawang, Zurina Embong, Zarina Hayati Zakaria, Rokiah Mohd Noor, Nor Baizura. lelaki depan tu Hadi Awang (repeat). Cari le sendiri yang mana nama-nama yang ku sebut tu.



















Gadis pingitan bergambar sakan...
aku masih ingat tika tu kalau dapat pakai selipar BATA kira hebat gok la..selipar BATA ni ada 2 color (merah seakan-akan pink & putih susu)

Batu Caves..itulah pertama kali dalam hidupku mendaki dan menuruni tangga Batu Caves. Walaupun aku dah 16 tahun menetap di Petaling Jaya, namun aku tidak pernah memasuki Batu Caves..lalu depan Batu Caves tu ada la..begitu juga Tugu Negara. Itu lah pertama dan terakhir..anak-anak aku ada jugak ajak p sana..tapi masa tak mengizinkan.)
Kekawang! jika ada yang terbaca blog ni dan jika ada gambar2 masa persekolahan. emel yer.
7 comments:
waaaaa...cikgu..
cikgu munoh dop kenal ker?
mak kite tu
cikgu munoh mane plak..thx
Cikgu Hamidah dah jadi Pengetua Kanan di STEMZA, banyak perubahan, marilah jumpa dia. STEMZA dah jauh berubah la ni. Kami baru je Mesyuarat PIBG kali-30 tadi. Karimah Abu Bakar Sidek pernah jadi cikgu di STEMZA 2-3 tahun lepas. Dengar khabar, baru dapat baby baru.
Ye ke.memang rindu dan teruja nak tinjau stemza. ye la byk kenangan kat situ. A'a tau jugak pasal Karimah. Dia, Raja Norshida dan Kartini yang selalu calling2 bertanya kaba. Dapat tau gak yang Karimah dapat baby.Thx-singgah my blog.Sape ni..masuk jerr la kat shoutbox tu.
salam kak saya knal wan rosmawati kawan akk tu.... nanti saya send nombr ny kt akk...saya cikgu anak wan rosmawati thaqif-dina-
tq dina, sudi singgah my blog.but lama dah tak update coz my blog dah tak boleh add image, so tak best la..Dina anak wan rosmawati ke..tak tau sangat perkembangan ur mum coz masa kita buat reunion last 2 yrs, ur mum tak datang. kirim salam kat mak ye.
tq dina, sudi singgah my blog.but lama dah tak update coz my blog dah tak boleh add image, so tak best la..Dina anak wan rosmawati ke..tak tau sangat perkembangan ur mum coz masa kita buat reunion last 2 yrs, ur mum tak datang. kirim salam kat mak ye.
Post a Comment