Monday 22 December 2008

MKM'S FAMILY DAY!

20 Disember 2008 (Sabtu) - Perancangan nak attend family day Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dah 2, 3 hari sebelum itu.  Dah awal-awal pergi cari baju coz aku plan family day ni nak guna tema ' POLO", dats y aku beria-ia pergi cari baju polo untuk puteri-puteriku termasuk aku sendiri.  Kedua-dua anak bongsuku dan puteraku dan juga hubbyku dah ada baju polo jadi tak adalah banyak keluar duit.  POLO yang murah jerr..yang ori tak mampu.  Tapi kena pandai pilih la coz kalau kita pandai pilih baju atau apa-apa barang yang tidak ori, akan nampak macam ori! Warna tema putih tapi aku terpaksalah guna black, tau jer le!!.//heheh.

Dalam sibuk-sibuk teruja ke family day MKM, aku terima panggilan daripada sahabat baikku Kamariah dahn husband dia nak datang dari Terengganu dan bermalam rumahku.  Memandangkan mereka ini amat baik padaku, aku terima kedatangan mereka untuk bermalam rumahku.  Aku cerita juga tentang family day tu.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk siapkan makanan untuk mereka kerana kami sekeluarga akan makan di Desa Water Park tempat lokasi family day MKM kali ini.  Aku siapkan NASI MINYAK untuk mereka.  Agak lewat jugak lah aku ke lokasi family day, tapi tak ape yang penting kami dapat ke sana.  Tapi untuk tema putih & POLO tidak dapat sepenuhnya kerana baju polo puteraku hilang..bukan dicuri orang tapi tak jumpa cari dalam almari pakaian.  Frust betul, heran gak dan aku tertanya2 maybe tertinggal kat kampung masa balik bertunang anak buah hari tu kot.  Dan sampai di Desa Waterpark, sekali lagi frust, kamera Nikon ku kehabisan bateri dan kak long shima juga terlupa nak bawak kamera Sony kesukaan aku tuh. aduh!! frust menonggeng!!  Tapi ada hikmat disebaliknya kot..ada lah jugak gambar yang ku ambil guna handphone aku dan suami kaklong, syahman.  

Rezeki yang ku dapat ialah dapat lucky draw PENGINAPAN 2 HARI, 1 MALAM DI HOTL HILTON PJ UNTUK 2 ORANG.  alaa..dekatnya dengan rumahku.  1 malam jerr..valid hingga Mac 2009.  Tenguk ler kat bawah ni..



Desa Water Park KL
































No comments: