Kesimpulannya tak banyak branded item yg bagus2…compared masa gi 2 tahun lepas, dorang kata…..banyak stok dah habis masa cuti tahun baru cina yang lepas. So, dorang belum masukkan stok baru. Kata Liz la. Factory outlet ialah rumah-rumah banglo yang sudah tidak dihuni dan dijadikan stall jual pakaian. Decoration kedai amat cantik sekali. Aku amat suka sekali tenguk hiasan dalam factory outlet kerana setiap kedai ada tempat istirehat, siap ada air terjun, seolah-olah macam tempat berkelah. Suami/isteri/anak-anak boleh bersantai di dalam kedai sementara menunggu pasangan shopping. Kat shopping mall negara kita, kalau nak berehat atau menunggu isteri-isteri shopping jawab dia tunggulah kat cafĂ© atau tepi-tepi lift. Tenguklah kat SOGO atau Mid Valley terutama musim raya.
Sebelum balik semula ke Jakarta…..singgah jap kat kedai Kartika Sari, Bandung beli brownies kukus dan pisang salai goreng dan tempe goreng…..sedap banget! Liz rekmen giler2, datang Bandung mesti beli nih! Memang betul kata Liz, memang sedap giler terutama pisang salai goreng ditabur cheese fuhh!!memang sedap. Ingatkan lepas tu nak makan makanan sunda di Restoran Pak Chik Met yang Liz rekmenkan, tapi kami masih kenyang lagi ketika tu. So kami teruskan perjalanan balik ke Jakarta dan sepanjang jalan hujan turun. Singgah minum air kelapa di warung tepi jalan. Lepas tu ‘senyap’ apa lagi..tidur le!
Sampai rumah lebihkurang jam 12 malam. Azuan setia menunggu kami di muka pintu..macam isteri menunggu suami pulang..hehehe. Penat sangat! tapi Azuan beria-ia suruh bukak barang-barang yang kami shopping tadi dan hilang penat dok bercerita sepanjang di Bandung tadi. Baru kusedari aku tertinggal t.shirt yang ku beli untuk hubbyku kat Bandung. Tag pass masuk ke kedai ada dalam simpanan aku. Nak g ambil tak berbaloi..tak ada rezeki! Tak pe lah tag tu kan ku jadikan kenangan.
Hari ketiga di Jakarta – Program kami nak susuri Kota Jakarta. Azuan luangkan masa menemani kami dan akan membawa kami tempat-tempat yang menarik. Sepanjang jalan, telahan aku tentang kekolotan kota Jakarta tidak tepat sama sekali. Aku bayangkan bandar ini penuh dengan pengemis dan kesesakan yang keterlaluan dan orang-orangnya mestilah macam ‘bibik-bibik’ atau pekerja kontrak yang datang Malaysia. Rupa-rupanya jauh sekali. Jakarta adalah kota yang pesat membangun dan banyak bangunan pencakar langit. Orang-orang yang ku jumpa macam artis-artis yang selalu kita tenguk dalam filem atau drama. Malah budaya fesyen begitu uptodate. Kesesakan tu memang ada la dan peminta sedekah memang ada cuma tidak seperti Bandung. Tetapi di sebalik kepesatan kota Jakarta masih kelihatan rumah-rumah setinggan di sebalik celahan bangunan pencakat langit dan persisiran sungai. Yang amat ku tak tahan, bau udara Jakarta, hanyir dan busuk sekali terutama jalan antara airport menuju pusat bandar Jakarta. Sungai ditengah tengah Jakarta seolah-olah ku lihat tidak mengalir dan kehitaman, itulah punca udara busuk!
Terus ke ITC Mangga Dua, tempat pusat jualan handbag. Liz beli beg Coach Rp300,00 and LV Rp 250,000, buatan Korea, ada yg buatan Hong Kong tapi murah sikit. Sempat beli crystal brooch, hanya Rp60,000. Kalau kat KL mesti > RM100. Nor dan Alya bukan main dok try rambut palsu...teruja dia tgk rambut palsu....beli yg rambut panjang hanya Rp100,000. Kat Mangga Dua ada pelbagai bentuk rambut palsu dgn harga yg agak murah berbanding di KL. Menurut penjual kat situ, ramai artis Malaysia datang beli rambut palsu kat Mangga Dua. Aku tak ada la beli rambut palsu.. Tapi aku teruja gak nak beli swimming suit muslimah...hanya Rp120,000, tapi aku tak pandai berenang!!.heheh.macam2 design dan lebih cantik daripada yg kat pasar baru Bandung. Teruskan perjalanan ke Pasar Pagi Mangga Dua lantai bawah sekali. Kat sini banyak jual barang untuk perkahwinan seperti bekas hantaran, bunga telor atau potpori. Aku hanya beli gift sebagai ole-ole untuk teman sekantor. Jualan borong kat sini...murah sangat. Jadi giler jap tgk barang2 murah kat Mangga Dua.
After dah puas bershopping kat Mangga Dua...kami meneruskan perjalanan ke Mayestic...tempat jual kain ela.....sebijik mcm kat Jalan TAR...segala jenis kedai textile ada di sini...Syarliz, Nor & Alya, setiap kedai yang kami masuk mesti beli. Aku rehatkan kaki je la sambil tenguk mereka dok giler bershopping. Kami perhatikan kebanyakan taukeh kedai textile ni adalah golongan kaum India…..sama lah kat Jalan TAR…..kaum Indian dah sinonim dengan textile. Yang menariknya kat kedai-kedai sini, bila kita masuk jer mereka pelawa dan bagi air mineral, beli atau tidak suku kira! Kalau kat KL hampeh!! kalau tak beli lagi la.. jeling semacam! Lepas penat bershopping kami singgah makan kat Warung Mbah Jingkrak...masakan jawa yang, sedap sangat memang berselera...pandai Azuan recommend this restaurant. Restoran ni kena melintas jalan terletak bersebelahan dgn Plaza Blok M, Jakarta Selatan. Di warung ini anda akan jumpa senarai makanan yang pelik dan menakutkan. Yang terpelik di dalam dunia!! (tenguk nanti gambar kat bawah)
Pastu singgah ke Blok M untuk cuci rambut, buat creambath and massage kat salun. Brown Salon Rudi Hadisuwano salah satu salon yang terkenal di Jakarta. Kira murah banget kat sini....2 jam hanya Rp60,000. Salun ni selalu dihadiri oleh artis-artis Indonesia. Kebetulan ketika kami di salun tu ternampak sorang artis sinetron….. tapi tak tau nama lah. Sian Azuan kena tunggu cewek-cewek ni kat salun selama 2 jam. Staff2 salun ni very friendly and kami mendapat layanan sangat bagus. Memang best giler. Azuan curi-curi ambik gambar aku masa rambut aku di blow. Ye la tak pakai tudung!! jaga ko Wan! delete gambar tu tau!
Kami teruskan perjalanan ke Plaza Indonesia atau dikenali sebagai EX di sini……gedung beli-belah ala-ala KLCC yang menjual barangan branded. Para pengunjung nya terdiri daripada golongan berada Jakarta….aduh2 dapat lihat cowok ganteng dan cewek cantik kat sini. Fesyen mereka juga agak trendy. Kami singgah ke HRC dan beli gak t.shirt POLO untuk hubbyku. Murah sikit berbanding dengan KL. Di hadapan Plaza Indonesia ada sebuah lagi gedung ternama di Jakarta iaitu Grand Indonesia….cantik tempat ni…gedung ni setaraf Pavillion. Aduhh kami tak mampu nak membeli-belah di sini…..window shopping ajelah. Harga branded item kat sini pun lebih kurang aje harga kat KL. Kiranya Jakarta memang syurga shopping!Kaki dah penat tapi hati meronta2 nak gi meneroka lagi kota Jakarta di waktu malam. Hujan turun renyai2 tapi tak mematahkan semangat kami utk mengambil angin di waktu malam.
Kami singgah makan malam kat Restoran atau Rumah Makan Garuda Nasi...sedapnya nasi padang ni especilly rendang daging....Restoran ni agak terkenal di Jakarta dan menjadi pilihan pelancong Malaysia untuk merasai nasi padang. Layanan tip-top…..harganya pun tip-top. Pelayannya manis-manis dan semua bertudung. Restoran ini di buka 24 jam Masa ni lah kita nak makan sedap-sedap kat negara orang…..tukar harga duit kita berapa sen sangat harganya. Berhadapan dengan restoran ni ada satu gerai yang menjual Nasi Goreng Gila....mulanya nak order jugak tapi takut gak, nanti bisak jadi gila kan..naya!!...hahahaha.
Hari keempat di Jakarta - Hari terakhir kami bershopping kat Jakarta.....duit pun hampir habis. So, kami singgah di Pondok Indah Mall utk tukar duit rupiah lagi. Pondok Indah Mall berdekatan dengan rumah Azuan, jalan kaki jer. Pondok Indah Mall adalah tempat artis-artis terkenal lepak, Pondok Indah adalah kawasan (banglo yang mewah) perumahan artis-artis dan pemimpin-pemimpin terkenal Indonesia. Kami teruskan perjalanan ke Tanah Abang ; waduh macet giler masa ni....peak hour….masa ni warga Jakarta sibuk ke kantor . Sampai Tanah Abang kami terus ke Blok A...tenguk-tenguk aje tak beli apa2 pun....terus bergerak ke Blok F untuk beli langsir (syurga langsir - perniaga kat situ bagitahu, Datuk Siti Nurhaliza pernah datang sini tempah langsir)...Blok F ni kat bangunan lama...harga murah sikitlah, beli la jugak langsir kain organza. Kat sini orang beli borong. Aku agak teruja tengok fesyen langsir di sini……cantik dan murah…..boleh tempah jahit sekali….siap dalam masa 2 hari aje. Tapi memandangkan kami balik KL malam tu juga….so terpaksala beli kain langsir aje tanpa dijahit, plan asal memang nak tempah, siap dah bawak ukuran.
Kami dapati telekung kat sini lebih murah daripada kat Bandung….motifnya lebih cantik. Syarliz borong tudung Indon yang kaya dengan beads....cantik cantik semuanya..kalau kat KL adalah RM25 atau RM35 sehelai tapi kat sini RM10 hinggit jer. Balik daripada shopping di Tanah Abang….kami singgah pulak ke Pondok Indah Mall untuk shopping yang terakhir kali sebelum balik KL. Gedung ni ada dua bangunan…satu yg lama dan satu lagi yg baru……lebihkurang macam 1 Utama Damansara. Kat sini memang cewek dan cowok handsome2.. budak pencuci (cleaner) Pondok Indah Mall ni pun handsome macam artis sanggup kerja cleaner, kalau KL, tak akan!
Balik KL flight malam....kelam kabut pulang ke Pondok Indah untuk ambik beg dan bersiap utk ke Bandara Airport. Kena keluar awal coz flight kul 7.00 malam. Hari tu Azuan kerja, tapi balik awal tenguk kami bersiap berangkat balik. Sedih gak nak berpisah dengan si Azuan nih..sebagai tanda ingatan kasih mesra kami di atas layanannya yang tidak berbelah bagi sepanjang kami berada di rumahnya, kami hadiahkan t.shirt ZARA yang kami beli kat Pondok Indah Mall. Mandangkan rumah Azuan dekat sangat dengan rumah Ahmad Dhani kumpulan DEWA dan kebetulan memang lalu rumah dia pun, Pak sopir yang sporting singgah umah Ahmad Dhani ambil gambar, yang keluar gang band dia. Rupanya Ahmad Dhani berada di Malaysia ketika itu kerana pelancaran album barunya. Rumah penyanyi Inul Dangdut dan Kris Dayanti pun di sini di Pondok Indah.
Kesimpulannya kami memang puas berbelanja di Jakarta……barangannya murah….cantik dan terkini. Yang lagi menarik, rupanya selepas jam 5 petang semua kereta tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Jakarta kecuali kereta tersebut dipenuhi penumpang, maksudnya kalau hanya seorang atau dua yang ada dalam kereta untuk menuju ke pusat bandar tidak akan dibenarkan sama sekali. Sebab itu la kita akan nampak berderetan orang ramai berdiri disepanjang jalan menuju ke pusat bandar buat ‘thumb-up’ (macam mat saleh travel 'bag pack'. Mereka ini adalah penumpang ‘ambik syarat’ untuk memenuhi kereta ‘ cari makan’, dapatlah seringgit atau tak sampai seringgit pun (RM) kita… Itulah rakyat Indonesia yang amat ‘kreatif’ untuk mencari sesuap nasi. Ya Allah! Syukur alhamdulillah aku dilahirkan di bumimu Malaysia!
Bak kata lagu 'Kenangan Terindah' Samson ......Jakarta meninggalkan kenangan yang terindah especially di PONDOK INDAH.... yg amat indah. Entah bila lagi la aku akan jenguk Jakarta dan Bandung…thanks Azuan, thankz pak sopir…
Plaza Indonesia, Jakarta macam Pavillion KL la
Mc D, Jakarta - kat sini lah Azuan jumpa Mawi, tapi Mawi macam endah tak endah jer jumpa orang Malaysia, kira berlagak la
tempat rehat Rumah Mode, Bandung
Ni la tuan rumah - jejak idaman malaya.. single and avaliable! boleh isi borang..hehe
Warung Mbak, Jingkrak, Jakarta ..sensored..!
Alya, Nor & Syarliz - best & happening & satu kepala! walaupun 1st time aku join melancong bersama degnan mereka
Inilah staf Brown Salon yang cuci & creambath rambut aku..
Langsir beli kat Tanah Abang, Jakart
Inilah tudung yang aku cakap tadi, kat KL lebih RM35 hinggit tapi kat Bandung RM10 hinggit jer
tempat istirehat Rumah Mode, Bandung
Dalam Pondok Indah Mall, Jakarta - Nor & Alya
Pondok Indah Mall, dekat dengan rumah Azuan, jalan kaki jer. Inilah tempat artis-artis Indonesia shopping & lepak coz Pondok Indah adalah kawasan rumah orang2 kaya, artis2 dan pemimpin yang terkenal
Beli gak untuk my hubby
aku penah nak beli donat Jaco kat Pavillion, tapi Q panjang giler, tapi kat Jakarta senang jer..tapi aku rasa donat Jaco Jakarta lebih sedap...bawak balik untuk anak-anak
deretan lauk pauk kat Warung Mbak Jangkrak, Jakarta
Pekerja2 Warung Mbak Jangkrak memang cantik2..tak le macam yang datang Malaysia..hehehe
Nor, beli je la, ngak usah pikirin!
Ni ruang tamu rumah Azuan..yang aku berkenaan lampur kiri kanan tu..
menurut Azuan, kedai inilah tempat dia selalu dan tempah peralatan perabut rumahnya. Lupa pulak nama kedai nih. Bersama Nor & Alya.
Inilah yang kami order Rumah Makan Garuda..sehari suntuk dok round Jakarta, lapar giler..licin kami sapu!!hehhe
4 comments:
Salam,
Kami ada trip ke Jakarta tahun. So plan nak ke Bandung. Berapa bayaran toll Cipularang dari Jakarta ke Bandung? Nak buat budget ni.. Thanks
W'salam Cik Sadiah: Saya pun tak tau bayaran tol coz saya sewa 'Kijang' dari Jakarta ke Bandung - all in. Pergi la..memang seronok bila dah jadi 'millionaire'..Saya pun akan ke sana lagi Jun nanti. Insyallah.
askum..tuan punya blog..hehhehehe...sy ngan member ada plan nak pi jakarta..hmmm..tanah abang tu dekat ngan jakarta ke?...hmm..nak tau erk kat mana ble dapat barang yg murah n selamat ka kat sana???hihihihi
waalaikumusalam. a'a tanah abang tu dalam bandar Jakarta. Biasanyer kalau nak beli curtain, p la tanah abang. Jakarta n bandung semuanya murah. Tapi jangan lupa p Blok M dan Mangga Dua..memang best.Selamat menjadi 'millionaire' bila sampai sana!
Post a Comment