Wednesday 28 January 2009

MALAM GALA 'ANUGERAH WANITA IKON 2008'

24 Januari 2009 - Anugerah Wanita Ikon adalah anjuran untuk kali kedua. Ianya satu anugerah eksklusif diberikan kepada seorang wanita yang layak digelar Ikon berdasarkan keperibadian murni dan juga sumbangan kemasyakatan yang tinggi. Beliau merupakan wanita serba boleh yang dilihat dapat menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada kaum hawa diseluruh Malaysia.

Objektif utama penganjuran Anugerah Ikon Wanita 2008 ini adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap kaum wanita, membentuk keyakinan diri mereka, sebagai pemangkin ke arah kejayaan, menghargai jasa para usahawan wanita dan sekaligus dapat mendekatkan majalah WANITA kepada pembaca. 8 finalis ialah:-
  1. Dr. Hajah Rosnani Sabtu, RZ Motivation Sdn Bhd
  2. Che Muna binti Din, Leesa Formula Sdn Bhd
  3. Farshila binti Emran Idaman Pharma Sdn Bhd
  4. Norazah binti Hj. Khamis @ Hj. Atan NK Laboratories Sdn Bhd
  5. Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
  6. Tengku Rozidar binti Tengku Zainol Abidin Nineteen O One Sdn Bhd
  7. Ida Rahayu binti Md Noor Eurofine (M) Sdn Bhd
  8. Saliza Abdullah Berani Guard Sdn Bhd

Berlansung di PWTC dan malam itu diserikan dengan kesudian keberangkatan tiba Permaisuri Agong kita Tuanku Zanariah dan diiringi oleh isteri TPM Datuk Rosmah Mansor.

Pada Malam Anugerah Wanita Ikon 2008, seorang tokoh wanita negara juga dianugerahkan gelaran Tokoh Wanita Ikon 2008. Pada tahun lalu, anugerah ini telah disampaikan kepada Gabenor Bank Negara, YBhg. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Bagi tahun 2008, penerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2008 adalah Yang Berhormat Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi menghargai segala usaha dan sumbangan beliau kepada negara di sepanjang tempoh perkhidmatannya.



dapat le tenguk adik kesayanganku ini..hehehe


Hajah Datuk Sheila Majid


ketibaan dayang-dayang istana mendahului keberangkatan tiba Permaisuri Agung

Barisan crew yang bertugas malam gala AWI'08
Kiri ke kanan : Afdal, Intan, Ady HAI, Fiza, Hajar, Aishah, Norasikin, Rohayah, Nik Hazirah,
Masyutty, Azie dan Roslee Hanafi

Hajar bersama Datuk Maziah, pemenang AWI'07



sibuk menyiapkan cenderahati untuk VIP dan yang aku pegang tu adalah
handbag untuk Permaisuri Agung

Barisan juri bersama pemenang Datuk Azlina
Kiri: Juri (Audit) Puan Faridah, editor WANITA, Norimy dan Puan Mahani Awang, Presiden BDA
 
bersama Datin Salbiah Haji Hussin, isteri pemilik Hi-Tech, Summit. Dulu Datin adalah pensyarah di Maktab Kerjasama Malaysia..setentunya aku amat mengenalinya..

Puan Hajah Armi Haji Zainuddin, bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia dan kini
memegang jawatan penting di ANGKASA.

Kak Anis yang sentiasa vogue!

nilah kek hadiah daripada chef Erin untukku. Thanks erin..susah-susah aje...

lama tak bersua..selalu berhubung melalui telefon..tiba2 datang dengan perut memboyot!
tunggu masa je..terima kasih ye erin bawa kek untukku.

barisan menjaga pendaftaran
Azie dan Intan

Inilah barisan WANITA
wartawan, Rohayah, Ketua Visualizer Kak Laila, Editor Norimy Aimi,
Aishah, Nik Hazirah dan Norasikin (tiada dalam gambar: Siti Hajar)

setting table untuk Permaisuri Agung

setting table untuk tetamu jemputan

nilah beg (handbag dinner) cenderahati untuk Permaisuri Agung
Harga ?? ..rahsia la..aku dapat pegang jer le..

cantikkan!

rehersal


persiapan laluan masuk dari red carpet menuju ke dalam dewan

selepas menyiapkan doorgift untuk tetamu

bergambar kenangan bersama Puan Zurzaliza Bajuri, Pengurus Kanan, Operasi dan Pembangunan Perniagaan - selepas penat bekerja.


longgokan doorgift untuk tetamu

tekun nyer buat korje..

sempat lagi berposing walaupun tengah sibuk.  Amboi Fiza..jaga..abang Farid tu dah ada
orang punya,..


 Jakel Trading sedang siapkan kerja


wah! posing jugak






No comments: