Tuesday 15 September 2009

ADIK-BERADIK...

ADIK-BERADIK


Sekian lama terpisah
Jauh dari pertemuan
Hanya telipon menjadi utusan
Penghubung keakraban
Menyampaikan kata-kata
Bertanya khabar berita
Kitalah adik-beradik..
Bercambah dari benih serupa
Rakan terbaik paling mesra
Membesar bersama
kini dipisahkan
Simpang kedewasaan
Sesekali terkumpul begini
Menjamu selera makan semeja
Berkongsi pengalaman
Mengenang cerita silam
Perasaan dibuai kenangan
Dulu kita yang menerangkan halaman
Dengan percikan bunga api
Dulu kita yang membingitkan malam
Dengan gemuruh dentum letupan
Amat terasa kebahgiaannya
Berteduh dibawah rimbun
Pohon teduh yang bernama keluarga
Melepas rindu yang terkurung
Dibelai rindu ayah bonda
Meskipun selepas ini kita
Berbalas pelukan
DAn terpisah kembali
seperti seharusnya...

Ejmt
President House

No comments: