Thursday 1 January 2009

HAPPY BIRTHDAY PIYA!


30 Disember 2008 - Hari ini ialah hari lahir puteri bongsu kesayanganku, NUR AINA SOFEYYA, panggilan manja PIYA. Genap 6 tahun; namun 2009 nanti dia akan memasuki alam persekolahan; Darjah 1. Lahir hujung tahun; kesian dia, kecil lagi terpaksalah memikul beg sekolah. Benarnya masuk aku nak melahirkan dia, aku minta dengan doktor pembedahan dilakukan pada 1 Januari 2003. Oh ye; benarnya ke tiga-tiga anakku dilahirkan secara pembedahan (Caeserian)' dats y la aku minta yang keempat ini (Piya) 'dikeluarkan' pada 1hb Januari 2003. Due date menurut Doktor ialah pada 25 Disember 2002. Puas aku memujuk DATUK DR. MENON (Hospital Assunta PJ) untuk melakukan pembedahan pada 1 Januari 2003. Akhirnya atas pujukan dan rayuan ku, Datuk Menon akur; dia minta aku datang pada 31 Disember 2002 dan pada 1 Januari 2003 dia akan lakukan pembedahan. TETAPI itulah kuasa ALLAH SWT, kita yang beria-ia rancangan namun hanya ALLAH yang tentukan segala-galanya. 'Air ketuban' tanda kelahiran keluar pada pagi 30 Disember 2002 dan aku terus dimasukkan ke Assunta Hospital PJ dan Datuk Dr Menon terus lakukan pembedahan pada tengahari itu juga dan akhirku ku selamat melahirkan baby yang paling comel iaitu PIYA. Dan sekejap rasanya dia membesar dan 5 Januari 2009 nanti aku memasuki sekolah Darjah Satu. Semalam 31 Disember 2008 aku hantar dia untuk orientasi di SRK Seri Petaling, Petaling Jaya. Terharu ku tenguk dia pakai baju kurung sekolah dan aku ikat rambut tocang. aduh! manisnya dan cantiknya anaku ini. Kerana kesibukan aku, aku sambut birthdaynya lambat sikit, ye malam tadi aku buat surprise bawa dia ke MCD Seksyen 14 PJ jua sempena nak sambut new year. Nak buat majlis besar2 tak mampu; Kak Yong Shima sponsor kek dan aku dan abahnya belanja MCD jer. Terima kasih Kak Long dan Syahman serta Adiff - kalian adalah yang paling kami sayangi dan memahami aku...

HAPPY BIRTDAY PIYA'; ibu sayangg sangat kat Piya; belajar pandai-pandai tau..Piya selalu cakap dengan Ibu yang Piya nak rumah besar, kereta besar, baju cantik-cantik..Jadi Piya kenalah belajar pandai-pandai. Ibu, Abah, Kak Yong, Kak Liya dan Abang Ariff sayaanggg sangat kat Piya.



Sofeyya's Birthday Cake - sponsored by Papa & Mama Adiff, Thanks Kak Long..




Adiff macam papa dia, bakal pakar IT!


Papa Adiff




Ariff Izz Taufiq

Happy birthday Piya








wah! seronoknya dapat hadiah..

Papa dan Mama Adiff



cepatla mama, adiff lapar nih!






Birthday girl




kusyuknya mendengar ceramah ibu..

candid!..benarnya demam selsema tapi demi puteriku..tak pelah..

Jangan jeles kak long...



demam selsema..







No comments: