Monday 7 September 2009

Tempahan..POPIA GORENG BERLADA+BILIS+KACANG...

Hari ini Selangor Cuti Umum sempena Nuzul Quran, KL kerja macam biasa. Aku ambil kesempatan untuk menghantar tempahan popia goreng berlada. Seingat aku sudah memasuki 4 tahun aku berniaga POPIA GORENG BERLADA yang dicampur dengan kacang dan bilis kecil. Itulah rezekiku untuk menampung kos/perbelanjaan balik kampong untuk beraya. Berniaga popia ini tidaklah MENGKAYAKAN aku sangat tetapi syukur alhamdulillah ia dapat menampung perbelanjaan sepanjang beraya di kedua-dua negeri iaitu TERENGGANU DAN PERAK. Kalau tidak perolehi hasil jualan popia gireng bersambal ini, memang ‘sakit’ untuk perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.

Tetapi berkat semangat dan ketabahan untuk menjual popia ini, aku dan suami tidaklah terasa sangat beban menghadapi bulan Syawal. Popia goreng bersambal ini tidaklah aku menjual seperti kebanyakkan orang yang menjual kuih raya yang melanda disetiap pejabat. Memandangkan Popia aku ini harga yang mampu dibeli oleh semua orang iaitu RM10 jer sebalang! Amat murah dan yang penting sedap dan ia diakui oleh ramai pelanggan-pelanggan yang semenjak 4 tahun lalu. So aku tidak lah bagi sample pada pelanggan yang baru. Just pergi ke pejabat dan bawa stok lebih sikit dan tingal sahaja di sana. ‘Kalau tak habis, tak pa, nanti akak datang ambil balik” gitulah setiap kali aku cakap dengan pelanggan (kebanyakkan kawan sahabat handai). Tetapi syukur alhamdulillah ia tidak pernah ku ambil baki, semuanya habis malah kebanyakkan minta tambahan tempahan.

Pelanggan setiaku semestinya sahabat handai di pejabat UKSB terutama Emma, Editor HAI, juga Cik Hajah Rozita, big boss Utusan Publications & Distributor (UPND) Taman Shamelin, warga kerja Utusan Media Sales (UMES), Jabatan IT Chan Sow Lin, Utusan Printcorp, Bangi, Utusan Melayu Kompleks Sri Utusan dan ramai lagi sahabat handai dan saudara mara sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Hari ini aku ambil ke sempatan untuk menghantar popia aku ini ke Juasa, Jabatan IT, Utusan Melayu (Chan Sow Lin), Utusan kat PGRM dan UPND. Aku bawa sekali kedua-dua puteri kesayanganku untuk menolong sekali. Masa menunggu lift, terserempak dengan big boss Utusan aiitu Tuan Haji Mohd Nasir Ali, Pengarah Eksekutif Kumpulan. Aku menegurnya dan memperkenalkan puteri2ku. Sempat masing-masing bertanya kabar anak-anak dan juga isterinya.

Bila sampai tingkat 7 apa lagi jadi riuh bila mereka melihat kedua-dua puteriku yang sudah besar, ‘wah dah jadi anak dara’ kata Liza, Jabatan Kewangan dan Puan Nik Anura, kak Suriati, abang Satar dan beberapa orang lagi mengusik-mengusik manja..seronok dan riuh rendah. Lama betulm aku tak menjejak ke PGRM..amat seronok bila dapat bersua muka dan bertanya kabar..tiba-tiba aku dengar suara ‘aii, datang tenguk menantu ke?’..terperanjat aku..rupa2nya orangkuat Kewangan PGRM iaitu jejaka idaman Malaya, Encik Wahid (Mr Jack)!..bilalah nak kawin jejaka nih!!..hehehe

Kesempatan aku jenguk jugak Izati dan Azan (Jabatan Kawalan Kredit), Izati dah bertudung! Manis orangnya dan masih seperti dulu tetap cantik, sebab tu lah Encik Sulaiman sayangg,..hehehe.

Cuma aku terkilan tak sempat nak berjumpa Cik Hajah Wan Nor Asmah, Ketua Pengawal Kewangan Utusan..tergerak jugak hati nak berjumpanya..tetapi segan dan amat segan..Tapi bila ingatkan dia yang amat baik hati dan telah menolongku suatu masa dulu..aku agak sedikit terkilan tak dapat jumpanya.

Akhirnya aku terus ke UPND dan tinggalkan pada Yati, Operator. Dan janji aku pada Nor untuk hantar ke ofisnya tidak dapat ditunaikan kerana Popiaku sudah habis!!..maaf ye Nor, nanti akak hantar special untukmu…

Popiaku ini bukan hanya untuk tempahan raya sahaja tetapi hari-hari kebiasaannya ada jugak yang tempah. Jika ada yang terbaca blog ini dan berminat untuk tempahan Popia Goreng Berlada bersama Bilik & Kacang dengan harga RM10 jer sebalang boleh menghubungi di emel roseuksb@gmail.com atau sofea_02@yahoo.com.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri…

6 comments:

hang nadim said...

salam....salam ziarah

Rosmawati Idris said...

salam ziarah jua...hang nadim.tq singgah kat sini..

nosa said...

business kencang bagus2 k.ros tapi jangan lupa janji tau..kesian kat saya..

Rosmawati Idris said...

heheh..untuk Nor pasti ada..next wik ye..ohye nor, blog akak dah tak leh nak add image dah..

nosa said...

kenapa tk bleh nak add image? ada change any setting? cuba check setting dulu...

Rosmawati Idris said...

dah cuba macam2..picasa album dah full n kalau nak tambah kena beli..entah lah..frust sgt.coz tak ada tempat nak refer yg betul2 tahu pasal blog nih.