Wednesday 28 January 2009

AKHIRNYA BERTUNANG JUGAK AUS!

Plan asal untuk ke Melaka, jalan-jalan cari makan terpaksa dilupakan. Majlis pertunangan adik iparku yang bongsu, AUS mesti diraikan. Bukan senang nak dengar dari mulut dia yang dia dah ada calon untuk dijadikan isteri. Akhirnya di usia 29, bertahta jugak dihatinya seorang gadis yang seusianya jua.

26 Januari 2009 termeteri juga ikat janji pertunangan antara AUS dengan gadis pilihannya yang bernama FATIMAH. Ikut perjanjian dalam masa setahun dan jika tiada aral melintang seminggu selepas raya puasa (bulan September) nanti akan diadakan majlis pernikahan. 1st time tenguk adat orang Perak bertandang untuk meminang.  Ada sedikit kelainan dengan adat Terengganu terutama dari segi PERJANJIAN antara kedua-dua belah pihak.  Jika berlaku 'pemutusan' ikatan pertunangan disebelah pihak lelaki; bermakna duit pendahuluan (50%) semasa peminangan akan 'hangus' manakala jika pihak perempuan yang ingin putuskan ikatan pertunangan ini; pihak perempuan hendaklah membayar 'double' atau dua kali ganda kepada pihak lelaki.  Aduh!! takut aku mendengarnya kerana adat Terengganu tidak akan 'mention' dalam majlis pertunangan tentang perkara tersebut kerana bagi kami ia tidak perlulah diwar-warkan perkara yang tidak elok.  Jodoh dan ajal maut semua ditentukan oleh ALLAH SWT.  Dan jika perkara ini ditakdirkan berlaku, masing-masing kedua-dua belah pihak hendaklah berbincang dengan seelok-eloknya.

Tapi bila ku fikirkan balik dan bila kita relate dengan keadaan sekarang, wajar jugak dibincangkan perkara tersebut kerana sekarang telah berlaku kes saman menyaman terhadap pengantin dan bakal pengantin jika tali pertunangan diputuskan.  Ia la..banyak duit dah habis, 50% pendahuluan mas kawin dan barangan hantaran.




























No comments: