Friday 31 October 2008

KENANGAN TERINDAH DI JAKARTA & BANDUNG 2008

Masa aku pergi Jakarta dan Bandung, aku belum create blog. Walaupun dah lama berlalu, Februari 2008 aku ingin abadikan jugak dalam blogku untuk dijadikan ingatan. Hanya catatan ringkasan sahaja, yang mana ku ingat. Ini pun banyak aku refer balik dengan sahabat kesayanganku Syarliz. Aku ke sana bersama dia, Nor dan Alya (adik iparnya). Mesti la guna tambang murah AIRASIA. Syarliz, Nor dan Alya booking tiket awal RM280/pax, aku lambat sikit RM300 (pergi-balik) kira okey la. Ist time dalam hidup aku makan angin oversea!. Singapore ada la sekali tu pun masa umur aku 13 tahun, dah dekat 30 tahun lalu! Jakarta ni pun fikir banyak kali, ekonomi tidak mengizinkan, tapi pujukan Liz aku akur je la..tambahan lagi tempat tidur free! rumah jejaka idaman malaya, Azuan yang bertugas di sana. Jimatlah sikit, cuma spend untuk shopping je la. Jua 1st time bergelar ‘millionaire’ ye le dapat wang bernilai ‘juta-juta’.. rrrupiah! Jutawan le tuh!! Heheh…
Hari pertama di Jakarta Kami tiba di Airport Bandara agak lewat malam. Pak sopir (Azuan yang uruskan) sudah menanti kami di lapangan menanti penumpang. Perjalanan ke Pondok Indah mengambil masa 1 jam, agak jauh juga. Perjalanan kami dihiasi dengan keindahan malam kota Jakarta. Bangunan yang pencakar langit dan kesesakan kota raya di waktu malam membuat kan kami amat teruja menanti hari esok. Azuan sambut kedatangan kami dengan baik sekali. Dah lama aku tak bersua muka dengan dia, wah! makin handsome mamat nih! Apa lagi banyak le ‘laporan’ yang dibuat hasil pertanyaan yang bertubi-tubi darinya..heheh.. Tapi aku terpegun tenguk rumah Azuan yang dihias cantik mengalahkan perempuan menghias rumah. Bertuah la badan sape yang dapat si azuan nih!. “Azuan, hang hias dan beli peralatan rumah, macam dah tak nak balik Malaysia!” ajuku padanya. Aduh! dah lah tiba Jakarta dan berborak sampai lewat malam, besok awal pagi kena bangun untuk ke Bandung. Azuan sudah menempah kenderaan untuk bawa kami ke Bandung.
Hari kedua di Bandung - Pukul 7 pagi dah bersiap untuk ke Bandung. Pak sopir datang dengan Innova..wah! hebat gak..naik innova ke Bandung (baru lagi, plastik tak tanggal lagi) Dalam perjalanan aku tak la banyak sangat dapat lihat pemandangan..masih kepenatan dan mengantuk yang amat sangat. Cuma aku terjaga bila dapat lihat pemandangan sebuah ladang..cantik sangat..penuh kehijauan.sejuk mata memandang.....hujan renyai sepanjang jalan. Sampai Bandung, ku lihat ramai anak-anak kecil, ibu yang mendokong anak meminta sedekah di mana-mana.....suasana yang amat menyedihkan...yelah kedaifan membuatkan mereka terpaksa melupakan alam persekolahan. Meluru-luru datang ke kereta menadah tangan dan ada sesetengah tu bawa barangan murah untuk dijual. Sebak aku melihat mereka..terus ingatkan anak-anakku. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan dibesarkan di bumi Malaysia...cukup makan...cukup pakai....cukup pelajaran....alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Aku terpaksa lupakan keadaan persekitaran, Pasar Baru Bandung, tempat pertama yang kami tuju - kedai kain lace kat Lantai 5…..banyak pilihan lace….rambang mata…Syarliz beli semi Fench Lace Rp300,000 for 2 meters dan beli telekung kat Toko Laris. Mula-mula tak perasan apa nama kedai tu…..masa tengah nego harga telekung….tiba2 ternampak nama kedai….baru teringat kedai inilah yg teman Syarliz recommend…..terus jual nama temannya itu, memang dorang kenal….dapatlah kurang sikit. Beli telekung Kain Cotton Jepang Rp200,000. Syarliz dok sibuk beli swimming suit muslimah.....eksyennya penjual tu tak bagi kurang langsung....terus angkat kaki. Pastu nak beli blouse fesyen terbaru yang ada batu bling-bling tu...mintak kurang lagi rendah tak bagi....dia kata harga pas Rp120,000....mahal!!!!...(harga Pas maksudnya harga tetap) bukan parti PAS yang suruh letak harga..hehehe. Kat KL pun harga macam tu, ingatkan dapatlah harga murah daripada KL....terus angkat kaki tensionnya. Semua mahal kat sini, lebih-lebih lagi tenguk kami ni orang Malaysia. At last hanya dapat beli kain lace, telekung dan tudung aje kat Pasar Baru. Pasar Baru Bandung dah tak seindah dahulu. Salah satu sebab ialah dah ramai sangat pelancong Malaysia shopping di sana….so they all naikkan harga dan agak susah tuk mendapatkan harga yg berpatutan walaupun dah penat nego. Then kami gi makan kat Restoran Padang Sederhana….sedap giler especially sotong masak lemak. Order AlPokat jus avocado….makan 4 org Rp150,000. Kat bandung ni berselera makan nasi padang ajelah. After that, we headed to factory outlet. Kami tuju Rumah Mode dulu…(Rumah Mode ni lebihkurang macam Reject Shop la) tapi kat Rumah Mode ni pakaian lebih cantik dan nampak berkualiti dari Reject Shop. Pusing sana…pusing sini…beli la gak aku 2 pasang baju tidur untuk puteri-puteriku. Pastu tu gi Heritage dan Cascade….pulang tangan kosong. Gi Summit lak….tak menarik. Lintas jalan ke Teminal Tas…. Banyak bag tapi semuanya imitation mahal lak tu. Cousin Liz ada kirim bag, dia beli beg D&G Rp270,000. Pastu gi Blossom, Gamour and Victoria FO….beli t-shirt Timberland and E. Armani. Yang beli-beli tu Syarliz jer, aku tenguk dan ikut jer..hehehe

Kesimpulannya tak banyak branded item yg bagus2…compared masa gi 2 tahun lepas, dorang kata…..banyak stok dah habis masa cuti tahun baru cina yang lepas. So, dorang belum masukkan stok baru. Kata Liz la. Factory outlet ialah rumah-rumah banglo yang sudah tidak dihuni dan dijadikan stall jual pakaian. Decoration kedai amat cantik sekali. Aku amat suka sekali tenguk hiasan dalam factory outlet kerana setiap kedai ada tempat istirehat, siap ada air terjun, seolah-olah macam tempat berkelah. Suami/isteri/anak-anak boleh bersantai di dalam kedai sementara menunggu pasangan shopping. Kat shopping mall negara kita, kalau nak berehat atau menunggu isteri-isteri shopping jawab dia tunggulah kat cafĂ© atau tepi-tepi lift. Tenguklah kat SOGO atau Mid Valley terutama musim raya.

Sebelum balik semula ke Jakarta…..singgah jap kat kedai Kartika Sari, Bandung beli brownies kukus dan pisang salai goreng dan tempe goreng…..sedap banget! Liz rekmen giler2, datang Bandung mesti beli nih! Memang betul kata Liz, memang sedap giler terutama pisang salai goreng ditabur cheese fuhh!!memang sedap. Ingatkan lepas tu nak makan makanan sunda di Restoran Pak Chik Met yang Liz rekmenkan, tapi kami masih kenyang lagi ketika tu. So kami teruskan perjalanan balik ke Jakarta dan sepanjang jalan hujan turun. Singgah minum air kelapa di warung tepi jalan. Lepas tu ‘senyap’ apa lagi..tidur le!

Sampai rumah lebihkurang jam 12 malam. Azuan setia menunggu kami di muka pintu..macam isteri menunggu suami pulang..hehehe. Penat sangat! tapi Azuan beria-ia suruh bukak barang-barang yang kami shopping tadi dan hilang penat dok bercerita sepanjang di Bandung tadi. Baru kusedari aku tertinggal t.shirt yang ku beli untuk hubbyku kat Bandung. Tag pass masuk ke kedai ada dalam simpanan aku. Nak g ambil tak berbaloi..tak ada rezeki! Tak pe lah tag tu kan ku jadikan kenangan.

Hari ketiga di Jakarta – Program kami nak susuri Kota Jakarta. Azuan luangkan masa menemani kami dan akan membawa kami tempat-tempat yang menarik. Sepanjang jalan, telahan aku tentang kekolotan kota Jakarta tidak tepat sama sekali. Aku bayangkan bandar ini penuh dengan pengemis dan kesesakan yang keterlaluan dan orang-orangnya mestilah macam ‘bibik-bibik’ atau pekerja kontrak yang datang Malaysia. Rupa-rupanya jauh sekali. Jakarta adalah kota yang pesat membangun dan banyak bangunan pencakar langit. Orang-orang yang ku jumpa macam artis-artis yang selalu kita tenguk dalam filem atau drama. Malah budaya fesyen begitu uptodate. Kesesakan tu memang ada la dan peminta sedekah memang ada cuma tidak seperti Bandung. Tetapi di sebalik kepesatan kota Jakarta masih kelihatan rumah-rumah setinggan di sebalik celahan bangunan pencakat langit dan persisiran sungai. Yang amat ku tak tahan, bau udara Jakarta, hanyir dan busuk sekali terutama jalan antara airport menuju pusat bandar Jakarta. Sungai ditengah tengah Jakarta seolah-olah ku lihat tidak mengalir dan kehitaman, itulah punca udara busuk!

Terus ke ITC Mangga Dua, tempat pusat jualan handbag. Liz beli beg Coach Rp300,00 and LV Rp 250,000, buatan Korea, ada yg buatan Hong Kong tapi murah sikit. Sempat beli crystal brooch, hanya Rp60,000. Kalau kat KL mesti > RM100. Nor dan Alya bukan main dok try rambut palsu...teruja dia tgk rambut palsu....beli yg rambut panjang hanya Rp100,000. Kat Mangga Dua ada pelbagai bentuk rambut palsu dgn harga yg agak murah berbanding di KL. Menurut penjual kat situ, ramai artis Malaysia datang beli rambut palsu kat Mangga Dua. Aku tak ada la beli rambut palsu.. Tapi aku teruja gak nak beli swimming suit muslimah...hanya Rp120,000, tapi aku tak pandai berenang!!.heheh.macam2 design dan lebih cantik daripada yg kat pasar baru Bandung. Teruskan perjalanan ke Pasar Pagi Mangga Dua lantai bawah sekali. Kat sini banyak jual barang untuk perkahwinan seperti bekas hantaran, bunga telor atau potpori. Aku hanya beli gift sebagai ole-ole untuk teman sekantor. Jualan borong kat sini...murah sangat. Jadi giler jap tgk barang2 murah kat Mangga Dua.

After dah puas bershopping kat Mangga Dua...kami meneruskan perjalanan ke Mayestic...tempat jual kain ela.....sebijik mcm kat Jalan TAR...segala jenis kedai textile ada di sini...Syarliz, Nor & Alya, setiap kedai yang kami masuk mesti beli. Aku rehatkan kaki je la sambil tenguk mereka dok giler bershopping. Kami perhatikan kebanyakan taukeh kedai textile ni adalah golongan kaum India…..sama lah kat Jalan TAR…..kaum Indian dah sinonim dengan textile. Yang menariknya kat kedai-kedai sini, bila kita masuk jer mereka pelawa dan bagi air mineral, beli atau tidak suku kira! Kalau kat KL hampeh!! kalau tak beli lagi la.. jeling semacam! Lepas penat bershopping kami singgah makan kat Warung Mbah Jingkrak...masakan jawa yang, sedap sangat memang berselera...pandai Azuan recommend this restaurant. Restoran ni kena melintas jalan terletak bersebelahan dgn Plaza Blok M, Jakarta Selatan. Di warung ini anda akan jumpa senarai makanan yang pelik dan menakutkan. Yang terpelik di dalam dunia!! (tenguk nanti gambar kat bawah)

Pastu singgah ke Blok M untuk cuci rambut, buat creambath and massage kat salun. Brown Salon Rudi Hadisuwano salah satu salon yang terkenal di Jakarta. Kira murah banget kat sini....2 jam hanya Rp60,000. Salun ni selalu dihadiri oleh artis-artis Indonesia. Kebetulan ketika kami di salun tu ternampak sorang artis sinetron….. tapi tak tau nama lah. Sian Azuan kena tunggu cewek-cewek ni kat salun selama 2 jam. Staff2 salun ni very friendly and kami mendapat layanan sangat bagus. Memang best giler. Azuan curi-curi ambik gambar aku masa rambut aku di blow. Ye la tak pakai tudung!! jaga ko Wan! delete gambar tu tau!

Kami teruskan perjalanan ke Plaza Indonesia atau dikenali sebagai EX di sini……gedung beli-belah ala-ala KLCC yang menjual barangan branded. Para pengunjung nya terdiri daripada golongan berada Jakarta….aduh2 dapat lihat cowok ganteng dan cewek cantik kat sini. Fesyen mereka juga agak trendy. Kami singgah ke HRC dan beli gak t.shirt POLO untuk hubbyku. Murah sikit berbanding dengan KL. Di hadapan Plaza Indonesia ada sebuah lagi gedung ternama di Jakarta iaitu Grand Indonesia….cantik tempat ni…gedung ni setaraf Pavillion. Aduhh kami tak mampu nak membeli-belah di sini…..window shopping ajelah. Harga branded item kat sini pun lebih kurang aje harga kat KL. Kiranya Jakarta memang syurga shopping!Kaki dah penat tapi hati meronta2 nak gi meneroka lagi kota Jakarta di waktu malam. Hujan turun renyai2 tapi tak mematahkan semangat kami utk mengambil angin di waktu malam.

Kami singgah makan malam kat Restoran atau Rumah Makan Garuda Nasi...sedapnya nasi padang ni especilly rendang daging....Restoran ni agak terkenal di Jakarta dan menjadi pilihan pelancong Malaysia untuk merasai nasi padang. Layanan tip-top…..harganya pun tip-top. Pelayannya manis-manis dan semua bertudung. Restoran ini di buka 24 jam Masa ni lah kita nak makan sedap-sedap kat negara orang…..tukar harga duit kita berapa sen sangat harganya. Berhadapan dengan restoran ni ada satu gerai yang menjual Nasi Goreng Gila....mulanya nak order jugak tapi takut gak, nanti bisak jadi gila kan..naya!!...hahahaha.

Hari keempat di Jakarta - Hari terakhir kami bershopping kat Jakarta.....duit pun hampir habis. So, kami singgah di Pondok Indah Mall utk tukar duit rupiah lagi. Pondok Indah Mall berdekatan dengan rumah Azuan, jalan kaki jer. Pondok Indah Mall adalah tempat artis-artis terkenal lepak, Pondok Indah adalah kawasan (banglo yang mewah) perumahan artis-artis dan pemimpin-pemimpin terkenal Indonesia. Kami teruskan perjalanan ke Tanah Abang ; waduh macet giler masa ni....peak hour….masa ni warga Jakarta sibuk ke kantor . Sampai Tanah Abang kami terus ke Blok A...tenguk-tenguk aje tak beli apa2 pun....terus bergerak ke Blok F untuk beli langsir (syurga langsir - perniaga kat situ bagitahu, Datuk Siti Nurhaliza pernah datang sini tempah langsir)...Blok F ni kat bangunan lama...harga murah sikitlah, beli la jugak langsir kain organza. Kat sini orang beli borong. Aku agak teruja tengok fesyen langsir di sini……cantik dan murah…..boleh tempah jahit sekali….siap dalam masa 2 hari aje. Tapi memandangkan kami balik KL malam tu juga….so terpaksala beli kain langsir aje tanpa dijahit, plan asal memang nak tempah, siap dah bawak ukuran.

Kami dapati telekung kat sini lebih murah daripada kat Bandung….motifnya lebih cantik. Syarliz borong tudung Indon yang kaya dengan beads....cantik cantik semuanya..kalau kat KL adalah RM25 atau RM35 sehelai tapi kat sini RM10 hinggit jer. Balik daripada shopping di Tanah Abang….kami singgah pulak ke Pondok Indah Mall untuk shopping yang terakhir kali sebelum balik KL. Gedung ni ada dua bangunan…satu yg lama dan satu lagi yg baru……lebihkurang macam 1 Utama Damansara. Kat sini memang cewek dan cowok handsome2.. budak pencuci (cleaner) Pondok Indah Mall ni pun handsome macam artis sanggup kerja cleaner, kalau KL, tak akan!

Balik KL flight malam....kelam kabut pulang ke Pondok Indah untuk ambik beg dan bersiap utk ke Bandara Airport. Kena keluar awal coz flight kul 7.00 malam. Hari tu Azuan kerja, tapi balik awal tenguk kami bersiap berangkat balik. Sedih gak nak berpisah dengan si Azuan nih..sebagai tanda ingatan kasih mesra kami di atas layanannya yang tidak berbelah bagi sepanjang kami berada di rumahnya, kami hadiahkan t.shirt ZARA yang kami beli kat Pondok Indah Mall. Mandangkan rumah Azuan dekat sangat dengan rumah Ahmad Dhani kumpulan DEWA dan kebetulan memang lalu rumah dia pun, Pak sopir yang sporting singgah umah Ahmad Dhani ambil gambar, yang keluar gang band dia. Rupanya Ahmad Dhani berada di Malaysia ketika itu kerana pelancaran album barunya. Rumah penyanyi Inul Dangdut dan Kris Dayanti pun di sini di Pondok Indah.

Kesimpulannya kami memang puas berbelanja di Jakarta……barangannya murah….cantik dan terkini. Yang lagi menarik, rupanya selepas jam 5 petang semua kereta tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Jakarta kecuali kereta tersebut dipenuhi penumpang, maksudnya kalau hanya seorang atau dua yang ada dalam kereta untuk menuju ke pusat bandar tidak akan dibenarkan sama sekali. Sebab itu la kita akan nampak berderetan orang ramai berdiri disepanjang jalan menuju ke pusat bandar buat ‘thumb-up’ (macam mat saleh travel 'bag pack'. Mereka ini adalah penumpang ‘ambik syarat’ untuk memenuhi kereta ‘ cari makan’, dapatlah seringgit atau tak sampai seringgit pun (RM) kita… Itulah rakyat Indonesia yang amat ‘kreatif’ untuk mencari sesuap nasi. Ya Allah! Syukur alhamdulillah aku dilahirkan di bumimu Malaysia!

Percutian ini penuh bermakna dalam hidup aku. Selain dengan gelak ketawa dan kenangan indah tetapi jauh disudut hati aku ini begitu ‘touching’ melihat kehidupan rakyat Indonesia yang amat daif dicelah-celah bangunan pencakar langit dan kemewahan yang amat ketara. Kasta atau graf kemiskinan dan kemewahan amat ketara sangat. Kalau yang kaya TERAMAT KAYA dan yang miskin TERAMAT MISKIN hingga tidak masuk di akal! Banyak keinsafan dalam diriku… Akhirnya kami tinggalkan bumi Jakarta dan Bandung dan layanan Azuan terhadap kami tak akan kami lupakan sehingga akhir hayat..macam puteri, ye la kami bangun pagi, breakfast dah terhidang atas meja..hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas budi baik Azuan. Tak pernah ku jumpa lelaki sebaik Azuan dalam melayani tetamunyer. Liz..tak faham-faham liz!! ingat pesanan penaja!!hehehe

Bak kata lagu 'Kenangan Terindah' Samson ......Jakarta meninggalkan kenangan yang terindah especially di PONDOK INDAH.... yg amat indah. Entah bila lagi la aku akan jenguk Jakarta dan Bandung…thanks Azuan, thankz pak sopir…
Syarliz & Nor - LCCT KLIA

Plaza Indonesia, Jakarta macam Pavillion KL la


Mc D, Jakarta - kat sini lah Azuan jumpa Mawi, tapi Mawi macam endah tak endah jer jumpa orang Malaysia, kira berlagak la

tempat rehat Rumah Mode, Bandung


Ni la tuan rumah - jejak idaman malaya.. single and avaliable! boleh isi borang..hehe


Warung Mbak, Jingkrak, Jakarta ..sensored..!


Alya, Nor & Syarliz - best & happening & satu kepala! walaupun 1st time aku join melancong bersama degnan mereka



Inilah staf Brown Salon yang cuci & creambath rambut aku..

Ini pulak yang Nor punya


Syarliz special sikit..2 orang u... !

Azuan, ruang tamu rumahnya


Langsir beli kat Tanah Abang, Jakart


Inilah tudung yang aku cakap tadi, kat KL lebih RM35 hinggit tapi kat Bandung RM10 hinggit jer


Handbag gred A punya - sebijik ori, cuma beza dia jahitan benang kat dalam




Kain lace..Mayestic, Jakarta


bangunan di Kota Jakarta


Rumah Makan Garuda, kepenatan berjalan..tunggu order



tempat istirehat Rumah Mode, Bandung

Blok M, Jakarta

Hah! nila la lampu ruang tamu rumah Azuan yang aku berkenan ..cantik bange




Dalam Pondok Indah Mall, Jakarta - Nor & Alya


Pondok Indah Mall, dekat dengan rumah Azuan, jalan kaki jer. Inilah tempat artis-artis Indonesia shopping & lepak coz Pondok Indah adalah kawasan rumah orang2 kaya, artis2 dan pemimpin yang terkenal





Pondok Indah Mall, kreatif kan..



Nor memang pantang dengan POLO..pantang jumpa. Amat setia dengan POLO. Aku rasa kalau nak cari duta POLO, ambik la dia..memang layak..heheh


Beli gak untuk my hubby

Bersama Azuan..bila la hang nak kawin ..jangan ko bawak balik 'bibik' kat rumah ko dah le..bab jawab soalan cepumas! memang terror..





Inilah pak sopir yang Azuan tempah khas untuk kami semasa di Bandung dan ambil dan hantar kami ke airport. (Depan rumah Azuan)
Depan rumah Azuan, Pondok Indah, Jakarta
Tanah Abang, Jakarta


Rumah artis - Ahmad Dhani, DEWA, Pondok Indah Jakarta (dekat dengan rumah Azuan)






Rumah Mode, Bandung -bab shopping, Nor sentiasa Juara!


aku penah nak beli donat Jaco kat Pavillion, tapi Q panjang giler, tapi kat Jakarta senang jer..tapi aku rasa donat Jaco Jakarta lebih sedap...bawak balik untuk anak-anak






Inilah senarai nama menu kat Warung Mbak Jangkrak, Jakarta..ngeri! tapi masakannyer sedap!


deretan lauk pauk kat Warung Mbak Jangkrak, Jakarta



Pekerja2 Warung Mbak Jangkrak memang cantik2..tak le macam yang datang Malaysia..hehehe



Nor, beli je la, ngak usah pikirin!

Blok M, Jakarta - disini memang banyak jual barangan accessories, dan barangan perkahwinan

Kawan aku, Liz berkenaan sangat dengan almari ni..cantikkan.. RM kita lebihkurang RM1K..pandai Azuan pilih...
Ni ruang tamu rumah Azuan..yang aku berkenaan lampur kiri kanan tu..





menurut Azuan, kedai inilah tempat dia selalu dan tempah peralatan perabut rumahnya. Lupa pulak nama kedai nih. Bersama Nor & Alya.

Rumah Makan Garuda, Jakarta- kedai makan yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.




warung depan Rumah Makan Garuda, mula-mula tu kami nak order Nasi Goreng Gila, tapi takut gak, nanti betul-betul jadi gila!!..hehehe..cancell!


Inilah yang kami order Rumah Makan Garuda..sehari suntuk dok round Jakarta, lapar giler..licin kami sapu!!hehhe

ZARA, Pondok Indah Mall, kat sini kami beli t.shirt sebagai cenderahati kepada Azuan, jejaka idaman Malaya

Syarliz memang kaki shopping & makan angin! mana-mana destinasi melancong mesti p Hard Rock dan beli t.shirt.





Swimming suite muslimah

kalau boleh semua nak beli bila tenguk kuih yang beranika kat Kartika Sari, Bandung

Syarliz - Kartika Sari, Bandung


Kedai KARTIKA SARI, nilah tempat yang Liz rekmenkan, kalau p Bandung tak sah kalau tak singgah dan beli brownis kat Kartika Sari.


depan Warung Mbak Jingkrak, Jakarta


yang kami order di Warung Mbak Jingkrak, Jakarta - Azuan yang rekmen. Sedap giler!







Mangga Dua, Jakarta





Nor, Lya beli, jangan tak beli...











KENANGAN TERINDAH - SAMSONS
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungiku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu untuk mengenangmu
Darimu..
Kutemukan hidupku
Bagiku..
Kau lah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidup
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

4 comments:

Dee's Collections said...

Salam,

Kami ada trip ke Jakarta tahun. So plan nak ke Bandung. Berapa bayaran toll Cipularang dari Jakarta ke Bandung? Nak buat budget ni.. Thanks

Anonymous said...

W'salam Cik Sadiah: Saya pun tak tau bayaran tol coz saya sewa 'Kijang' dari Jakarta ke Bandung - all in. Pergi la..memang seronok bila dah jadi 'millionaire'..Saya pun akan ke sana lagi Jun nanti. Insyallah.

Anonymous said...

askum..tuan punya blog..hehhehehe...sy ngan member ada plan nak pi jakarta..hmmm..tanah abang tu dekat ngan jakarta ke?...hmm..nak tau erk kat mana ble dapat barang yg murah n selamat ka kat sana???hihihihi

pinkypantherose said...

waalaikumusalam. a'a tanah abang tu dalam bandar Jakarta. Biasanyer kalau nak beli curtain, p la tanah abang. Jakarta n bandung semuanya murah. Tapi jangan lupa p Blok M dan Mangga Dua..memang best.Selamat menjadi 'millionaire' bila sampai sana!