Monday 25 May 2009

MENCANDAT SOTONG! & 'ROUND-ROUND' TERENGGANU DARUL IMAN.





































bergambar kenangan bersama pak cik Haji Abdullah, tukang membuat kapal/boat.







“ Rose, akak bercadang nak pergi candat sotong di Terengganu dan sambil tu boleh ‘jalang-jalang’ makang anging di sana..” itulah permulaan perbualan yang disapa oleh Puan Noorzila Jamaluddin, Editor yang baru menerajui majalah SAJI.

‘Jom! Seronok gak!, kebetulan Badan Keluarga Utusan (BKUM) buat trip candat sotong gak pada 2 Mei nih!” kataku. “Tak nak! Ikut trip macam tu, kita p sendiri. Cari la gang!, akak dah ada gang, kebetulan kawan akak dan suaminya teruja sangat nak pergi mencandat” kata Kak Zila.

Aku terus memasang strategi bagi mencari gang untuk expedisi MENCANDAT SOTONG!.

Akhirnya beberapa perbincangan manja-manja dengan kak zila, mek sue (wartawan KAWAN) dan Azimah, Penolong Pengarang, Unit Majalah Umum, akhirnya kami memilih tarikh iaitu pada 16 Mei 2009. Aku menggunakan abang ipar ku yang memang mengenali beberapa orang pemilik bot. Memandangkan sekarang musim mencandat sotong maka, tarikh pilihan kami iaitu 16 atau 17 Mei semua bot persekitaran di Kuala Terengganu penuh. Dan bot yang kebiasaan abang iparku uruskan pun telah ditempah oleh TV3!. Oleh kerana semangat keterujaan yang membuak-buak untuk mencandat maka 18 Mei (Isnin) tarikh pilihan kami. Terpaksalah korbankan ambil cuti selama 2 hari iaitu 18 & 19 Mei.

Tiba masanya, perancangan asal aku untuk telah berubah, ia! asalnya kami merancang dua buah kereta, aku sekeluarga dan kak zila dan gang satu kereta. Kebetulan exam persekolahan anak2 telah habis, so boleh la balik kampung sekeluarga. Tetapi rupa-rupanya kedua-dua anakku Ariff dan Piya akan menduduki exam sekolah agama pada minggu tersebut. So, cancel! Hanya aku sahaja la yang balik.


SABTU, 16 MEI 2009
Suami ku hantar ku di UIA Gombak jam 6.00 pagi. Kami berjumpa di sana kerana kak zila pickup kawannya dan Azimah. Aku diperkenalkan oleh kak zila pada kawannya iauitu HANIM dan suaminya SUZUKA TAKASHI. Mereka baru berkawin awal tahun ini. Suzuka dari Nagoya Japan..alaa..aku lupa nak tanya nama islamnya apa. Kami panggilnya Suzuka. Kami bertolak lebihkurang jam 7.30 pagi.

Perjalanan yang masih awal pagi..hingga kabus menutupi jalan sepanjang highway Kuantan. Kami breakfast di R&R Gambang jam 10.00 pagi. Aku ambil syarat jer..sebagai alas perut, ¼ nasi lemak + sambal dan ikan tenggiri goring – RM4.50! Mahal!, Azimah ½ nasi putih + seketul ikan patin RM7.50!..

Mak sedaraku yang dapat tahu aku pulang, awal-awal lagi cakap MESTI singgah rumahnya untuk makan tengahari…katanya mesti!. Katanya kalau tak nak masuk ke FELDA KERTEH DUAl singgah makan di rumah Liza (anaknya) di Paka. Aku pun teruja gak nak tenguk rumah sepupuku itu yang baru beli kat Paka..cantik amat! adik2ku bagitahuku sebelum ini..

12 tengahari kami sampai, Liza siap menunggu di stesyen minyak Petronas Paka terus membawa kami ke rumahnya. Wah! Memang cantik rumahnya, ye la ratusan ribu, memang la cantik. Tambah cantik lagi bila tenguk hidangan dah terhidang atas meja!..heheh. Aku lihat Suzuka sedikit terpinga-pinga melihat hidangan itu..ye la..mana ada kat Jepun!..

Lauk yang maksu hidang tengahari tu ialah  sotong masak merah + kacang panjang, ikan kerisi goring, soup sayur petola..simple ajer..but sedap. Suzuka amat menikmati ikan kerisi goring..isi ikan kerisi lembut dats y dia suka kot..Dia suka sotong goreng walaupun sedikit pedas..Bila aku tanya tentang masakan, dia angguk, kata Hanim maknanya sedap le tu.

Suzuka pun suka tenguk wajah anak Liza..lebih kurang muka orang Jepun. Tetapi sebenatrnya anak Liza mengidap sakit berkenaan buah pinggang. Jadi nampak muka dia montel.

Pukul 2.00 petang kami bertolak ke Kuala terengganu. Setelah beberapa perbincangan dan cadangan dari semua, kami terus memasuki bandar Kuala Terengganu untuk check in Hotel Teratai Tenang. Kak Zila dah book awal. Aku dah pelawa mereka sebelum ini untuk menginap rumahku, tetapi mungkin mereka segan atau tak nak menyusahkan keluarga aku kot. Atau juga kerana Hanim &^ Suzuka. Ye la, tengah honeymoon! Mestilah nak cari tempat yang sesuai.

AHAD, 17 MEI 2009

ISNIN, 18 MEI 2009

SELASA, 19 MEI 2009

RABU

boat

No comments: