Tuesday, 11 November 2008

KUNJUNGAN MESRA MALAYSIA'S SECOND ASTRONAUT, MEJAR DR FAIZ KHALEED

7 November 2008 (Jumaat), pukul 4 petang, kami menerima satu kunjungan daripada Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz. Tidak sangka beliau sudi mengunjungi pejabat UKSB. Rupanya kunjungan ini adalah sebagai tanda rasa bersalah di atas janji beliau yang tidak dapat ditunaikan iaitu yang mana beliau sepatutnya datang semasa 'Open House' UKSB pada 24 Oktober lalu, tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dia tidak dapat hadir pada hari itu.
Tak pe le Mejar Faiz,kami memahani tanggungjawab anda sebagai angkasawan negara. Yang penting kami amat berterima kasih di atas kesudian meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kami dan para editor UKSB. Tidak banyak dia berkongsi cerita tentang pengalamannya sebagai angkasawan kerana dia begitu teruja dengan penerangan tentang produk UKSB iaitu majalah-majalah terbitan UKSB oleh Puan Zurzaliza. Walaupun beliau tidak dapat menerokai angkasa lepas seperti Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tetapi rakyat Malaysia tetap mengikhtirafkannya sebagai Angkasawan Negara.
  • Faiz Khaleed ialah doktor gigi tentera bersama Pasukan Tentera Bersenjata Diraja Malaysia.
  • Lahir 15 September 1980 di Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program Angkasawan Malaysia.
  • Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor. Pada 2007, Sheikh Muszhaphar Shukor dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada Oktober 2007.
  • Dr Faiz dilantik sebagai Mejar pada 22 Oktober 2007.
  • Bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua.
  • Kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan dilakukan pada 2010.
  • Dengan misi kedua Malaysia untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas, Faiz Khaleed telah bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan Malaysia kedua.
  • Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Selepas sesi berkenal mesra dengan para editor, aku membawanya mengenal semua wartawan dan staf UKSB dari setiap meja ke meja. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.Dari meja URTV, meja REMIX, I-SIHAT, PEMIKIR, WANITA, MASTIKA, HAI, SAJI, KAWAN, AL ISLAM, HARMONI sehinggalah ke meja MANGGA. Tapi yang paling menarik bila tiba meja HARMONI, Editornya menghulurkan majalah HARMONI yang mana covernya ialah Shuhaida, host Majalah 3, apa lagi riuh rendah dan merah padam muka Dr Faiz, aik! ada ape-ape ke Dr Faiz! sikap sporting dr Faiz untuk bergambar dengan cover tersebut dan terus menghulurkan handphonenya untuk merakam sebagai simpanan peribadi..bertambah lagi riuh rendah kat meja HARMONI.

Sikap sporting Dr Faiz amat menyenangkan kami. Mejar Dr Faiz meninggalkan permis kami pukul 7 petang dan sempat kami mengusiknya 'tak pergi tenguk Anugerah Skrin ke?..' dengan senyum yang penuh makna -'dengan status sekarang, dia terpaksa akur dengan keterbatasan mengunjungi tempat-tempat hiburan'. Tapi ku dapat lihat raut wajahnya pasti kepingin tenguk 'buah hati' nya sebagai host malam itu. We hope Dr Faiz Khaleed and Nurul Syuhada relationship will ended in Wedding day! Itulah jejaka yang berumur 28 tahun, dari seorang doktor gigi ketenteraan menjadi seorang angkasawan negara! membawa nama MALAYSIA ke mata dunia!!..syabas Dr Faiz! kami sentiasa memberi sokongan pada anda!Malaysia’s second astronaut!


alaa..jangan jeles la..macam ibu dan anak kan..hehehe




Ustaz Dida
















We hope Dr Faiz Khaleed and Nurul Syuhada relationship will ended in Wedding day!









Akhrun & Nafsiah, wartawan URTV

Pn Zurzaliza & G. Vimala, Brand Management Utusan

My boss






Congratulations! atas kurnian ANUGERAH BELIA FELDA yang disampaikan oleh TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

No comments: