Wednesday 22 October 2008

KENANGAN TERINDAH 1983-SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN KUALA TERENGGANU(SMK MARAS)

"Hidup ini tak selalunya indah...Tetapi yang indah itu selalu dalam kenangan...."
Aku ingin imbas kembali bersama gambar-gambar yang ada dalam simpananku. Idea ini datang selepas majlis reunion yang diadakan pada raya puasa (hari raya ke-3)@ 3 Oktober 2008 lalu, bertempat di Pusat Komuniti, Gong Sekolah, Jalan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
1979 - 1983 adalah kenangan yang terindah dalam hidupku.. SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (dulu SMK Maras). Pastinya tentu kawan-kawanku yang terbaca blog ini akan senyum penuh makna bila menatap gambar-gambar di bawah ini. Ia sudah menjangkau 25 tahun dan selayaknya digelar Jubli Perak!
Aku masih ingat, aku menangis di dalam kelas (tingkatan 1 - 1979) kerana aku tidak terpilih untuk memasuki kelas Sains Rumahtangga (SRT) dan aku dipilih untuk memasuki kelas Sains Pertanian. Masa rehat aku tidak keluar dari kelas walaupun masa tu semua kawan-kawan aku pergi ke kantin. Aku menangis terisak-isak hingga di dengar oleh semua pelajar yang lalu lalang di luar kelas aku. Aku dengar suara-suara yang tertanya-tanya kenapa aku menangis. Bila aku ingat peristiwa itu, aku senyum sendirian..nyesal atau malu aku tidak pasti. Akhirnya cikgu kelasku akur dengan kehendak aku dan akhirnya aku ditempatkan di kelas SRT. Gembira sakan...
Tetapi gembira aku tidak berpanjangan kerana rupanya SRT bukanlah pilihan yang tepat dengan kemampuan ku kerana 'Cikgu Lim' selalu bagi tugasan seperti memasak dan menjahit. Tentu sekali memerlukan wang untuk membeli peralatan. Aku masih ingat, kawan-kawanku yang lain sudah siap tugasan untuk membuat baju tidur tapi aku masih tidak mempunyai kain..aku amat sedih kerana ketidakmampuan keluarga aku untuk membeli kain dan beberapa peralatan lain.
Lepas SRP, form 4 aku dapat aliran Sastera hinggalah SPM (1983). Aku memang aktif di sekolah tetapi akademik kureng sikit la..heheh. Persatuan Bulan Sabit Merah, aku Section Leader. Wakili sekolah dalam sukan Volleyball dan Netball. Lontar Cakra dan Peluru aku wakil rumah Merah.
Nak senang jalan cerita,bawah ni aku senaraikan nama-nama kawan kita yang aku ingat la (termasuk nama yang diberi oleh Kartini (Tini) dan info yang aku perolehi semasa nak 'setup' reunion tersebut.
  1. Kartini Yusoff -Mengabang Telipot (sekarang: kerja kat Kelang, Selangor)
  2. Raja Norshida Raja Abu Bakar - Mengabang Telipot (now: menetap di Pekan Pahang, suami dia abang pada Noratul Asikin Manan)
  3. Noratul Asikin Manan - Batu Rakit (kini menetap di Pekan Pahang - berdekatan la dengan rumah kakak ipar dia tu)
  4. Karimah Abu Bakar Sidek (depan LPP Maras) - now dia mengajar dan menetap di Kampung Raja, Besut Terengganu - mempunyai 3 orang anak)
  5. Aziz Ariffin (Gemuk) - Padang Kemunting (now : Businessman dan menetap di Kemaman)
  6. Nazri Ali -Batu Rakit (now: Businessman dan menetap di Kemaman jua)
  7. Ariffin Abdullah - Kampung Raja (now: Polis Dang Wangi - last year(2007) aku p beraya ke rumah Raja Norshida dengan dia)
  8. Mohd Yazid - Mengabang Telipot (now: dok di Taman Tun Husseion On, Cheras: bertugas di Bukit Aman - anak dah 3 orang. last sekali Yazid cal aku bagitahu yang dia tak dapat join reunion hari tu kerana wife dia "tunggu masa"..nak bersalin. Nak bersalin kat KL.
  9. Nor Anisah Ngah - (Bukit Guntung: kini duduk di Mengabang Lekor. Surirumah sepenuh masa. dah ada cucu!)
  10. No Aniziah Ngah - Wakaf Tengah (rumah dia bertentangan dengan MRSM cuma ke dalam sikit. Cikgu.
  11. Wan Hanizah Wan Halim - Wakaf Cagak, Batu Rakit. Terperanjat ku tenguk dia masa datang reunion hari tu. Coz yang ku ingat wan hanizah masa sekolah dulu, gemuk & montel. Tapi sekarang wah! bukan main lagi, slim!. Ibu tunggal kematian suami. Moga Wan Hanizah tabah menjalani hidup sebagai ibu tunggal yang cekal membesar anak-anak.
  12. Faridah Said - Bukit Cempaka (ala rumah dia yang dekat dengan jalan besar tu)
  13. Hasnah Awang - Bukit Guntung - dia ni tak berubah sangat penampilan dia. wajah dan saiz badan dia pun sama macam 25 tahun lalu. (kini mempunyai butik di bandar Kuala Terengganu)
  14. Nanti aku update jika ada info baru (dari masa kesemasa).
with Karimah Abu Bakar Sidek. Kini dia dah jadi cikgu dan mengajar di Sekolah Menengah di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Kami masih berhubungan melalui telefon dan emel.
wah, kiranya senyum paling manis le tika tu..
Siti Rokiah Ismail, selepas perpisahan 1983 tak pernah berjumpa sehingga saat, tapi aku masih mengingati dia kerana kami agak rapat semasa di STEMZA. Ku tahu dia menetap di Kampung Padang Kemunting, Kuala Terengganu
Inilah satu-satunya sahabat yang ku sayang selain Karimah tadi, Raja Norshida Raja Abu Bakar. Dia amat memahami diriku. Segala masalah banyak ku curahkan kepadanya. Aku amat menyayangi termasuklah ibunya..banyak kenangan aku bersamanya selepas alam persekolahan. Pekan, Pahang tempat dia menetap bersama suami dan anak-anak dengan penuh bahagia..

Wan Rosmawati - Wakaf Cagak, Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu. Tak dengar kaba berita sehingga sekarang..
Wah! Nor Anisah Ngah, kalau bergambar kalah artis Uji Rashid (tika itu la)..terror main netball, wakil sekolah. Position defend le..aku mesti senyum sorang jika aku tatap gambar ni..ye le..mana ada orang bergambar pegang gitar, kaset kat kaki..kahkahkah..now Nor dah dapat cucu!! reunion raya ketiga lalu @ 3 Oktober 2008 kami bertemu..

Dalam bab sukan, aku kira aktif lah. Wakil sekolah dalam volleyball. Aku masih ingat kami dapat kalahkan Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu.
Dari kiri : Cikgu Hamidah (dengar cerita dah jadi Pengetua di STEMZA, Rohaya Zainal (menetap di Felda Kerteh 5, Paka, Dungun, Nor Baizura (last kali aku jumpa dia lebihkurang 4/5 tahun lalul. Dia bertugas di Klinik Ehsan, Wakaf Tengah - now tak tau kat maner), tengah tu aku la..sepit rambut tak le pisah dari aku..hehehe, Wan Hanizah Wan Halim (guru), hah! tu la Cikgu kesayangan kami, Cikgu Zulkifli..aku lupa bin ape tapi aku dapat tahu dia berkawin dengan anak muridnya (junior kami) dan lama gak mengajar di STEMZA. Masa aku dan Tini mencari kawan-kawan untuk reunion hari tu, kami dapat tahu Cikgu Zul sakit dan kembali menetap di kampungnya di Negeri Sembilan. Kalau cikgu terbaca blog ni jangan lupa hubungi saya ye..
Duduk dari kiri : Zaida Hashim, Suraya (mereka junior kami) Zaida menetap di Gombak Setia Kuala Lumpur, Faridah Said (masih menetap di Bukit Cempaka dan Raja Norshida menetap di Pekan Pahang.
Ni pulak, hero-hero kami team volleyball STEMZA
Dari Kiri : Zainuddin Tahir (gelaran 'Pok') kerja di Bank Muamalat, Kuala Terengganu, Nasir Mohd Noor (kontraktor 'hebat' di Terengganu - millionair!!, tak leh tumpang sekaki ke!!hehehe, Cikgu Zulkifli, sebelah dua orang tu aku tak ingat nama, Mat Rudin
Duduk dari kiri : Nazri Ali (Ketua Pengawas) juga kontraktor berjaya di Kemaman, pakai spet tu pun aku lupa nama dan 'Rishi Kapoor' STEMZA juga businessman yang hebat di Kemaman dan dialah satu-satunya kawan yang selalu bertanya kabar..touching!..
Barisan guru lelaki yang berjasa mendidik anak-anak kawasan Maras, Padang Kemunting, Tepoh, Bukit Guntong dan Batu Rakit..hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa baik cikgu.

Cikgu-cikgu kami semasa Hari Guru. Masa tu cikgu Tan le paling handsome..hehe..jangan maree cikgu-cikgu lain yer..


aku tak ingat..maaflah cikgu i lupa la nama u..tapi ku rasa la ni lah cikgu yang mengajar subjek Sains Panduan.. (kalau tak silap la)


Cikgu Tan dan Cikgu James..rasanya tak silap la, cikgu Tan berasal dari Penang dan Cikgu James dari UK.. last masa perpisahan cikgu James datang ke STEMZA bersama familynya dan aku dukung anak dia..cute giler..

gambar guru-guru STEMZA, tapi tak semua guru di atas mengajar kami masa form 5 (1983).



maaf cikgu yer, lupa la nama tapi masih ingat, kerana masa LARIAN MERENTAS DESA, aku bonceng motor cikgu (baju kuning) kerana kepenatan yang amat sangat...

Gambar ni, dah lepas alam persekolahan dah. tapi aku tak ingat tahun bila. Karimah dan Hazami Mohd (kini menetap di Kota Bharu..ye la dah sangkut orang sana..nak wat guane). Yang kecik menyelit tu anak buah aku Nor Hashima, sekarang umurnya 27 tahun.

Berehat masa cuti sekolah di tepi pantai Mengabang Telipot. Siti Rokiah Ismail, Hazami Mohd, belakang tu Faridah Said dan Rubiah (aku rasa tak silap la, Rubiah kawin dengan pemain bola sepak Terengganu, Mubin Mokhtar..kalu silap, maaf yer). Yang menyandar tu aku lupa namanyer..saaapee ek...

Karimah bertandang ke rumahku. Kiri tu, dua-dua adik ku Maznah (now 29 tahun), Mazlida (27 tahun) dan my cousin Rosliza Isa (Felda Kerteh Dua)

berposing di kaki bukit belakang sekolahku STEMZA
ketiga dari kiri: Rohaya Zainal, berdiri Rohani Ibrahim, now mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Maras dan duduk Mariam Jusoh (Padang Kemunting)

bersama 'mek oren'..lost contact!

Senior aku dan juga sekampung dengan aku (Kampung Maras), 'Mek Ndong dan Tom


Zaida Hashim (Junior) and the gang

seperti ku cakap di atas tadi, Raja Norshida dari dulu hingga sekarang..sahabatku dunia akhirat


Norhayati

saat-saat akhir alam persekolah (lepas exam)
Zaharah Muda, Rohani, Che Wan Fatimah..yang lain lupa a nama..sori la..


Gayah, Saudah Abu Bakar, Roziah, Rozita

Majlis perpisahan..gambar ni la yang keluar dalam KOSMO pada 21 Oktober 2008 (ruangan AKADEMI) (reunion STEMZA (1983) aku dari kiri.ke 6
Yang ku tahu dalam gambar ni ada Siti Rokiah Ismail, Kartini Yusof, Fauziah Tawang, Zurina Embong, Zarina Hayati Zakaria, Rokiah Mohd Noor, Nor Baizura. lelaki depan tu Hadi Awang (repeat). Cari le sendiri yang mana nama-nama yang ku sebut tu.

aku, Norhayati, Rubiah (Kg Maras) dan Karimah

tang gambar ni, sori la, banyak lupa nama tapi aku masih ingat rupaparas dan beberapa kenangan sepanjang di STEMZA. Aku betul2 belakang cikgu. Bila kawan-kawan yang dah tenguk gambar ni, ramai kata wajah aku tak banyak berubah dan senang di cam!


Barisan Persatuan Bulan Sabit Merah, aku yan kedua dari kiri sebelah pegawai PBSM. Masa ni kami baru habis exam PBSM yang diadakan di STEMZA. Masa tu aku dah dapat pangkat 'Section Leader'.


Bertugas semasa LARIAN MERENTAS DESA. Jauh gak..start dari STEMZA, lalu kot Bukit Cempaka, Padang Kemunting keluar kot Alor Gajah..memang jauh giler..lari merentas sawah padi...



Masa ni aku bertugas di Stadium Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Aku dan beberapa kawan dari STEMZA terpilih untuk bertugas pada Pesta Olahraga antara Sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu. Yang tersengih tu Razali Mohd..abang nyer dah jadi abang ipar aku..heheh


Merentas Desa. Perasan tak jejaka yang berpeluk tubuh tuh! tshirt biru tu. Aku dok cari juga dia masa reunion hari tu tapi semua gang kata tak tau..nama dia Hashim. masa tu dia termasuk dalam senarai yang paling handsome la kat STEMZA..



Cikgu Zulkifli dan Cikgu Baska adalah penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah STEMZA. Rambut trojan masa tu satu trend la..Mokhtar Omar bawa masuk stail tu ke STEMZA..heheh tapi dapat berita (masa reunion hari tu) sahabat kita Mokhtar Omar telah kembali ke rahmatullah..semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang soleh. amin..



Barisan puteri-puteri STEMZA yang menerajui Persatuan Bulan Sabit Merah

Rombongan ke Pulau Redang (selepas exam SRP-1981) enjoy giler! ye la lepas exam katakan..masa tu aku close dengan Siti Rokiah dengan Zuzmani Mohd
Aku, Siti Rokiah, jejak pakai 'spek' tu abang siti (ye la, mesti la ikut adiknya, pantau la..nanti kan..) yang dok ngadap batu tu..tu la Zusmani Mohd (Kampung Balai Maras) dan sorang lagi jejaka tu..mmm...(Rohaya Zainal tau sape jejak nih..tanya dia...heheh)

bestnyer saat-saat nih...!masih segar dalam ingatan..


tu la Zusmani Mohd..(now dia keje kat MRSM Wakaf Tengah). Walaupun berdekatan dengan rumah aku kat kampung tapi kami tak pernah berjumpa. Menjak 1983 hinggalah sekarang. Time aku balik raya Terengganu, dia pulak beraya rumah husbandnya di Cherating, Pahang..
Ni pun rombongan selepas exam SRP (1983). Pertama kali ku jejak kaki di Kuala Lumpur. Tika itu DAYABUMI adalah bangunan yang paling 'gah' dan masa rombongan kami sampai ia belum siap 100%.

gambar kenang di depan Tugu Negara (masa tu bila dapat melihat tugu kebanggaan rakyat Malaysia, hanya Tuhan saja yang tau..ye la..macam mimpi bila dapat datang ke KL, seronok giler!!


Gadis pingitan bergambar sakan...
aku masih ingat tika tu kalau dapat pakai selipar BATA kira hebat gok la..selipar BATA ni ada 2 color (merah seakan-akan pink & putih susu)


Batu Caves..itulah pertama kali dalam hidupku mendaki dan menuruni tangga Batu Caves. Walaupun aku dah 16 tahun menetap di Petaling Jaya, namun aku tidak pernah memasuki Batu Caves..lalu depan Batu Caves tu ada la..begitu juga Tugu Negara. Itu lah pertama dan terakhir..anak-anak aku ada jugak ajak p sana..tapi masa tak mengizinkan.)
Maaf le cikgu, saya lupa nama cikgu tapi cikgu Zul sentiasa ku ingat..heheh
Kekawang! jika ada yang terbaca blog ni dan jika ada gambar2 masa persekolahan. emel yer.

7 comments:

JustAgurlzNotAprincess said...

waaaaa...cikgu..
cikgu munoh dop kenal ker?
mak kite tu

Anonymous said...

cikgu munoh mane plak..thx

Anonymous said...

Cikgu Hamidah dah jadi Pengetua Kanan di STEMZA, banyak perubahan, marilah jumpa dia. STEMZA dah jauh berubah la ni. Kami baru je Mesyuarat PIBG kali-30 tadi. Karimah Abu Bakar Sidek pernah jadi cikgu di STEMZA 2-3 tahun lepas. Dengar khabar, baru dapat baby baru.

Rosmawati Idris said...

Ye ke.memang rindu dan teruja nak tinjau stemza. ye la byk kenangan kat situ. A'a tau jugak pasal Karimah. Dia, Raja Norshida dan Kartini yang selalu calling2 bertanya kaba. Dapat tau gak yang Karimah dapat baby.Thx-singgah my blog.Sape ni..masuk jerr la kat shoutbox tu.

dina said...

salam kak saya knal wan rosmawati kawan akk tu.... nanti saya send nombr ny kt akk...saya cikgu anak wan rosmawati thaqif-dina-

rpinkypantherose said...

tq dina, sudi singgah my blog.but lama dah tak update coz my blog dah tak boleh add image, so tak best la..Dina anak wan rosmawati ke..tak tau sangat perkembangan ur mum coz masa kita buat reunion last 2 yrs, ur mum tak datang. kirim salam kat mak ye.

rpinkypantherose said...

tq dina, sudi singgah my blog.but lama dah tak update coz my blog dah tak boleh add image, so tak best la..Dina anak wan rosmawati ke..tak tau sangat perkembangan ur mum coz masa kita buat reunion last 2 yrs, ur mum tak datang. kirim salam kat mak ye.