Saturday 29 August 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka.

Kita laungkan kata keramat
Dengan harapan dan semangat
Dengan senyuman dengan tangisan
Jelas terserlah wajah-wajah keriangan
Pada setiap jiwa, jiwa merdeka

Merdeka ertinya bebas
Bebas dari dijajah
Bebas dari dibelenggu
Bebas dari segalanya
Kita bebaskan minda
Kita bebaskan jiwa
Kita bebaskan diri
Demi sebuah kehidupan yang lebih bererti

Jiwa kita jiwa merdeka
Merdeka kita satu amanah
Amanah kita untuk menjaga
Menjaga kemerdekaan untuk selama-lamanya

Di setiap hembusan nafas
Di saat diulit lena
Di kala senyum kekenanyangan
Dalam ruang keamanan
Dan kita kenal kebebasan
Dan kita kecapi kebahagiaan
Dan di setiap segalanya yang ada
Adalah nikmat sebuah kemerdekaan
Yang telah diperjuangkan
Untuk kita oleh pejuang kemerdekaan

Sanggupkah kita melihat bumi bertuah ini bermandikan darah sekali lagi?
Sanggupkah kita mendengar rintihan tangisan kesengsaraan generasi mendatang?
Cukuplah.. Cukuplah pernah roboh Kota Melaka
Cukuplah Inggeris dan Jepun menjadi penjajah
Cuk
uplah 13 Mei menjadi sejarah
Cukuplah.. Cukuplah.. Cukuplah..

Kemerdekaan ini milik kita
Bersama-samalah kita pelihara
Benar, menjaga tidak semudah mencapainya
Tapi, ketepikan alasan basi itu
Campakkan, buangkan, nyahkan
Kerana kita perlu berbangga
Kerana kita perlu melangkah
Kerana kita perlu berusaha
Kerana kita....
Jiwa kita jiwa merdeka






No comments: