Thursday 13 November 2008

JAMES BOND- QUANTUM OF SOLACE!



13 November 2008 - Pagi tadi kedua puteriku beria-ia mahu mengikutku ke pejabat. BUat ape! tak ada apa kat pejabat ibu! tentu boring nanti" malas nak layan permintaan mereka. Tapi bila fikirkan balik..dan memandangkan kedua-dua bossku tiada di pejabat hari ini, aku akur je lah dengan keinginan anak-anakku.
Sehari suntuk kat pejabat, kesian anak-anakku, nampak boring mereka tapi bila aku tanya mereka kata seronok ikut ibu ke pejabat...entahlah..

Petang masa nak balik ke rumah, mereka beria-ia lagi ajak singgah Mid Valley, tenguk wayang! kata sleeping beauty aku tuh! puteri kedua ku pula ajak tenguk wayang di Amcorp Mall, murah dan dekat dengan rumah katanya, tapi puteri sulongku; Mid Valley. So keputusannya singgah Mid Valley. Benarnya aku pun suka nonton wayang di Mid Valley, rasa lebih selamat dan happening tak le macam kat Amcorp Mall, 'seram' sikit coz tak ramai yang nonton kat situ.

Alia nak tenguk Madagasacar 2 (Escape in Africa...(kartun), sleeping beauty tak kisah katanya, aku? dok melilau tenguk citer apa yang sesuai, ye le bawak anak dara aku, kenalah pilih sikit citer! Aku tanya budak kaunter tiker berkenaan JAMES BOND, dia kata ok! (U)! Benarnya kalau ikutkan rekmen Che Li (Mangga Online) sebelum aku bertolak balik tadi, dia kata citer BUDAK KELANTAN best,tapi citer tu start pukul 9.30 malam, JAMES BOND 8.30 malam. Jadi keputusannya JAMES BOND. Tak la lewat sangat balik rumah, nanti bising pulak puteri bongsu dan putera aku tuh.
Aku kira minat gak dengan filem-filem JAMES BOND sebelum ini, terutama PIERCE BROSNAN yang mempunyai senyuman paling menawan di dunia! hehehe..betul, tenguk le senyuman dia, tiada dalam dunia senyuman macam tu..kalah suami ku..hehehe..jangan marah ye bang!
Tapi aku nak tenguk gak 'boyfriend' HUZZ beraksi..HUZZ minat giler dengan DANIAL CRAIG hinggakan screen saver terpapar muka D.CRAIG. Memanglah handsome giler JAMES BOND baru ni. Tapi bagi aku tak boleh lawan lagi la kehandsoman PIERCE BROSNAN. Cuma yang ada pada D.CRAIG ialah keberanian, kejantanan dan keseksian yang amat terserlah, aku pasti semua wanita tergoda tenguk dia..tapi bila lama-lama dok perhati D.CRAIG seolah-olah tak ada perasaan!

QUANTUM OF SOLACE..jalan cerita tidak lah sehebat mana, tapi aksi-aksi dan sound effect memang hebat dan menakjubkan! sehinggakan seolah-olah aku leka dengan jalan cerita kerana teruja sekali tenguk action D.GRAIG. Berbaloi la aku melabur RM36 hinggit 3 beranak! tidak termasuk beli bawa bekal masuk panggung! kira abis jugaklah RM50! Tak pe lah sekali sekali memenuhi hasrat anak-anak, tambahan cuti sekolah dah bermula.
Sememangnya aku peminat filem-filem action dan juga filem-filem yang 'happy ending'.
QUANTUM OF SOLACE; jika aku terjemah dalam bahasa melayu, jadinya 'KETENANGAN DI DUNIA PENUH KESENGSARAAN"..entah betul kot, ala lebihkurang gitu le maksudnya.
Sinopsis filem ini, Bond (Daniel Craig) menghadapi Dominic Greene (Mathieu Amalric), seorang anggota organisasi Quantum yang bertindak sebagai ahli lingkungan, dan memimpin kudeta di Bolivia untuk menguasai penyediaan air disana. Bond meneruskan misi agen 007 kerana ingin membalas dendam atas khianatan oleh Vesper, teman wanitanya. Ia dibantu oleh Camille (Olga Kurvlenko) yang juga ingin membunuh Greene. Dalam meneruskan perjalanannya untuk menyelongkar kebenaran, Bond dan M (Dame Judi Dench) menyoal siasat Mr White (Jesper Christensen) dan menjadikannya lebih kompleks dan merbahaya. Bond menjelajah ke Austria, Itali dan Amerika Selatan untuk membongkar rahsia sebenar.
Kepada kaki filem James Bond, gerenti puas hati tonton QUANTUM OF SOLACE. Start citer adegan kejar mengejar & tembak menembak..aku rasa seperti sambungan CASINO ROYAL. Nak cakap pasal aksi filem ni, cerita dia dari awal hingga akhir penuh dengan aksi, tembak-menembak, tumbuk-menumbuk, bukan kat darat je, ade babak tembak menembak kat air, time James Bond larikan CAMILLE dari penjahat, ada gak babak aksi kat udara time James Bond nak cabut lari ngan heroin tuh naik kapal terbang! diserang pulak oleh Jet Penjuang yang datang dari mana entah..aduh! macam filem TAMIL..kena lanyak macamana pun heronya tetap HIDUP!. Darat, air, udara, segenap pelusuk penuh ngan aksi! Last sekali kat padang pasir pun ade gak! tapi LAYANNN..memang best. Tapi oleh kerana lakunan hebat dan ketampanan D.CRAIG dan kejelitaan OLGA KURYLENKO maka kita rasa tenguk sebuah filem yang paling hebat di dunia!.Peminat filem ACTION, pergilah tenguk..rugi tak tenguk! masuk akal ke tidak, itu lain kira. DANIAL CRAIG dari awal hingga akhir berlakon action, muka cool jer. Kiranya aku 'mengidam' gak lah nak tenguk dia senyum dan ketawa!!hehehe..tak akan..!
Nota : Teringin nak pakai handphone SONY macam James Bond!! hehehe...
Starring : Daniel Craig, Olga Kurylenko, Judi Dench, Mathieu Amalric, Gemma Arterton, Jesper ChristensenSutradara- Marc FosterPenulis- Joshua Zetumer, Paul Haggis, Neal Purvis, Robert WProduser- Michael G. Wilson, Barbara Broccoli Produksi- Sony PicturesHomepage- http://www.007.com/ Durasi- 105 Min













































No comments: